South Korea : Travel Tips (Part I) ~ T-Money
Wednesday, February 05, 2014
Lupakan sat bab Kanchanaburi. Nak share sedikit info mengenai T-Money berdasarkan pengalaman kami baru-baru ini.
Rasanya semua dah sedia maklum kegunaan T-Money ne. Senang cerita, fungsinya macam kad Touch n Go jugalah. Harga sekeping kad adalah 2,500 won dan boleh ditopup sebanyak mana yang kita suka.
Dipendekkan cerita, last day di Suwon sebelum kembali ke Busan untuk penerbangan kembali ke KL kami kehabisan cash. Try buat pengeluaran di mesin ATM semuanya tak berjaya walhal beberapa hari sebelumnya kami berjaya membuat pengeluaran di Seoul. Yang ada cuma syiling dan T-Money yang berbaki 28,500 won di dalamnya. Banyak tu, hampir RM80 jugalah; lepas 4 kali makan shrimp burger huhuhu.
Menurut bapak 'kamus bergerak Indonesia' yang bekerja di Information Counter berhadapan dengan Suwon Station, kami boleh refund baki di dalamnya. Lapang hati. Bila cari mesin untuk refund, ndak ada. Matilah!! Try tanya petugas di kaunter KTX pula katanya memang tak boleh refund. Kali kedua, mati kami!! Kembali bertemu dengan bapak 'kamus bergerak Indonesia' tiba-tiba pula dia kata tak boleh nak refund. Sah, habislah kami. Mana nak cekau duit?? Last makan pun cekodok belah paginya. Dalam bag cuma ada saki-baki daging dendeng tapi nak beli nasi, mana pula nak cari duit? Kebuluranlah sepanjang tempoh 24jam ini huhuhu.
Waktu ini dalam kepala saya hanya satu ajelah. Nak try jadi ngamen kat bandar Suwon tu. Ada hati kan?hehehe. Walhal dari pagi tak putus saya makan ubat sakit tekak. Tapi itu ajelah idea yang ada. Bila tanya Anhar, dia tak setuju dengan cadangan saya, risau masuk ke dalam pula kami nanti huhuhu. So oklah.
Sambil dok mundar-mandir berdua, tiba-tiba saya dapat idea untuk mengoyak sticker yang ada di belakang kad. Manalah tau ada peraduan gores dan menang dan kami berjaya menang cash 100,000 won ke; mana tau kan?
Yang saya bulatkan, itulah sticker yang saya maksudkan.
Nan adolah. Yang ada dibalik sticker adalah list pelbagai tempat makan, watson dan kedai skin care. Owhh ok. Walaupun tak faham apa yang cuma disampaikan dibalik logo kedai-kedai yang ada saya beranggapan kami boleh gunakan sebagai debit card.
Inilah yang ada dibalik sticker tersebut. Ada satu kedai yang takde dalam list iaitu Story Way.
Dalam teragak-agak, saya minta Anhar untuk masuk di Lotteria dan bertanyakan samada kami boleh guna T-Money di situ. Jawapannya YA!! Alhamdulillah. Dengan baki yang ada dalam kad masing-masing, kami boleh makan sampai muntah hijau. Peluang yang ada kami manfaatkan sepenuhnya hingga kad masing-masing berbaki 200 won sahaja. Beli mineral water berharga 700 won pun guna T-Money tau!! Malu tu memanglah malu, nampak sangat sengkeknya tapi buat biasa ajelah.
Macam mana nak guna T-Money ini? Misal kata kawan-kawan masuk McD, tanya dulu dikaunter samada terima transaksi melalui T-Money atau pun tidak. Selain dari tu, tengok di kaunter ada tak satu alat berbentuk 4 segi (lupa pula nak ambil gambar) untuk touch T-Money ne. Kalau ada, maknanya bolehlah. Masa order makanan tu hulur sekali T-Money nanti tahulah minah/mamat di kaunter tu nak buat apa. Akhir sekali, nanti derang akan bagi resit dan dalam tu ada dinyatakan sekali baki terakhir dalam kad tersebut.
Macam mana nak guna T-Money ini? Misal kata kawan-kawan masuk McD, tanya dulu dikaunter samada terima transaksi melalui T-Money atau pun tidak. Selain dari tu, tengok di kaunter ada tak satu alat berbentuk 4 segi (lupa pula nak ambil gambar) untuk touch T-Money ne. Kalau ada, maknanya bolehlah. Masa order makanan tu hulur sekali T-Money nanti tahulah minah/mamat di kaunter tu nak buat apa. Akhir sekali, nanti derang akan bagi resit dan dalam tu ada dinyatakan sekali baki terakhir dalam kad tersebut.
