Journey to heaven 2014 (Day 7 - Part III) : Menuju Queenstown, South Island

Tuesday, October 21, 2014


Turun dari Mt. Roy, kami bergerak menuju ke Queenstown. Tapi sebelum tu, kami dok request kat pilot (hehehe) untuk singgah di Lake Wanaka nak cari Lone Tree yang femes. Waktu on the way ke Mt.Roy lagi kitaorang memang dok tercari-cari dimana lokasi Lone Tree tu, rasa macam betul tapi entahlah. Try ajelah singgah.  Dari parking lot ke Lone Tree agak jauh jugalah nak menapak.  Dengan kaki yang dah mengelecet, sakit pun sakitlah asal hajat kesampaian.

Serius memang cantik view di sekitar Lone Tree ini. Kebetulan pula air tengah surut so dapatlah rapat sikit dengan pokok. Ada jugak beberapa group yang dok bergambar di sini tapi dari sudut yang berbeza; takdelah kami rasa terganggu dengan aksi mereka.
Lone Tree Of  Lake Wanaka. Time ne memang dah petang, tu pasal backgroup pun agak berkabut. Waktu paling best nak lepak di sini, sunset. Cun sangat-sangat (tengok gambar oranglah hehehe).

Dapatlah dalam 9-10 keping gambar, dah jom gerak. 

Seterusnya kami menuju Cromwell yang terkenal dengan buah-buahannya. Macam biasa, kami singgah di Jackson & Orchid untuk cari apple dan ice cream. Sejuk-sejuk makan ice cream? Layan ajelah hehehe. Waktu kawan-kawan yang lain busy pilih buah, saya dan pijah ke belakang kedai sebab tergoda dengan kebun yang sedang berbunga cantik. Mula-mula ingatkan apple, maklumlah apple je yang penuh satu kedai tapi bila tanya salah seorang pekerja yang ada di situ, rupa-rupanya ladang tersebut merupakan ladang aprikot. Ooooooo tak sangka pula, cantik rupanya bunga aprikot hehehe.
Ladang aprikot - matahari dah pula turun..
Cantikkan?Saya dok bayang lari-lari anak di sini. Mesti best.
Close-up sikit - inilah bunga aprikot.

Kitaorang pusing-pusing pekan koboi Cromwell untuk cari ceri. Ada yang mengidam ceri lah pula hahaha. Pusing-pusing, bayang ceri pun takde. Bila tanya orang rupanya bukan musimnya lagi. 

Perjalanan diteruskan kembali. Kononnya nak singgah di Glenorchy dulu sebelum check in di YHA Lakefront, Queenstown. Kali ini memang kurang berhenti kecuali kami singgah di satu lokasi (tak tahu nama) untuk solat dan Kawarau River untuk Roaring Meg Hydro Power sebab teruja tengok air sungainya yang hijau-kebiruan itu. Dapatlah dalam 2-3 keping gambar terus lari masuk kereta. Sejuk beku, tak sanggup nak berlama.
Kawarau River

Waktu memasuki pekan Queenstown hari dah pun gelap, rasa macam tak berbaloi je nak ke Glenorchy. Confirm kalau p pun, mesti dah gelap-gulita waktu tiba di sana nanti. Takpelah, lain kali aje. Sekurang-kurangnya ada hajat yang tertangguh bolehlah dijadikan alasan untuk repeat Kami terus ke YHA Lakefront untuk check in.
Senja di Lake Wakatipu, Queenstown berlatarkan The Remarkable.
Nangis...
YHA Lakefront - lokasi dan kitchen memang terbaik tapi bilik agak sempit. Kami ambil 5 bed share mixed dorm dengan harga NZD25.20/person.

Tiba di Queenstown, maknanya ini last day saya bersama-sama kawan-kawan. Esok dah nak terbang balik ke Melbourne dan terus ke KL. Mood memang melayang sebab sedih sangat. Lepas puas pujuk hati, mandi, solat dan sebagainya barulah kami turun ke dapur. Makan besar malam ini. Tasyha request nak makan pajeri nenas. Gigih derang p cari nenas kat pekan Queenstown tu. Mujurlah ada, itu pun mahal nak mati. Pejam mata ajelah, teringin punya pasal. Malam tu memang penuh satu meja dengan makanan, dah nama pun makan besar kan? Settle makan, kemas bag dan tidur. Esok kena bangun awal.

