Brownies Muffin
Saturday, June 22, 2013
Gara-gara mimpi, terjaga terus bancuh adunan. Mujurlah resepi memang dah ada dalam kepala ne. Bahan utama iaitu hazelnut spread memang dah keras-kejung dalam fridge tu; baki waktu ke Laos last year. Nutella pun ada. Begitu juga coki-coki. Semua ini saya campurkan dan hasilnya yummy!!hehehe (dah semuanya memang adik-beradik; cuba kalau saya campur dengan sri kaya dah tentulah rasanya sangat berbeza)
Oleh kerana, dah lewat malam saya guna muffin paper cup size XL - cepat sikit siapnya. Satu adunan dapatlah 8 biji. Kebetulan, dalam fridge memang dah ada creamcheese frosting saya tambah sedikit dalam salah satu muffin saya dan rasanya memang sedaplah. Malas nak citer panjang lebar, ini lah resepinya pada sesiapa yang nak mencuba (resepi ini saya ambil dari blog cik epal).
130g nutella atau apa-apalah yang seangkatan dengannya
1 biji telur
5 sudu besar self-raising flour
* Kacau rata nutella dan telur - guna sudu je.
* Masukkan tepung dan kacau rata
* Masukkan dalam paper cup dan bakar sampai masak.
* Untuk lebih kenikmatan saya pipekan creamcheese diatas muffin yang dah disejukkan dan saya taburkan M&M.
Dah nama pun brownies, so texturenya memang agak padat.
Selamat mencuba!!
5 comments
waaaaaaaa... malam-malam ni.. resepi ni mmg hapuskan niat saya kuruskan badan!
ReplyDeleteRamadhan kan dah dekat..ambil peluang tu untuk kembali menguruskan badan hehehe...
Delete*saya ne pun dah ala2 tong dram..kejenya makan..makan..makan...stress keje kononnya!!hahaha
wahhhh..resepi kaya dengan coklat....kalau ade coklat yg meleleh2 kat atas muffin tu mesti lagi superb...
ReplyDeletewooooo..memaang superb hehehe
DeleteBila nak buat lagi? Buleh rasa. Duk Puchong je kan?
ReplyDelete*sesuka hati je aku mintak walaupun tak kenal orang HAHA*