Madura : Edisi pengenalan

Tuesday, May 28, 2013

"kenapa harus Madura? tempat itu jelik sekali.."

"ko giler, zilla..madura tu"

"moga selamatlah ye :P .."

Aduhh, saya jadi pusing dengan reaksi teman-teman. Info-info yang saya baca pun banyak yang kurang bagus mengenai Madura ini tetapi saya juga punya prinsip. Kalau terus-menerus akur dengan kata-kata orang memang saya tidak akan ke mana. Kenapa perlu tunduk dengan sesuatu kenyataan yang belum tentu lagi benar atau pun tidak. Sampai bila harus berpegang dengan kenyataan "kata orang.." ? Kenapa tidak, kita aje yang keluar mencari kebenaran walhal sememangnya kita punya pilihan untuk itu. [maaf kalau ianya berbaur sinis, saya tidak ada niat untuk itu..sekadar meluahkan apa yang saya rasa]

Kalau betul Madura itu jelik; sejelik manakah ia?

Jika Madura terkenal dengan warganya yang kasar; sekasar manakah mereka ini? Adakah mereka ini tidak mengalu-alukan tetamu dari luar atau bagaimana?

Jika ada yang berkata Madura ini mundur; semundur manakah ia?

Untuk itu saya membuat plan untuk ke sini dengan bantuan Mr.Wong, teman saya di Surabaya. Mujurlah teman-teman lain yang akan turut serta tidak kisah bila saya memberi cadangan untuk singgah di pulau Madura ini.

Dengan berbekalkan pain killer dan antibiotik, saya singgah di pulau ini bersama-sama yang lain. Dalam kesakitan yang semakin mencucuk, tetap ada rasa teruja. Banyak benda baru yang saya peroleh di sini - harapnya teman-teman yang lain juga dapat sesuatu dari perjalanan ini. Walaupun pemandangannya tidaklah se 'wow' di Jakarta mahu pun di Bukit Tinggi tetapi tempat ini tetap mempunyai keistimewaannya yang tidak akan kita temui di lain-lain tempat di Indonesia.

Tak nak cerita lebih-lebih, layan beberapa keping gambar sebagai pengenalan.

Ray of light di Pantai Slopeng - sunrise yang diburu ini yang kelihatan.

 
Perkenalkan Tulus; anak kecil berusia 7 tahun. Terlalu asyik dengan 'kota pasir' nya.

Ini panorama biasa di terminal Kalianget; daerah paling hujung di pulau Madura. Yang dihadapan memang enak tetapi yang mengayuhnya; kesiannya..

 
Sampan tradisi masyarakat Madura. Dah uzur sangat tetapi masih mampu membawa penumpang ke pulau di seberang.

 
Berat sama dijinjing. Ini baru motor belum lagi part mereka menolak lori lembu untuk menaiki bahagian dalam feri.

Erkk takde idea kenapa kapal ini boleh tenggelam.

 Untuk cerita detailnya, nanti-nantilah ya. Philippines pun tak settle lagi ne.

** rasa macam nak cucuk-cucuk aje bengkak ne dgn jarum..biar cepat sembuhnya huhuhu.

You Might Also Like

16 comments

  1. Zilla, lawanya pic ray of light tu... *berkenan betul!

    Setuju dgn kata2 Zilla tu, mentaliti 'org kita' ni memang suka memberi tanggapan -ve tentang sesuatu padahal hakikatya mereka sendiri tak tahu sejauh mana kebenaran kata2 yang diberikan. Jadi kalau ada peluang untuk ubah perspektif tu apa salahnya. Tapi dalam masa yg sama jadikan 'kata2 -ve mereka' sebagai panduan dan peringatan untuk diri sendiri :)

    ReplyDelete
  2. Cantik betul view kat beach tu..wow. Betul cara awk..walaupun org ckp -ve tentang sesuatu tmpt tu..selagi kita belum tengok dengan mata sendiri kita tak boleh percaya

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama aje konsepnya dalam kehidupan, kan zilla?? saya pernah baca dalam satu buku, semakin jauh kita berjalan pesepsi kita terhadap dunia dan masyarakat juga turut akan berubah...

      Delete
  3. ada satu quote dari buku :
    when in doubt about a destination, just remember, you never2 know, if you never2 go
    :-)

    ReplyDelete
  4. cantik... ray of lights! hari tu saya ke surabaya.. pun patut ada kesempatan untuk ke madura... tapi, tu lah... mmg nak kene join zilla nihhhh... :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. madura tu luas, zette..harus tahu apa yang nak dicari di sana kalau tidak awk pasti menyesal hehehe..saya tak nak citer pjg tunggulah entry berikutnya ekekke

      Delete
  5. ya Allah zilla, abis satu indonesia ko terjah ek? hahaha! bagus tul! ok, teruskan, teruskan... *menongkat dagu menanti post*

    ReplyDelete
    Replies
    1. ala jgnlah gelak hahaha..impian saya ne biqque nak keliling indonesia hehehe

      Delete
  6. kalau dengar cakap orang, banyak yang negatif dari positifnya.. pedulikanlah... yang penting ambik precaution sewajarnya..
    *apa yang bengkak? mudah2an cepat sembuhnya

    ReplyDelete
    Replies
    1. anne, bukan senang nak ubah persepsi seseorg..kata2 org biasanya beri pengaruh yg besar terutamanya dalam masy kita ne...ada kala boleh kita dgr apa yg org kata tetapi dlm masa yg sama try cari jawapan..sebab selagi kita tak mencari selagi itulah kita tak tahu kebenarannya....betul tak??

      *owhh hatiku yg bengkak ehehe

      Delete
  7. salam..nice blog. boleh share tak no tel supir di Lombok??

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum,

    boleh share no tel Pak Miswan, supir kami Lombok tak??? atau no mana2 supir yg bagus di sana. thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Ezra

      Boleh bagi email address tak?saya tak boleh publish no nya di sini sebab tu private no nya...atau awak blh email saya di adzillah79@yahoo.com

      Delete
  9. salam Zilla..betool tu..kita slalu anggap indo tu teruk..tapi kadang kadang lagi elok dari tempat kita..kita ingat china tu kotor..tapi lebih bersih dari tempat kita!! Nekcik pun teringin jugak nak ke Manila..tapi sbb tak banyak cover up rasa macam tak best..baru ni cebu airline offer rm9 ke sana....

    ReplyDelete

Subscribe