Yang saya bulatkan, itu baki terakhir selepas satu-satu transaksi.
Last kunjungan kami sewaktu autumn tempohari, kad T-Money yang kami perolehi adalah dari sedekah mereka-mereka yang dah nak pulang ke KL waktu ketemu di airport (baik hati sungguh mereka-mereka ini). Baki di dalamnya memang banyak, sekitar 15,000 won - 20,000 won dalam satu-satu kad. Mungkin ramai yang tak tahu kelebihan T-Money ini dan mungkin juga ramai yang tahu.
Moga entry ini membantu.
Moga entry ini membantu.
23 comments
Very good info..awatla dorang g tampal sticker kat T-money tu, nasib tergerak hati nk koyak sticker tu,hehe. Idea terfikir nak ngamen kat korea tu tak bleh blah,hahaha.
ReplyDeleteidea tu datang spontan pijah..ngamen di suwon..tak terbayang lagu apa yang nak dinyanyikan hehehe
Deletehehe...cerita lompat-lompat membuat pembaca mengasah otak...:)
ReplyDeletepepatah " God with travevelers" tu betul...nasib baik ditunjukkan mengoyak stiker tu...:)
oklah lompat2 dari tak update langsung, kan? huhuhu..
Deletebtw, sapa bapak kamus bergerak tu?
ReplyDeletepetugas di information counter...dia bisa ngomong bahasa indonesia tapi versi kamus..pening kepala kami nak faham..prefer dia guna English sebab lebih senang faham dari dia cuma ngomong bahasa Indonesia huhuhu..gelaran itu kami yang bagi...
Deletehmm...nanti mudah urusan saya di sana kalau jumpa bapak ini...:D
Deleteitu pun kalau dia tak retired masa kamu ke sana :D
Deletebaru tahu...thanks zilla untuk info!
ReplyDeletesama2, mrs.smile...
Deletethanks for sharing..ada 10,000 won lagi dlm T-money..kalau tahu, belasah sampai habis..
ReplyDeletetakpe nohas..next time kalau p lagi ke korea bolehlah belasah habis2an baki yg ada dlm TMoney tu hehehe
Deleteyup.. on my last day.. ada brapa ribu won dalam T-Money, di airport busan habis saya hentam beli Dunkin Donuts hihihihi.. sampai tinggal 500won je dalam T-Money.. hahaha
ReplyDeletehahaha..ne lebih kurang mcm kes kami jugalah..sampai nak muntah breakfast donut pepagi..sampai ketatlah muka pekerja dunkin sebab kami dok ulang beli guna TMoney hehehe..pengalaman yg mmg best kalau nak dikenang balik hahaha..
DeleteSalam. boleh refund. ktorg g 2011. T-money berbaki 15,000 won kot. pastu ktorg refund dkt GS 25 ke namanya dekat are Myeongdong. xsilap tolak 500 won untuk caj perkhidmatan.
ReplyDeleteOwhh terima kasih sudi share info..so mmg boleh refundlah kan??Cuma tak tahu di mana aje..500 won tolak kira oklah dari tak dapat langsung huhuhu...mungkin silap kami juga haritu tak refund siap2 di Seoul...
DeleteDulu ktorg2 test2 jgk kt mesin tp org tuh ckp xboleh sebab lain kad. mcm mana boleh tertanya kt kedai sy pon xingat. walaupun xbyk tp duit refund bolehlah smbg beli-belah sovenir lagi. hihi
DeleteJM perasan header dah bertukar..cseperti biasa cantik!!!
ReplyDeleteBijak betul Zilla boleh terpikir nak koyak sticker tu..setahu JM t-money tak boleh refund tapi boleh di gunakan di kedai2 seperti 7 eleven tu...rupanya byk lagi tempat yg boleh guna ek..bijak..bijak...kalau tak rugi RM80 tu kan
TQ, JM..bukan bijak tapi lebih kepada terdesak huhuhu..7E tak boleh guna...dah try tapi tak boleh dan mungkin juga bergantung kepada lokasi juga kot..
Deleteboleh guna ke untuk mende lain? wah ni kira bagus, sebelum ni memang tau untuk transport je...
ReplyDeleteboleh, Orga hehehe
Delete*lama tak nampak ;-)
Entry yang terbaik!
ReplyDeleteThanks for the info. Tatau plak boleh guna camni.
Salam Zilla..kami habiskan redeem kat watsons...blli souvenir!!
ReplyDelete