Day 9 : Taman Nasional Komodo ~ Bertemu raksasa purba, Komodo (Part II)
Sunday, October 27, 2013
Previous entry -> Day 9 : Labuan Bajo (Part I)
Benarlah kata orang, untuk menyaksikan sesuatu yang luar biasa bukanlah perkara yang mudah. Banyak perkara atau dugaan yang luar biasa yang perlu kita tangani sebelum tiba di garis penamatnya.
***
Banyak perkara yang merisaukan saya sepanjang perjalanan hampir 3 jam menuju ke Loh Buaya di Rinca Island; salah satu dari habibat terbesar komodo selain daripada Loh Liang yang terletak di Komodo Island. Paling merisaukan saya adalah keadaan laut. Harap-harap, apa yang saya baca di blog-blog tidak akan berlaku pada kami.
Sebahagian dari landskap di Taman Nasional Komodo.
Kagum dengan keindahan taman negara ini. Landskapnya sangat luar biasa.
Akhirnya, setelah melalui perjalanan yang agak panjang kami tiba di Loh Buaya.
Loh Buaya, Rinca Island.
Welcome to Loh Buaya!!
Jeti Loh Buaya. Di sini kita akan disambut oleh renjer yang bertugas.
Itu ungkapan pertama yang menyambut kami di Loh Buaya. Giler teruja tetapi awas, beberapa perkara perlu diambil perhatian (jangan seronok sangat ya di sini) :
* Wanita dengan haid memang tidak dibenarkan turun dari bot kecuali mereka yang dah tiba di hari-hari penghujung bisa turun tetapi mesti berjalan sedekat boleh dengan renjer. Deria komodo sangat sensitif dengan darah dan mereka ini dapat menghidu sehingga jarak 5-7 km.
* Mampu berlari dengan kelajuan 18km/hour.
* Mampu berenang. Awas jika berada di jeti atau sekitar habitatnya, takut ada yang menanti dalam diam di bawah permukaan air.
* Komodo merupakan haiwan pemangsa. Biasanya mereka ini akan menyamar dengan mematikan diri dan sangat sensitif dengan pergerakan. Jadinya, sentiasa alert dengan keadaan keliling bila berada di habitatnya.
* Mampu memanjat pohon terutamanya anaknya dengan tujuan untuk melindungi diri dari di makan oleh ibunya sendiri. Jadinya, sila pandang ke atas juga mana tahu ada yang menanti di atas kepala anda hehehe
* Komodo di Loh Buaya lebih agresif berbanding di Komodo Island kerana usianya yang jauh lebih muda dan makanan tidak semewah di Komodo Island.
Bergambar kenangan beramai-ramai..
Dari jeti ke kantor perlu menapak dalam 10 minit. Apa-apa hal pun memang wajib ke kantor untuk pendaftaran dan kita WAJIB mengambil ranjer. Bayaran masuk seperti berikut:
* Karcis masuk pengunjung : Rp20,000/person
* Karcis tanda masuk / entrance ticket : Rp50,000/person
* Kamera : Rp50,000/person
* Renjer : Rp80,000/pergroup.
Total bayaran untuk kami berlima adalah Rp680,000 *pitam!! hahaha. Selain dari bayaran, pengunjung juga diminta untuk mengisi detail dalam buku log. Untuk tiket bagi karcis masuk, tanda masuk dan kamera, sila jangan hilangkan kerana ianya valid untuk tempoh tiga hari. Pengunjung perlu mengemukakan ketiga-tiga tiket ini sewaktu berkunjung di Komodo Island. Jika tidak, kenalah bayar sekali lagi dalam jumlah yang sama. Jadinya, untuk di Komodo Island hanya bayaran untuk ranjer sahaja yang perlu dikeluarkan.
Ada 3 jenis trek yang boleh dipilih di sini, iaitu:
* short trek
* medium trek
* long trek
Kami pilih apa?? hehehe
Yang penting ketiga-tiganya bukan dek kerana satu tragedi..
Memang rezeki nak berjumpa dengan haiwan pemburu ini. Sebabnya tak sampai pun 500 meter berjalan dari kantor nun di bawah rumah (dapur) terdapat sekumpulan komodo sedang 'mematikan diri'. Sekali pandang memang nampak macam haiwan pemalas tetapi perhatikan matanya; pergerakan kami dalam perhatiannya.
Dalam berani dengan tidak, gagahkan diri jugalah nak ambil gambar. Untuk dekat memang tidak mungkinlah. Tak pasal-pasal jadi lauk. Tiba-tiba, muncul baby komodo di hadapan kami dan part paling tak best bila tiba-tiba ada seorang ranjer cuba mematikan pergerakan baby komodo ini dengan kayu bercabangnya. Tidak semena-mena, komodo yang berada di bawah rumah bangkit dan cuba mengejar baby komodo yang berada di hadapan kami. Apa lagi, masing-masing berlari tak cukup tanah cuba menyelamatkan diri agar tidak menjadi mangsa bapak komodo ini (baby komodo dah hilang entah ke mana). Fuhh, part ini memang mengigil kepala lutut masing-masing. Dengan renjer kami pun turut lari hahaha!