Selamat malam Queenstown.

*bersambung untuk last day di South Island.

You Might Also Like

24 comments

  1. First hehe....
    Too stunning your photos.

    Terus rindu-rinduan dengan NZ :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. bab rindu2an tu mmg takde tandinganlah...ne pun tgh membuak2..haih, tak kira..pencen nanti nak lari dok NZ huhuhu

      Delete
  2. kalau mrs mesti rasa sedih nak tinggalkan tempat cantik camni
    and ladang apricot tu cantik jer tengok...tersusun

    ReplyDelete
    Replies
    1. mrs.smile, saya punya emosi sendu-sendan berterusan sampai berminggu..lagi rasa nak meraung bila tgk gambar kekawan yang tinggal *nanges guling2...

      Delete
  3. Bestnyer.. sume tempat nampak cantik... photo2 sume je da nampak gojes gle.. in reality lagi la cantik kan.. SubhanAllah.. Kalau la saya ad peluang,, saya nak travel macam sis.. Macam mana sis boley susun bajet untuk setiap travel tu... kagum tol.. hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. issh tak perlu sampai kagum, Nadia...mungkin lain orang lain caranya, kan?? Nadia sendiri pun, InsyaAllah satu hari nanti pun boleh buat perkara yang sama..entah2 lagi baik dari kami semua..

      Delete
  4. admire dengan photo zilla.... chantik sangat2! two thumbs up! :D

    ReplyDelete
  5. Zilla.. tak de tempat tak cantik. Kalau aku malam tidu mesti mode kesat-kesat airt mati sebab besok dah nak balik. Apappun, thanks lah, aku dah tahu camana nak plan in future

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha..drama sgt tu..lain kalau kalau nk p nz, kita apply cuti sebulan...puas sikit nak jejalan, tak payah nak kesat2 air liur dan air mata sebab tak nak balik :D

      Delete
  6. hi ziela..ni second time i leave my comment. i like reading yr travel blog plus cannnnntiiikkkk gambar. keep it up.., guna camera apa if u dont mind to share. lama tunggu u update, hari ni baru ada. nak tanya diaorg tak bagi masuk ladang aprikot ke? bulan nov ni musim buah apa ya? kawan2 u punya blog ada tak? boleh gak baca diaorg punya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anon,

      maaflah, memang lately takde mood nak mengarang sangat..nak pilih gambar pun malas...tu yang lambat sikit nak up entry baru...emm, saya pakai D90 with kit lens...ladang aprikot tu blh je masuk...kitaorg masuk je ladang tu cuma sebelum terjah tu kenalah minta izin..nov, saya rasa mcm2 ada kat situ maklumlah dah spring kan? try google utk ladang avocado di sana, cantik sangat sebab ditanam di small island (lupa nama tmpt tu)..kawan2 saya takde blog kecuali Pijah Pelangi..cuma, utk NZ ini dia blum up entries lagi...

      Delete
  7. pemandangannya cantik luar biasa Mbak Zilla. Cantik dan sepi. ya Allah damainya...suasana di sana.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ia mas...sangat bagus untuk lari dari stress ;-)

      Delete
  8. Tak nak balik boleh?
    Mmg gambar Sgt ohsem!

    ReplyDelete
  9. Mengubat rindu kat nz tgk gambar u yg sgt awesome. Nak jejak lagi for the second time plak tp entah bila lah tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Leez, wahh tak sangka akak sudi singgah blog saya yang tak seberapa ne *terharu..

      Delete
  10. Replies
    1. terima kasih..Syukur untuk peluang yang ada untuk lihat dunia :-)

      Delete
  11. Salam kenal zilla.bestnya baca entry psl nz..tgh kumpul duit gak ni..angan2 dah lama ada hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga Farra...terima kasih sudi singgah sini...hah, takpe2..moh kita ramai2 pasang angan2...free je pun nak berangan hehehe...

      Delete
  12. Salam Zilla...
    Ada contact number or address Jackson & Orchid nih x??? Try gugel x jumper la. Btw dia allow self picking apple x for visitor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam farah


      Saya google, ini website utk Jackson & Orchid http://www.jacksonorchard.co.nz/contact.html

      Selebihnya, maaf saya tak tahu..mungkin boleh contact mereka dan tanya sendiri :-)

      Delete

Subscribe