XPDC ke Gunung Berembun & Telapak Buruk, Jelebu
Monday, October 12, 2015
Setiap gunung ada cabarannya tak kiralah berapa ketinggiannya. Jangan sesekali memandang rendah dengan ketinggian yang ada sebabnya kadangkala gunung tu rendah je tapi cabarannya, memang menangis dibuatnya.
Trip kali ini bolehlah dianggapkan sebagai trip mengejut. Mana taknya, plan asal nak naik Brogo dan Tok Wan sahaja tapi sehari sebelumnya plan berubah dan kami ambil keputusan untuk follow satu group ini ke Berembun dan Telapak Buruk. Opps, sebelum tu jangan pula pening dengan Berembun ne sebabnya di Malaysia ni ada 3 gunung dengan nama yang sama tau.
1. Gunung Berembun (CBL), Terengganu
2. Gunung Berembun, Negeri Sembilan
3. Gunung Berembun, Cameron Highland
Untuk Berembun di Jelebu ini, boleh gabung sekali dengan Telapak Buruk. Jarak antara dua gunung ini hanya memakan masa 1.5jam sahaja. Untuk trip ini, kekuatan ahli jemaah adalah 34 orang, ramai gilakan? Tapi oklah sebab dapat jumpa kawan-kawan baru.
Ketinggian : 1014 meter (Berembun) dan 1193 meter (Telapak Buruk)
Jarak : 22km (return)
Masa : 4jam (Berembun) dan 1.5jam (Telapak Buruk dari Berembun)
Starting point : Loji Air Pantai
Kami [pic : fieda]
Trek? Serius macam nak mati! Tak nak dah!!! Bukan lutut ajelah rabak, satu badan rabak-rabak tau!hahaha. Maklumlah gunung-ganang di Malaysia ne memang takde khidmat porter kecuali Kinabalu. Nak tak nak, barangan memang kena angkut sendiri; mengada sungguhlah *rasa nak lempang ajekan? hehehe
Untuk Telapak Buruk, ianya terkenal dengan tinggalan sejarahnya. Di sini terdapat sebahagian daripada tinggalan bangkai pesawat British yang terhempas di sini pada tahun 1945 dan telah mengorbankan kesemua krew. Sebahagian lagi bangkai pesawat ini telah dibawa ke Muzium Tentera di Port Dickson.
Sedikit info yang saya ambil dari blog krelhiker
"Sebahagian pesawat telah ditemui pada tahun 1996 di Negeri sembilan
sebelum ‘pencarian rasmi’ pada 22 Disember 2006. Seterusnya, ekspedisi
kedua pada 29 Ogos 2009 sebelum 80 cebisan tulang krew kapal terbang
diserahkan kepada Kapten Kenneth Taylor, Penasihat Pertahanan Tentera
British dan disemadikan di Commonwealth Military Cemetery, Kuala Lumpur
pada 18 Oktober 2012, sambil disaksikan oleh waris dan ahli keluarga
krew terlibat"
Kami lagi - bangkai pesawat ini bersepah2..Tayarnya pun masih dalam keadaan elok tau! [pic : fieda]
Apa pun, terima kasih buat kekawan yang sudi merealisasikan impian saya untuk mendaki. Serius terasa bermakna sangat pendakian ini sebabnya mereka-mereka ini ada bersama (wpun tak cukup ahli). Ini pendakian last untuk tahun ini, cukuplah. Nak rehatkan otot-otot badan ne dahulu sebelum start aktif kembali.
Info tambahan:
Jangan lupa bawa first aid, glove, tongkat, extra water & foods. Di sini juga banyak giler pacat, bersiap sedialah huhuhu.
18 comments
indah bingitzz
ReplyDeleteNo wonder macam pernah dengar Gunung BErembun tu..
ReplyDeletehaha.. pernah tawan dekat Cameron Highlands punya.. huhu
hahaha..
Deletesaya sendiri pun confuse juga mulanya tau...yg pasti semua tak pnh naik lagi kecuali di Jelebu ne :D
Pacat?! Hehe takpelah saya hiking virtual through gambar-gambar Zilla je lah.
ReplyDeleteMana satu Zilla? Yang posing muka kacak dalam gambar last itukah?
kay,
Deletesaya ok lagi dgn pacat tapi jangan lintah..takut!
seriously tak tahu saya yang mana satu? hahaha
Ade byk ag gmbr bangkai pesawat ni dlm hp. nk x?
ReplyDeletemau, fieda..tapi forward dgn fb atau email lah..boleh?
DeleteWokey. Dlm fb chat tau
Deletewahhh lama jugak nak naiknya. kena cuba ni hihi
ReplyDeleteCisss otai macam awk agaknya berembun ne celah jari je hehheeh...tapi serius tak mau dah berembun..
Deletezillaaaaaaaa trekkkk diaaaaaaaaaaa.menangisssss. especially dari gua kambing tuh. sob sob. nak naik pakai 4x4 je pasni
Deletehahaha...trek lepas gua kambing tu kami gelar 'trek jahanam'..menyumpah sepanjang jalan Ajla hahaha...tu yang rasanya, cukuplah sekali..tak sanggup dah nak repeat...satu badan rabak huhuhu
DeleteEh kita join xpdc yg sama la Zilla.
ReplyDeleteSy group yg last smpi bawah.
Hahaha..keciknya dunia.
Deletesalam,
ReplyDeleteAda 4 Berembun sebenarnya..
1. Berembun - Jelebu Negeri Sembilan
2. Berembun (CBL)- Terengganu
3. Berembun - Sg Pauh, Cameron Highland
4. Berembun (Wrays) - Ringlet, Cameron Highland
Hi zilla,bila naik tu? Sya pun bru naik last dec. Sakit satu badan,hujan pulak tu.
ReplyDeleteRasa serik je...tk mau naik lgi...
naik okt. encik..emm gunung ne utk hardcore, nampak je simple treknya tapi nanges nak menamatkan...saya sndiri pun cukuplah sekali je huhuhu
DeleteWahhhh....best
ReplyDelete