Mynmar 2015 : Day 7 ~ Selamat tinggal Mynmar

Thursday, July 02, 2015


Hari terakhir di Mynmar. 

5.00am, kawan-kawan bertiga dah pun berangkat ke airport dengan teksi. Tinggal ler saya sendiri kat hotel. Nak tidur pun dah tak sanggup, kemas beg dan terus bersiap. Sementara nak tunggu breakfast ready (7.00am) saya cuma layan movie di bilik.

Settle semua benda, saya tanya cara untuk ke Central Pos Office, Yangon. Katanya cuma 20 minit sahaja berjalan kaki. Saya pegang kata-kata itu tapi yang bestnya sampai ke sudah bayang pejabat pos tak kelihatan. Setiap kali saya bertanya untuk lokasinya semua bagi arahan yang berbeza. Sat belok kanan, sat lagi kena p kiri. Pening! Memang buang masa. Geram punya pasal, saya ambil aje beca (20,000 kyat) ke sana. Rupanya memang saya dah tersasar jauh dari jalan yang sepatutnya.

Pejabat pos buka, 9.30am. Lama giler saya bertapa di situ. Poskad dah selamat masuk peti pos, saya tengok jam dah hampir 10.00am. Flight saya, 12.15pm. Sah, memang tak sempat nak ke Boyoke Market. Nak berjalan kaki ke hotel pun dah tak sempat ni. Buka purse, cuma ada baki USD7 sahaja. Buntu dibuatnya. Teksi ke airport minimun harga USD8. Naik bas memang boleh jimat tapi yang menjadi masalah, saya takde masa. Silap haribulan boleh terlepas flight. Tawakal, try tahan teksi dan tanya harga untuk ke airport. Sekali pakcik tu cakap USD7. Hah, ngam-ngam dengan duit yang saya ada. Rasa nak lompat bintang je *Alhamdulillah. Saya minta pakcik teksi singgah di hotel untuk ambil beg dan kami terus bergerak menuju airport.

Nak dijadikan cerita pula pagi tu jalan ke airport punyalah macet. Perjalanan yang sepatutnya hanya 45 minit menjadi 1.5jam. Tiba di airport, memang tak pandang dah kiri/kanan terus lari ke kaunter berkenaan untuk daftar masuk dan cop passport. Settle semua benda tanpa sebarang masalah. Lega. Alhamdulillah. Tapi yang menjadi masalah saat tu, tiba-tiba pula saya muntah-muntah dan badan mulai menggigil. Flight hanya delay 15 minit sahaja tenghari tu dan sepanjang perjalanan menuju ke Kuala Lumpur saya resah gelisah menahan ketidakselesaan diri.
Akhirnya, selamat tinggal Mynmar. Terima kasih untuk semua kenangan yang diberikan.

Saya tiba di rumah dalam 5.++pm, campak beg dan terus tarik selimut. Malam tu saya diserang demam panas dan kepala bagai nak pecah menahan kesakitan....

Sebenarnya, ada sesuatu berlaku waktu di pejabat pos di Yangon. Tapi, biarlah apa yang berlaku itu saya simpan sendiri. Mudah-mudahan itu bukan menyebab apa yang saya hadapi saat ini...

***

Sepanjang 7 hari di Mynmar, sebenarnya banyak yang saya belajar tentang negara ini. Apa yang pasti, apa yang saya baca di internet sama sekali berbeza dengan apa yang dah saya lihat sepanjang berada di sini. Sebagai rakyat Malaysia, saya bangga dengan 'sambutan' yang diterima sepanjang berada di sini. Mereka juga teruja bila mengetahui kami ini datang dari Malaysia dan cuma berbahasa Malaysia dengan kami walaupun agak lucu bunyinya.Buat kawan-kawan yang berhajat untuk ke Mynmar dan rasa ragu-ragu dengan tahap keselamatan di sini, teruskan aje. Pasti seribu satu pengalaman akan kawan-kawan tempuhi di sini.

Sekian.

You Might Also Like

14 comments

  1. Kalau sakit kepala masih tak surut pegi lah hospital, buat check up.
    Risau jugak takut apa2 jadi.
    Apa2 pun semoga awak cepat sembuh ya.
    Tak sabar baca kisah travelogue awak yang lain lepas ni :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Mya..dah p klinik pun..la ne dok angkut ubatan ke sana-sini..harap tkde yg seriuslah huhuhu

      Delete
  2. Cita la sikit apa yg happen kt pejabat pos tu? Sampai muntah2 .....

    ReplyDelete
  3. Kadang berita di koran-koran suka terlalu dilebih-lebihkan. Belum tentu semua itu benar.
    Beruntung Mbak Zilla sakitnya pas hari terakhir. Ya walaupun sakit, masih beruntung juga..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu mas gunadi..sebelum pergi mmg takut sangat; takut kena 'sembelih' di sana tapi bila dah pergi dan lalui mcm2 di sana ternyata keadaan di sana baik2 aje..

      beruntung sakit? hehehe...

      Delete
  4. aku pon carik pej pos tapi tak jumpa kat yangon :(

    Naik mas ek, patutla flight tgh hari.

    Setuju, kat yangon ramai je muslim. kalau nak jalan kat lorong2 belakang pon tak takut. aku takut bila jumpa polis je. mengelabah nak mengelak :p

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jea, jauh giler pejabat pos tu..tak sanggup...tapikan service derang pantas weii..seminggu aku dah dapat poskad yang aku poskan...terbaik sungguh!hehehe...

      asal ko takut jmp polis? ada buat salahkah? hahaha..

      Delete
    2. katanya yangon banyak mata-mata. poskad aku pon sampai awal. nasib aku pos siap2 kat inle. makcik tu ckp 9 hari.

      Delete
  5. Trip ni memang menguji mental zilla rasanya...alhamdulillah selamat pergi dan balik
    next entry sumut ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sumut? dah habis dah achik smile..next trip ke sumut pula ogos ne...next entry, rinjani ;-)

      Delete
  6. Get well soon Zilla. Memang banyak sangat dugaan trip kali ni. Tapi macam ko cakap, pengalaman yang dikutip mengatasi segalanya. Ceh bahasa aku.

    ReplyDelete

Subscribe