Samosir : Day 2

Sunday, March 24, 2013

Samosir Day 1 : Part II


Hari kedua di pulau Samosir. Destinasi kami di atas kertas adalah seperti ini:

Tuk Tuk - Tele View - Efrata Waterfall - Pusuk Buhit - Ambarita Beach - Tuk Tuk

Tetapi atas faktor cuaca yang tak menentu dan terdapat runtuhan tanah di beberapa tempat sepanjang perjalanan, plan kami menjadi begini:

Tuk Tuk - Pangururan - Efrata Waterfall - Ambarita Beach - Tuk Tuk.

Picture : credit Mr Google

 ****

Breakfast sendirian berhad. Pagi itu kami cuma pekena milo panas, biskut dan roti untuk menggalas perut. Makanan lain seperti serunding, tuna dan biskut turut kami bawa sebagai bekalan. Kalau lapar cuma cari nasi kosong sahaja maklumlah majoriti penduduk di sini adalah Kristian dan agak sukar untuk mencari makanan halal.

Perjalanan bermula jam 9.15am dengan jarak sekitar 70km/one way. Alhamdulillah, cuaca pagi ini agak bagus, panas dan berangin. Dari Tuk Tuk, melepasi Ambarita, Simanindon, Parbaba dan terus ke Pangururan; beberapa kali kami stop dipinggir jalan. Sungguh kematu montot dibuatnya. Tiap kali turun dari motor semuanya mengeluh hehehe


Ini bukan church ya kawan-kawan tetapi ini kuburan masyarakat tempatan.

Sebelum tiba di Pangururan, kami sempat singgah di sebuah kedai runcit yang ada untuk pekena kopi panas dan pop mie. Maklumlah hari dah menghampiri tengahari tetapi perjalanan masih lagi jauh. Perut tetap perlu dialas dengan sesuatu.

 
 Antara menu wajib kalau ke Indonesia hehehe..

Masuk sahaja di daerah Pangururan, kami singgah pula pekena durian. Harga bermula dari Rp5,000 – Rp25,000/biji. Konon nak rasa sebiji aje. Sekali rasa, sedapnya. Langsung takde gas. Tambah lagi sebiji. Tak cukup juga akhir 4 biji durian kami pekena petang tu hehehe. Tak puas pun rasa macam nak tambah lagi dan lagi hehehe.

Suasana di pekan Pangururan.

Sekali kena, nak lagi dan lagi dan lagi. Sebiji Rp10,000 

Perut dan kenyang dengan durian, perjalanan kembali diteruskan.

Jambatan inilah yang menghubungkan Samosir dengan main land.

“zilla, jambatan ini menghubungkan pulau Samosir dengan main land. Welcome back to North Sumatera

Errr, saya terpinga-pinga. Tak sangka pula dah kembali semula ke ‘daratan’ hehehe.

 
Melepasi jambatan yang menghubungkan Samosir dengan main land, inilah antara pemandangan yang dapat disaksikan.

Buat teman-teman yang ingin kembali ke Medan atau mahu terus ke Berastagi dari Samosir, inilah routenya. Tak perlu nak berpatah balik ke Parapat. Ada public transport dari Pangururan cuma maaf saya terlupa untuk mendapatkan detail mengenai tambang dan waktu keberangkatannya.

Kini kami sudah pun berada di Siogung Ogung. Cuaca yang panas kembali mendung dan sesekali hujan renyai-renyai turun membasahi bumi tetapi perjalanan tetapi kami teruskan. Masuk aje daerah ini, saya sungguh terpukau dengan bentuk muka buminya..



“saya rasa seperti kembali ke New Zealand, Ridu…cantiknya..”

“ia, cuma bezanya di sini tiada salji..”


Inilah sebabnya kenapa saya membuat keputusan untuk kembali ke Pulau Samosir dan tak sangka, pemandangan indah yang sebelum ini saya lihat melalui gambar-gambarnya si Ridu, semuanya sedang saya nikmati secara live. Subhanallah…

Orang-orang di pinggir Efrata.


Akhirnya, setelah melalui pemandangan yang memukau dan keadaan jalan yang bisa membuatkan korang sengal-sengal badan (jalan tidak bertar) kami tiba di Efrata sekitar jam 1.++pm. Turun motor, semua berkejar ke toilet (tumpang toilet di rumah local people di Efrata) hehehe.

 “pakai baju hujan masing-masing dan tanggalkan selipar…awas licin ya…”

Masanya untuk pergi dekat ke Efrata tetapi baru separuh perjalanan, kami diarah untuk berpatah balik kerana keadaan kurang selamat. Air terlalu deras mungkin kerana hujan sebelum kami tiba di situ. Frust jugalah tetapi tak apalah, sekurang-kurangnya kami dah saksikan sendiri keindahan air terjun ini.

 
Efrata Waterfall - ini ajelah yang dapat saya ambil sebagai kenangan. Airnya terlalu deras tak berani nak merisikokan kamera.

 
Kami dibawa meredah ladang kopi untuk melihat Efrata dari sisi lain - jadilahkan dari takde huhuhu

 
Kami lepak di rumah ibu (tak ingat nama) sambil bertukar cerita dan dijamu dengan teh o panas untuk membantu menghangatkan badan kami semula. Hampir setengah jam di situ kami mengambil keputusan untuk meneruskan perjalanan kami.