Baby komodo.
Dari yang pemalas tadinya, gara-gara insiden baby komodo semuanya dok tegak. Seriau ok. Sekali gigitannya, memang good bye lah jawabnya; takde ubat yang mampu menyembuhkannya.
Bermula dari insiden ini, kami sedar betapa tak selamatnya kami berada di sini tetapi renjer menyakinkan kami semuanya selamat. Hakikatnya, bila melihat beliau sendiri ketar lutut waktu berhadapan dengan insiden sebelumnya keyakinan terhadapnya memang dah takde lah. Namun, kami cuba jugalah meneruskan perjalanan ke dalam hutan. Tiba-tiba kami dimaklumkan ada 2 ekor komodo sedang menjaga sarang di mana salah satu dari lubang tersebut terdapat telurnya.
Trek menuju ke hutan.
2 lubang itu, salah satunya mengandungi telur si komodo. Ada 2 ekor komodo di situ.
Rusa ne langsung tak hairan denga kedatangan kami..
Tak tahulah kenapa, kami tak merasa selesa di sini dan akhirnya masing-masing buat keputusan untuk berpatah balik ke jeti. Cukuplah setakat itu sahaja perjalanan kami di Rinca. Bayangkan, short trek baru je bermula, suku pun tak sampai kami nak patah balik huhuhu. Apa-apa hal punya, sayangi diri sebelum apa-apa kejadian tidak diingini berlaku. Lagi pun, esok harinya kami akan ke Komodo Island pula di mana menurut renjer, saiz komodo di sana jauh lebih besar dari di Rinca. Semangat yang hilang gara-gara insiden baby komodo perlu dicari semula hehehe.
Komodo ini dah 4 tahun melepek seperti ini kerana kedua-dua kaki hadapannya patah - tu yang berani dekat hehehe.
Setelah mengucapkan selamat tinggal kepada ranjer, kami bergerak perlahan-perlahan meninggalkan jeti Loh Buaya menuju ke Pulau Kalong untuk bermalam di situ.
Nak ambil pakej dengan kapal mewah ini memang sahlah tak mampu; memadailah dengan gambar sahaja untuk kenangan hehehe
* bersambung
30 comments
scarynya tengok tu.. macam buaya versi kecik skit, seriau sbb banyak sangat bilangannya...
ReplyDeleteJohn, gambar je pun dah scary..kalau berada di tempat kejadian lagilah scary mery nya; entahkan selamat atau tidak pulangnya hehehe..nampak aje kecik tapi besar tu John..
Deletehi zilla...
ReplyDeletecantik la gambar2 kat sini.. edit pakai apa eh?
komodo tu gigit org tak? mau berat berpuluh kilo jugak sekor2 tu kan?
hi syieda
Deletegambar2 ne saya cuma resize sahaja di photoscape..selebihnya mmg ori dari kamera..cuma di kamera mmg saya dah setting semuanya dari segi sharpness dan sebagainya so saya tak payah dah nak edit bila transfer ke pc...
komodo takkan ganggu kita kalau dia rasa tak terganggu...tapi sekali dia gigit memang takde ubatnya..air liur nya itu yg sangat bahaya, ada beribu bakteria yang mampu membunuh..berat? hoh yang tu tak dapat nak nolong...lupa nak timbang :D
Beruntung sekali langsung jumpa komodo...:D
ReplyDeletehehe...benar kan, komodo bisa berenang, larinya cepat, bisa memanjat dan mampu mencium bau darah dari jauh....:)
itu yang menyerang bapak komodo ke ibu komodo ? :p
yupp ramai yang kata kami beruntung irdhi..Alhamdulillah lebih2 lagi dgn insiden yang mendebarkan, itu lebih beruntung..sekurang2nya ada pengalaman menyelamatkan diri :D
Deletesatu lagi yang tertinggal, komodo juga bisa berdiri tegak dengan bantuan ekornya itu...yg menyerang bapaknya kot..lupa nak tanya tapi saiz agak besar lah hehehe
oh ya...tinggi komodo kalau tegak boleh mencapai 2 meter!
Deleteberatnya yang jantan bisa mencapai 100kg , yang ukuran medium kira2 70kg....
sangat beruntung lah..karena ada yang ikut long track tapi tetap tak jumpa komodo...:(
rezeki irdhi..datang pun dari jauh..Alhamdulillah..so tak perlu dah nak repeat ke komodo..next time boleh terus ke kupang..manggarai dan sebagainya ;-)
Deleteomg! post yg ditunggu2! berapa besar komodo tu kalo duk tepi manusia?
ReplyDeletebiqque, saiz terbesar yg dicatatkan adalah 3 ++ meter..utk saiz besar ini boleh jumpa di komodo island..
Delete3++ meter??? ya Allah besarnya!!
Deletebiqque, maksud saya 3 meter lebih hehee...
