Sumut 2015 (V2.0) : Tangkahan - The Hidden Paradise (Part II)
Wednesday, August 19, 2015Sumut 2015 (V2.0) : Tangkahan - The Hidden Paradise (Part I)
Seterusnya, kami dibawa singgah di Air Terjun Gelugur. Untuk ke air terjun ini kami perlu menapak dalam 5 minit aje dari sungai. Ban pula kami tinggalkan aje di sungai; tak perlu nak risau akan hilang dan sebagainya.
Benda pertama yang menarik perhatian kami adalah 'pelamin anganku musnah' yang dibina khas untuk kami. Erkk, siap berbunga raya bagai. Gigih sungguh! Oleh kerana 'pelamin' tak berapa nak siap lagi kami diminta untuk berendam di air terjun terlebih dahulu.
Jungle lunch, dah termasuk sekali dalam pakej tubing.
Oleh kerana, Sumatra Utara masih dilanda kemarau jadinya air terjun pun tak berapa nak ada. Tak mengapalah, sekurangnya takdelah terlalu dalam untuk kami-kami yang rata-rata tak pandai berenang ini. Pengunjung memang tak ramai. Menurut guide, pengunjung tempatan memang kurang mengunjungi Tangkahan kerana kosnya yang agak tinggi dan wajib mengambil pakej dari operator tempatan.
Layan ajelah gambar ye.
Ini satu-satunya group local yang ada.
Saya tertarik dengan batuan sediman ini (boleh google kalau nak tahu dengan lebih detail). Struktur batuan ini rapuh, tiap kali disentuh ianya akan gugur.
Licin sesangat, harus jalan dengan hati-hati
Air yang tak berapa nak ada
Sapalah yang rajin menyusun?
Puas bergambar, kami dipanggil untuk makan tengahari. Haih penat-penat bapak-bapak tu buat 'pelamin', kami lebih tertarik dengan makanan yang terhidang. Maklumlah kali terakhir makanan masuk perut waktu di kota Medan. Lapar tak hengat dunia! Sayangnya, bila perut dah sebu sedap macam mana pun makanan yang terhidang memang tak boleh nak masuk. Tak habis pun. Makan sekadar untuk mengalas perut.
Makan tengahari kami - nasi goreng dengan pelbagai hiasan tambahan hehehe.
Perut dah kenyang, masa untuk berkubang. Walaupun air tak berapa nak deras tapi puas sangat-sangat. Dalam 30 minit jugalah kami berendam, sebelum perjalanan kembali diteruskan. Waktu ini kami diberi pilihan samada untuk kembali ke guesthouse atau pun menyambung tubing di sungai. Dah pasti pilihan kedua yang menjadi pilihan. Kami menghayutkan diri hingga ke Sungai Buluh (kalau tak silap saya). Dari situ kami perlu menapak dalam 3km untuk kembali ke guesthouse melalui ladang kelapa sawit.
Nasiblah redup..
Mereka - yang didepan berbaju putih itulah Yovie. Nampak je macam budak-budak tapi anak dah sorang tu :D
Kami tiba di guesthouse pun dah petang sangat. Takde aktiviti yang boleh dilakukan, santai-santai aje sambil menunggu giliran untuk membersihkan diri. Malam itu kami memang tak masak, makan di cafe guesthouse. Dalam 9.++pm, masing-masing dah pun hanyut dibuai mimpi.
2 comments
tingginya susun batu, bakat besar tuh :0
ReplyDeleteJea, batu tu tak taulah sapa yang susun..mmg dah sediada di situ..
Delete