 
Apa yang korang rasa apabila setiap hari, buka aje tingkap pemandangan seperti ini yang dijamukan di depan mata - fuhhh, lapang kepala otak ok!!

Tele perlu kami lupakan kerana keadaan tidak sesuai untuk kami ke sana. Pusuk Buhit (salah satu gunung berapi yang masih di aktif di situ) kami lihat dari kejauhan sahaja. Mungkin satu hari nanti, Pusuk Buhit pula akan saya singgahi (mana tahu, kan?). Kami mengambil keputusan untuk berpatah balik.


Tak tahulah dari mana datangnya sumber air ini. Berhenti tepi jalan dan snap picture.

Dalam perjalanan pulang kami singgah di salah satu tinggalan jeti yang terletak berdekatan dengan jeti Simanindon. Wow, view yang sangat cantik. Dengan airnya yang kebiru-biruan ditambah pula langit yang membiru dan burung-burung berterbang bebas membuatkan fikiran saya menjadi lapang. Rasa macam nak lepak kat situ sampai bila-bila. Di hadapan kami terdapat Pulau Tao (rasanya macam tak berpenghuni aje). Ish tak tahulah nak gambarkan bagaimana keindahannya. Dengan tiba-tiba kami mengangkat tempat itu sebagai ‘port fav’ kami.

 
Tempat lepak fav kitaorang. Depan tu Pulau Tao.



Puas melayan perasaan, kami menuju pula ke Pantai Pasir Putih. Samosir ada pantai? Biar betul? Saya sendiri pun terkejut dan tak percaya pada awalnya tetapi bila tiba di sana dan saksikan sendiri keadaannya, betullah ada pantai. Ombaknya tidaklah terlalu tinggi tetapi bolehlah. Keadaannya lebih kurang macam PD (memadai je, kan??hehehe). Suasana di sini sangat meriah. Nak cari tempat untuk lepak pun takde ruang. Bayaran masuk Rp3,000/person dikenakan. Macam-macam aktiviti sukan air boleh dilakukan di sini.

Pantai Pasir Putih/Ambarita Beach. Langit dah bertukar mendung saat ini.

Aktiviti air di Pasir Putih.

Kami tak lama pun di pantai Pasir Putih sebab keadaan terlalu seksa. Kami meneruskan semula perjalanan dan terus kembali ke chalet dan tiba di sana hampir jam 7.00. Ridu sempatlah tapaukan kami nasi putih, telur mata kerbau dan sayur campur + serunding daging yang dibawa oleh Syikin. Petang itu menjamu selera di atas jeti berdekatan dengan jeti Tuk Tuk. Nyumm!! Nyummm!!

Malam itu takde aktiviti apa yang berlangsung. Penat sangat. Badan saya tiba-tiba terasa panas seperti nak demam dan setelah menelan sebiji panadol terus hanyut entah ke mana…

Selamat malam dunia!!

*bersambung untuk last day di Samosir.

You Might Also Like

15 comments

  1. Subbahanallah..canteknya tempat ni. Saya dah pusing 1 Samosir island ni..tak sangka ada tempat yang saya termis. Memang berbaloi pusing2 nek moto..

    ReplyDelete
    Replies
    1. untuk explore satu samosir, at least 7 hari diperlukan utk khatam semuanya.saya sendiri pun memang berhajat satu hari nanti nak kembali nak lihat bakinya..kalau ada rezekilah, Insyallah hehhee

      Delete
  2. Pepatah ni mmg sesuai utk Zilla, jauh perjalanan luas pemandangan :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. salah tu,makin jauh perjalanan makin kematu montot dibuatnya..tak sanggup dah hahaha

      Delete
  3. hmm..agaknya saya boleh ikut kalau sis datang lagi kemari...asal tak bersamaan dengan ujian saya di akhir Juni...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyallah Irdhi, boleh aje..nanti saya confirm kan bgmn ya..June, saya perlu bawa family ke Bandung..emmm...

      Delete
  4. tgh menerawang ke 'port fav’ yg mengadap Pulau Tao itueww! sangat mendamaikan ;)

    ~zellyn hazel~

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg best tempat tu zellyn..dengan angin yang berhembus kuat, camar berterbangan bebas, sangkar ikan di kanannya..tmpt yang bagus utk mencari ketenangan :)

      Delete
  5. menarik gak belah2 blkg ni ek? kitorang pegi dulu tak sempat nak explore abis sbb naik feri...cantik2 gambar! :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang cantik biqque..cuma larat dgn tidak aje..mnurut kawan saya, skitar bulan 6 atau 7 akan ada satu fenomena pelangi berbentuk seakan cincin. saya teringin nak saksikan fenomena ne tapi jadual nak penuh waaaa...

      *terima kasih..biasa aje gambar2 tu biqque :)

      Delete
  6. Hi. Okay tak naik moto je? Bahaya tak?

    ReplyDelete
  7. salam..hari ke2 di samosir ni naik motor jugak ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup naik motor..hari ke 3 barulah kami sewa basikal...

      Delete

Subscribe