South Korea Winter Trip 2015 : Perjalanan Hati

Tuesday, December 08, 2015

Assalamualaikum

Trip yang dirancang hampir setahun lamanya. Kali ini pergi bukan dengan #Gengtravel tapi kali ini saya bawa (ala-ala tour guide) kawan-kawan office. Trip 10D 9N; fuhh, rasa macam tak nak balik pun ada. Hati kuat sangat rasa nak resign dan duduk sana terus *motiff sangat, kan? hehehe. 

Trip kali ini juga sebenarnya banyak perkara di luar jangkaan berlaku. Betul orang kata, apa yang kita rancang tidak semestinya akan jadi nyata. Kadangkala kita tak dapat yang ini, Dia anugerahkan yang lebih baik. Syukur sangat-sangat sebenarnya, sekurangnya impian kawan-kawan dah pun jadi nyata. Alhamdulillah!

Apa pun, layan beberapa keping gambar di sebahagian lokasi yang kami singgahi. Nak kena habiskan entry China dahulu baru boleh masuk bab South Korea ini.
 
Industrial area, Yeosu. Giler cun pemandagan di sini!
Naganeupseong Village, Suncheon
Suncheon Bay & Yongsan Observatory, Suncheon. Tobat tak mau naik dah Mt. Yongsan tu!
Mana Lee Min Ho? Gyoengbokgung Palace
Pemandangan malam Han River dari rooftop guesthouse. Tengok awan tu, malam tu salji turun selebatnya.
 Salji tebal di Namsan Park - memang teruja giler time ne!
 Railbike - gigih time winter nak mengayuh huhuhu
 Stir-fried octopus - ok sedap giler nak pengsan!
 Oryukdo Skywalk - gayat tak hengat dunia di sini! 
Sunset di Oryukdo - sempurna sekali.
 My fav spot di Taejongdae

You Might Also Like

27 comments

  1. Subahanallah.. sungguh indah permandangan itu Zilla..
    Kenapa taubat tak nak naik Mt. Yongsan itu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. treknya mencanak naik kak..semput giler, tak sanggup huhuhu

      Delete
  2. Salam... Trip Zilla ni mmg lain dari yg lain la :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, Kay...moga apa yang saya kongsikan ne boleh bagi idea kat kawan2 lain yang bakal berkunjung ke Korea...

      Delete
  3. Replies
    1. terima kasih, nohas...sunsetnya mmg cantik sgt cuma tak sanggupnya angin kuat giler kat sini..mau melayang dibuatnya...

      Delete
  4. lawanyaaaaaaa....
    nak itinerary please, mana tau kalau hati terbukak nak ripit korea
    view Naganeupseong Village, Suncheon menggoda jiwa sungguh.
    btw, tahniah sbb habiskan trip ni dengan jayanya!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. amboi, mmg takde hati nak repeat korea lagikah? hehehe

      byk tempat best kat suncheon tu.sayang tak dapat nak cover semua wpun aku lepak situ 3d 2n huhuhu

      Delete
    2. zilla...Lee min Ho dekat Jongmyo, bukan gyeongbokgung hehe

      Delete
    3. dzu, aku ne asal nampak tiang merah tu je mesti dok ingat Lee Min Ho hahaha...

      Delete
  5. wow cantik gambar..buatkan aku teruja nk menantikan trip winter aku jugak nih..

    ReplyDelete
  6. Welcome back Zilla :D Wahhhh akhirnya keluar cerita Korea!
    Banyak saya nak comment ni tapi first sekali, syoknya dapat snow! Termakbul akhirnya harapan Zilla ya.
    Kenapa tak nak naik Mt. Yongsan dah? Apakah yang berlaku?!

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, kay..
      tau tak masa trekking kat Mt. Yongsan tu saya dok ingat kay je..tu kalau ada phone mau saya call kay dan mengadu..awat treknya laghu tu? hahaha..mcam nak putus nyawa dibuatnya hehehe...tak mau dah naik...pastu waktu trekking tu pula pula ada couple dok beromen depan saya..sepanjang trek tu dia buat adegan tak sepatutnya, lagilah sesak nafas dibuatnya..rasa macam nak bagi pelempang je hahaha...

      Delete
    2. Haha trek dia memang agak membunuh kan?! Tapi saya tetap nak repeat panjat, sebab tak puas hati tak dapat sunset hari tu. Juga tak abes cover Suncheon. Pasal couple tu, diorang ni tak takut beromen dalam hutan ke >.<

      Zilla, rasanya saya tak mampu tunggu sampai habis entry China, tak sabar nak tengok gambar dan baca cerita Zilla pula hehe Letakla gambar snow lagi, please! *0*

      Lupa nak tanya, stir fry octopus tu makan kat mana?

      Delete
    3. tahu takpe..dahlah berlapis2 pakaian, nak buka malas. lencun dengan peluh dibuatnya hahaha. Untuk repeat Suncheon, InsyaAllah tapi utk panjat Yongsan tak mau dah. Kecuali derang buat cable car ke atas tu *mengada sungguh haih! hehehe

      Nk tak nak mmenag kena tunggu..carca merba jadinya nanti, saya pun pening hehehe

      Octopus tu saya makan di restoran ikan bakar di Dongdaemun, Kay. Sedap hingga nak menjilat mangkuk..

      Delete
  7. Welcome home Zilla..seperti biasa..gambar tidak pernah mengecewakan..ohsem...ahaksss..Oryukdo Skywalk tu mmg dah masukk kan dalam list tapi ntah leh sampai ke tak nanti :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih, JM.Lepas ini giliran JM pula nampaknya ;)

      Delete
  8. nice picture

    sini around Rhode Island serta kawasan sewaktunya snow tak turun lagi tapi malam suhu drop sampai -3 juga

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih

      -3? Fuhh, sejuk beku tu huhuh

      Delete
  9. Aaaa lawa lawa lawa!
    Cepat update awak.. Tak sabo nak baca cerita ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sabar..sabar..kita habiskan satu2 dulu hehehe

      Delete
  10. Wahhhhhhhhh sdp nye sotong tu...
    Pernah tgk kt variety show mt yongsan tu. Nnti bwk g jenjalan skywalk sume tu lah. πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚

    ReplyDelete
  11. Zilla wehh...apesal banyak sangat cuti?
    Bestnya dapat salji kt korea!

    ReplyDelete

Subscribe