JFC 2013 : Dari Surabaya ke Jember

Wednesday, August 28, 2013

Trip kali ini sempena Jember Fashion Carnaval 2013.

Itu pun jenuh nak buat keputusan nak pergi atau pun tidak. Setelah puas berfikir akhirnya dalam masa tak sampai 5 hari saya try untuk dapatkan tiket flight, cari hotel, tiket train, susun itinerary dan sebagainya. Penat tetapi moga perjalanan saya nanti berbaloi. 

Hari keberangkatan
Flight delay hampir sejam dan saya tiba di Juanda hampir jam 1.00am. Lembik dan kepenatan. Saya memang dah maklumkan pada Mr. Wong mengenai kedatangan saya ke Surabaya. Beliau jugalah yang tolong mendapatkan tiket train ke Jember - terima kasih banyak untuk itu. Selesai segala urusan, saya lihat Mr Wong dah pun ada menunggu saya. Alhamdulillah. Beliau mengajak saya singgah di McD untuk tapau makanan saya tolak dengan baik sebab dah tak larat sangat dah walhal perut memang sakan berkeroncong. Check in di Sparkling Backpacker Hostel dengan harga Rp115,000 untuk standard room. Nama je ngantuk tetapi selepas Subuh baru saya terlena. Sedar-sedar jam dah 7.30am. Memang kelam-kabut habislah. Breakfast pun tak sempat nak ambil. Haish!!




Dari hostel menapak ke station Surabaya Gubeng yang cuma berjarak 10 minit sahaja. Bila dah sampai, petugas memberi arahan untuk saya ke station baru? Hah? Station baru? Apakebendalah pulak ini? Tanya punya tanya, rupanya mereka telah meletakkan besi pembahagi di landasan untuk memisahkan antara executive train dengan yang lainnya. Jadinya, maaflah ya kawan-kawan yang dah biasa dengan Gubeng. Dah takde aksi panjat-memanjat keretapi untuk ke line berikutnya. Nak tak nak, kena menapak dalam 20-30 minit. Entah apa relevannya mereka meletakkan besi pembahagi tersebut  pun saya tak tahulah. Sangat menyusahkan ok!!!

Sangat menyusahkan. Nampak tak pintu yang sedikit terbuka tu? Dulu di situ ada gerai makan tetapi sekarang semuanya sudah tiada. Sunyi dan sepi. Termasuklah penjual-penjual yang akan menjual di dalam gerabak setiap kali train berhenti juga sudah tidak kelihatan. 

Oleh kerana saya takde idea mana jalan yang perlu saya lalui saya mengambil keputusan untuk menaiki becak. Harga sekitar Rp5,000 - Rp10,00/one way. Pandai-pandailah tawar kalau sampai hati. Kesimpulan yang saya boleh buat memang jauh memusing untuk tiba di station baru.


Train bergerak on time, 9.00am dengan perjalanan mengambil masa sekitar 4jam untuk tiba di station Jember. Pesanan ikhlas dari saya, jangan berani berhasrat untuk melayan kantuk mata. Kenapa? Sebab view sepanjang perjalanan sangatlah cantik. 4jam tu rasa kejap sangat tau.

Executive, Rp120,000/person manakala untuk harga untuk bisnes adalah Rp90,000.

Jember
Saya tiba di Jember sekitar jam 1.00pm. Ini kali kedua saya ke sini jadinya sedikit sebanyak saya ada idea untuk menyusun itinerary saya. Apa-apa pun, check in di Hotel Asri. Bilik telah pun saya booked 4 hari sebelum berangkat. Oleh kerana cuaca yang super-duper terik, memang tak laratlah nak menapak. So saya ambil becak dengan harga Rp10,000 menuju ke Hotel Asri.

"Seharusnya kamu check in semalam kan? jadinya, biliknya udah nggak ada..."

Banyaklah ko punya alasan!!

