Artsphere @ The Atmosphere, Seri Kembangan

Thursday, April 10, 2014

Kalau sebut mengenai art mural atau street art memang terus akan teringat Penang. Umpama pasembor dan cendol; memang sinonim habislah. La ne tak perlu nak ke Penang dah untuk layan art murat/street art. Di Seri Kembangan tu pun dah ada.

Walaupun dekat aje dengan rumah dan selalu sangat merayap di Pasar Borong Selangor tu tapi tak penah pun saya dengan tentang mural ne. Tahu tentang tempat ini pun dari group Backpacker Malaysia dan Nani@PM. Beliau jugalah yang angkut kami ke sini selepas sesi potluck di Tasik Perdana sempena cuti new year tempohari. Tak sempat nak berlama pun di sini sebab kesuntukan masa. Ambil gambar mana yang sempat aje lepas tu terus balik.

Lokasi? Betul-betul di belakang Giant, Seri Kembangan. Senang sangat nak mencari tempat ini.

Rasanya tak perlulah saya nak menceceh panjang lebar mengenai tempat ne, dah terkenal satu Tanah Melayu dah pun hehehe. Lepas ne, kalau agak-agak otak dah tepu dengan pelbagai perkara boleh lah singgah di sini untuk cuci otak mata.

Layan.
     
 
           

You Might Also Like

7 comments

Subscribe