Deletesaya pernah kena kejar dengan komodo dekat pulau mamuntik sabah. tak cukup tanah berlari. hahaha. rupanya saya dah terpegi dekat sarang dia. patut la. memang besor giler. ingatkan buaya huhu. so memang pikir banyak kali la kot kalau ditakdirkan sampai ke Loh Buaya ni. hehehe.
ReplyDeletepulau mamutik pun ada komodo? fuhh best tu, tak payah dah nak ke flores...jarak pun lebih dekat...berapa ekor yang awak jumpa kat sana?
Deleteada rezeki, trylah ke Loh Buaya..best woooo hehehe
Zilla, awak pun entry memang awesome, baru angan-angan nak ke tengok Komodo tue....akak berani menyereberang dari Bali ke Lombok guna feri pun kerana baca di entry awak...Thanks zilla
ReplyDeletehi akak..
Deleteterima kasih byk sudi singgah blog saya ini...syukur apa yang saya kongsikan di sini dapat membantu akak dalam perancangan percutian...saya doakan satu hari nanti angan2 akak nak bertemu komodo tercapai hehehe..
Exciting sungguh adventure awak zilla... takot pon ada..takot kena ngap...komodo yg patah kaki tu apa makannya.? dah x boleh bergerak... ada x renjer tu citer kejadian pengunjung kena baham dek komodo ker..? ada x..?
ReplyDeletehahaha..jgnlah smpai kena ngap kak..sebenarnya saya pun risau juga part tu..maklumlah dalam hati2 pun kalau nak kena, memang tak boleh nak buat apa, kan kak? hehehe...
Deletekomodo yang patah kaki tu, makan apa yang ada depan mata ajelah...dia dah tak boleh nak memburu tu...menurut ranjer, komodo yang ne masih boleh berjalan tapi mengengsot dan slow..salah satu sbab dia kurus sebab tak cukup makan..dan menurut ranger, komodo tu sedang menunggu ajalnya sampai hehehe *kejam sungguh ayatnya :D
ada 2 kes aje yang dicatatkan kak..itu pun lamaaaaa punya kes...seorang, pelancong asing..puncanya sebab dia tersasar dari groupnya sebab leka ambik gambar...tu yg kena ngap..yang sorang lagi budak..dia tengah buang air besar..dalam semaklah kot...tgh asyik, kena ngap juga..mungkin komodo tu ingat budak tu rusa...
ikut kata ranjer, kat kg komodo lagilah kak komodo tu dok bertapa bawah rumah penduduk tapi mereka ini tidak mengganggu..termasuklah wanita di situ yang datang haid juga tidak akan menjadi buruan komodo ini...ada mitosnya, nanti saya ceritakan dalam next entry...
Zilla, nak tambah..
Delete2 kes tu kat Pulau Komodo. yang kat Pulau Rinca tak pasti. in fact awal tahun hari tu sebelum kita pegi, 2 orang renjer kena gigit dgn komodo kat Pulau Rinca. masa tu komodo masuk ke ofis dan diorang dapat diselamatkan sebab dapat bantuan cepat. saya ada tanya renjer yang bawak kita tu siapa renjer yang kena serang dgn komodo tu, tapi dia xnak bagi tau.
fuhh. debor jugak kena kejar ngan komodo. grrr. sekali zasss. xdapek nak buat ape lah.
ReplyDeletelutut semua ketaq...semangat pula semua melayang entah ke mana hahaha..
Deletesatu petua kalau kena kejar dgn komodo ne, jangan lari lurus..maklumlah dia mampu berlari lebih laju dari kita..so lari dalam keadaan zig zag..sebab komodo tak boleh nak buat aksi macam tu hehehe...tapi dlm dok zig zag tu jgn pula sampai tersadung...sah2 lah kena zasss :D
gmbr mule2 cantik tgk...dh smp msk nmpk komodo tu, saya siap tngok ttp mate separuh kot..klu yg tgk real tu cmne la yea..dup dap dup dap..
ReplyDeleteape2 pun entry dr zilla mmg best!
cpt2 sambung cerita:)
amboi sampai tutup mata lagi tu hehehe..
Deletesya sebenarnya pun geli dgn haiwan spesis begini tapikan entah mcm mana boleh lupa diri masa kat tmpt kejadian hehehe...
tak tahan tul la si renjer pun ketaq lutut..hahaha. kalo sy sendiripun x confident nak tunggu..haish.
ReplyDeletehahaha part tu mmg tak boleh blah...renjer pun ketaq lutut, habis tu nak harap kan sapa lagi kalau kena kejar, ia dak? hehehe...jalan paling selamat, kembali ke pangkal jalan sebelum apa2 berlaku :D
Deletepergh menarik ni..sure aku tak leh bawak aqilah, sebab nanti tak sempat aku nk lari kalau kena kendong aqilah hahaha..
ReplyDeletehahaha..ko kena tunggu aqilah besar sikitlah kot kalau berhajat nak ke sinun..
DeleteWah pulau komodo ni tercalon dalam keajaiban dunia dulu kan? What
ReplyDeleteyupp benar tu dong!! :D
Deletescarynyeee..
ReplyDeletetp pemandangan mmg bestlah!