Sebelum berangkat pun saya dah call katanya bilik tersedia untuk saya tetapi bila dah tiba lain pula jadinya.

"saya mahu kamar saya..seharusnya hari ini saya check in bukan semalam..."

"kamarnya ada, VIP Room dengan harga Rp300,000"

Memang mangkuklah. Tak pasal-pasal saya naik angin. Dah puas membebel saya angkat kaki, blah dari situ. Di hujung jalan, saya nampak Hotel Anda.

"mas, kamarnya ada yang available?"

"ada..mau yang mana?"

"saya mau lihat kamarnya dulu, bisa?"

"ia, bisalah..."

Harga not bad. Paling murah Rp40,000 dan paling mahal Rp80,000. Tetapi kenapa di parking lotnya penuh dengan kereta polis? Kenapa banyak lori? Kenapa yang kelihatan semuanya lelaki? Kenapa takde perempuan? Kenapa hati saya kata macam ada something tentang hotel ini?

Argggh, lantaklah. Saya penat. Saya nak bilik. Saya nak letak beg yang berat giler ne - walhal tak berat mana pun hehehe.

Puaslah dari satu bilik ke satu bilik yang lain saya masuk dan tilik. Akhirnya saya memilih bilik yang berharga Rp80,000. Kenapa? Sebab bilik ini mengadap balai polis. Bawahnya pula kedai makan yang dipenuhi dengan pak polisi. Jadinya, kalau apa-apa jadi, bolehlah saya terjun oppsss atau sekurang-kurangnya menjerit meminta perhatian bapak-bapak polisi hehehe - saya tahu imaginasi ini sangat melampau.

Luas biliknya..

Selesai semua perkara terus saya bergerak menuju Alun-alun untuk ambil ID. Tak jauh pun berjalan, 5 minit dah pun sampai. Sebenarnya saya register sebagai photographer hanya untuk sehari tetapi mereka offer saya untuk program tiga hari berturut-turut. Ambil ajelahkan? Pergi atau tidak, itu lain cerita hehehe. ID dah ada mereka meminta saya terus bergerak ke khemah photographer - macamlah hebat sangat bunyinya hahaha. Terkesima sat. Masing-masing punya lense, setakat nak teropong ke bulan tu apalah sangat hehehe.



Info tambahan:
Sparkling Backpacker Hostel
Jl. Kayun 2AB, Surabaya
Tel : +62315321388
Email : alian_wisatatravel@yahoo.com

Hotel Anda
Jl. Gatot Subroto (Jl. Kartini) No.40
Jember
Tel : +62331489475

Blog untuk senarai lengkap hotel di Jember -> Jemberagip

* bersambung untuk gambar-gambar di JFC 2013.

You Might Also Like

8 comments

  1. hahaha imiginasi yg terlampau siap amik bilik ngadap balai polis :)

    eh ko gi ngan jard ke apa ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. risaulah biqque hehehe...

      p asing-asing tapi kitaorg jumpa di Jember..

      Delete
  2. Replies
    1. Alhamdulillah kak..nak kata seronok tu tak juga...penat je lebih huhuhu

      Delete
  3. pihak PT . KAI udah bertahun-tahun dikritik karena membiarkan pedagang masuk ke stasiun dan penumpang merasa tak nyaman...itu sebabnya, seluruh stasiun di Indonesia sedang "dibersihkan" dari pedagang-pedagang begitu...:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ia, Irdhi..dengan pembaharuan yg dilakukan oleh pihak PT, saya sgt selesa dengan suasananya.

      Delete
  4. Ha'ah lah.
    Stesen Gubeng tu dah kosong.
    Kalau dulu penuh orang duk menjual kat kaki lima.
    Nak masuk still kena bayar tak?

    ReplyDelete
  5. Maksudnya kalau nak tangkap gambar Jember ni memang kena ada pass photographer?

    ReplyDelete

Subscribe