Oiso Korean Rest, Bangsar South

Friday, September 11, 2015

Pertama kali kot posting pasal tempat makan ne hehehe. Maklumlah jarang sesangat keluar rumah kalau di Malaysia huhuhu.

Minggu lepas, geng Sumut buat 'parti buih' untuk Azra yang akan menamatkan status bujangnya hari ini. Oleh kerana tekak saya ne dah berbulan teringin sangat nak makan tteokbokki memang tak fikir panjanglah terus bagi cadangan untuk layan makanan Korea. Azra yang rekemankan untuk lepak di Oiso ini dan lepas pekena macam-macam makanan di sini, Oiso memang win! Pernah layan beberapa restoran Korea di Mid Valley, pada saya rasanya tak se'indah' di Oiso. Harga makanan pun sangatlah berpatutan sesuai dengan size hidangan. Paling win (pada sayalah), bulgoginya. Memang menjilat pinggan! Bulgogi di Muree Rest. pun kalah hehehe (bukan apa, waktu kunjungan saya last year bulgoginya punyalah masin!).

Nafsu memang memuncak di Oiso ne. Satu meja penuh dengan makanan, siap dapat steamed egg percuma lagi sebab kitaorang order banyak sangat. 3 jam lepak kat situ nak habiskan semua makanan tapi tetap tak boleh nak habis, akhirnya tapau bawa balik rumah. 

Apa pun, buat Azra "selamat pengantin baru dan moga kekal hingga ke akhir hayat". Lepas ne makin ligatlah berjalan sebab dah ada partner yang halal hehehe. 

Layan (sorrylah gambar restoran memang takde, syok sangat layan makanan).
 Janci Kuk Su - RM11.90 (besar giler mangkuknya, boleh share 3 orang kot).
Bulgogi (RM15.90) dan grilled blue mackerel (RM14.90); keduanya didatangkan dengan set (boleh share berdua kot)
 Steamed egg on pot (RM10.90). Biji getah tepi tu Syikin yang bawa, ole-ole dari kampung.

Alamat
Oiso Korean Traditional Cuisine & Café  
G3, Ground Floor, The Sphere Avenue 1, Bangsar South
Tel : 016-3151349
Website : Oiso

You Might Also Like

10 comments

  1. lupa saya nak bagitau hari tu, chef dia maybe orang korea sebab masa first time pergi nampak yang masak tu ajumma.
    mana tau tu ajumma, masa tanya toilet di mana, dia senyum je tak paham apa. lepas tu cakap korea apatah-dia-cakap-tak-ingat-dah.
    hehehe. -syaza

    ReplyDelete
    Replies
    1. perasan juga syaza...masa nak balik tu pun ajumma tu ada keluar dan ucap terima kasih kat kita semua...

      Delete
  2. ehh..jap terkejut den..ni Azra..Azrazida tu ke....blogger A Traveller's Note tu ke Zilla..ke orang lain

    ReplyDelete
  3. Wah.. bila lah boleh makan korean cuisine dlm malaysia ni.. hehe telan2 ailio tgk gambar2 ni..

    ReplyDelete
  4. Dimana mana masakan Korea lagi booming kayaknya. Saya belum pernah coba kelezatan masakan korea.

    ReplyDelete
    Replies
    1. di Indonesia juga sedang meletup ya mas gunadi?

      Delete

Subscribe