The Other Festival 2015, Ipoh, Perak
Tuesday, October 20, 2015
Tercari-cari apa yang ingin dilakukan minggu ini? Jom kita ke Ipoh, Perak.
The Other Festival 2015 anjuran Kakiseni ini akan berlangsung di sekitar Old Town Ipoh mulai 22 Okt. 2015 hingga 8 Nov 2015. Dalam tempoh 2 minggu ini macam-macam aktiviti telah dirancang oleh Kakiseni untuk pengunjung.
Walaupun event ini dilakukan di Ipoh, tak bermaksudlah kita-kita diluar Ipoh ini tak boleh nak berkunjung ke sana. Kalau dari KL dan kawasan sekitarnya, paling mudah naik aje ETS dari KL Sentral terus ke Ipoh. Sepanjang tempoh perjalanan 2.5jam ke Ipoh dengan ETS ini bolehlah bantai membuter sepuas hati. Tak payah nak pening kepala pasal minyak kereta, tol dan sebagainya. Oleh kerana event ini mendapat kerjasama dari KTMB, waktu nak beli tiket tu sebut ajelah promo code OTHERFEST untuk mendapatkan diskaun bagi harga tiket ETS (harga asal RM35/one way).
Senarai aktiviti untuk minggu pertama.
Dalam banyak-banyak aktiviti yang dianjurkan pada minggu pertama ini, paling menarik perhatian saya adalah outdoor teater dan music curated by Projek Rabak. Selain dari aktiviti-aktiviti yang bakal berlangsung ini sebenarnya kawan-kawan boleh juga keliling Old Town Ipoh untuk food hunting dan sebagainya. Ianya juga sebahagian daripada aktiviti event ini. Jangan lupa cari dan singgah di kedai/restoran/cafe yang kitaorang rekeman - cari je sticker #awesomegilersuperpowertahapunicornilicious.
Jom, Ipoh!
This is #awesomegilersuperpowertahapunicornilicious
Jom, Ipoh!
0 comments