Winter Trip : Day 1 (Part I) ~ Busan to Gyeongju

Tuesday, February 18, 2014

24.01.2014 : Busan - Gyeongju

Kitaorang selamat mendarat tepat jam 8.00am di Gimhae Airport; 30 minit awal dari yang dijadualkan. Urusan di imigresen pun ok walaupun service agak slow sebab dapat officer yang tersangatlah cerewet. Dari airport macam biasalah kami ambil subway ke Busan Station (sila rujuk Autumn Trip untuk direction).

Tujuan utama ke Busan Station sebab nak tinggalkan beg di locker yang disediakan dan ke kaunter KTX untuk mendapatkan tiket dari Singyeongju ke Seoul. Tiket dah ada dalam tangan, barulah kembali semula ke subway menuju ke Nampo Station untuk ke Fashion Street bagi mencari beberapa barangan tambahan seperti winter jacket, long john dan sebagainya. Bab harga, oklah. Long john dalam 5,000 won dah boleh dapat manakala winter jacket pula serendah 20,000 won dan ke atas.

Dalam jam 12.00pm, kami kembali ke Busan Station untuk ambil bag dan bergerak menuju Gyeongju. Buat makluman kawan-kawan, ada dua cara untuk ke Gyeongju ni; bas atau pun train (KTX atau normal train). Nak murah, ambil ajelah bas.

Direction
Busan Station, Line 1- Nopo Station (last station). Keluar dari sini akan kelihatan signboard Busan Central Bus Terminal. Follow aje signboard tersebut, Insyallah takkan sesat (terminal bas berada di building  yang sama dengan subway Nopo Station).
 
Kaunter tiket. Tak perlu nak risau di sini sebabnya rata-rata petugas di kaunter boleh berbahasa Inggeris.

Kami berjaya mendapatkan tiket bas jam 2.30pm ke Gyeongju dengan harga 4,800 won. Perjalanan pula dijangka memakan masa sekitar 1.5 jam. Bas paling awal menuju ke Gyeongju adalah pada jam 8.00am dan bas terakhir adalah pada jam 11.00pm. Kekerapan bas adalah setiap 30 minit.
Bus schedule dari Busan Central Bus Terminal.

Bas belum bergerak saya dah bantai terlena. Sedar-sedar pun bila rasa macam ada orang bergerak. Rupa-rupanya kami dah pun tiba di Gyeongju. Penat sangat sampai apa pun tak sedar. Di Gyeongju saya dah booked penginapan di Momojein Guesthouse untuk 2 malam (nanti saya akan buat entry berasingan mengenainya). Jarak antara terminal bas dengan guesthouse tak jauh mana pun; dalam 20 minit menapak. Tetapi dengan 4 buah bag yang saya pikul dan pegang, memang tak mampulah nak menapak. Kawan-kawan yang lain pun macam tu juga. Kami buat keputusan untuk ambil teksi.
Satu yang kawan-kawan perlu tahu tentang teksi di Gyeongju ini, mereka agak memilih customer. Kalau jarak dekat memang derang tak ambil. Cari dan teruslah mencari huhuhu.

Tiba di Momojein, bilik memang dah tersedia. Lega bila tengok bilik (dorm aje pun). Selesai semua urusan wajib, kami ambil keputusan untuk lepak sahaja di guesthouse sementara nak tunggu Maghrib (dah alang-alang,kan?) sebelum menapak menuju Anapji Pond, Gyerim Forest dan kawasan sekitarnya. 

*bersambung

You Might Also Like

2 comments

  1. Moden btl nmpk rupa kaunter tiket tu...mcm2 tulisan ada..tp mcm x rmai org ja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. agak moden dan petugas di kaunter pun mampu berkomunikasi dgn baik...mungkin juga sebab dah lewat petang, tu yang tak ramai orang..

      Delete

Subscribe