China Autumn Trip 2015 : Kanding Love Song - Mugecuo National Park, Ganzi (Part I)
Wednesday, December 09, 2015China Autumn Trip 2015 : Dari Moxi Town ke Kanding ~ Aku Jatuh Hati!
Mugecuo atau Kanding Love Song - boleh dikatakan kali pertama kitaorang tengok gambar tempat ini diinternet, dah start teruja giler. Cantik giler kot kalau foto-foto. Oleh kerana itulah, kami masukkan tempat ini dalam itinerary dan antara tempat wajib singgah dalam trip kali ini.
Dari pekan Kanding ke Mugecuo National Park ini mengambil masa lebih kurang 30 - 45 minit sahaja. Dari pemerhatian saya, tempat ini elok singgah diawal pagi sebab orang tak ramai dan tasik pun tenang berbanding tengahari. Sama seperti di Hailuogou Glacier Park, kenderaan luar tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan taman negara dan pengunjung diwajibkan menggunakan shuttle bus yang telah disediakan untuk mengelilingi taman negara ini.
Kaunter tiket
Bayaran masuk adalah RMB162 (harga student) manakala harga asal tanpa student card adalah RMB198 termasuk insuran. Oleh kerana kami tunjukkan student card dan ic, berjaya jugalah kami mendapatkan harga student untuk bayaran masuk hehehe.
Tiket masuk. RMB72 (RMB105 harga asal) untuk bayaran masuk dan RMB90 untuk shuttle bus.
Keadaan di dalam shuttle bus. Majoriti yang singgah di sini adalah pelancong tempatan. Kami berenam ajelah yang lain dari yang lain huhuhu.
Dari pintu masuk utama ke tasik mengambil masa dalam sejam dan ianya merupakan hentian terakhir shuttle bus. Jadinya, tak payah nak pening kepala otak nak pikir mana nak turun. Sepanjang perjalanan menuju ke tasik, bas memang berhenti di beberapa hentian untuk turunkan penumpang. Nak trekking di sini pun boleh. Trek tak susah mana sebab dah disediakan platform untuk pejalan kaki. Yang menjadi masalah larat dengan tidak aje nak menapak.
Oleh kerana trip kami ini pun dah masuk di penghujung autumn, jadinya suhu memang sejuk beku. Kebas kaki tangan dibuatnya. Bibir pun terasa tebal semacam sebab kebas dek kerana terlalu sejuk. Turun dari bas, memang melompat terus ke tepi tasik. SubhanaAllah, tak tau nak cerita macam mana keindahannya. Dah ala-ala NZ pun ye juga hehehe NZ tetap juara!
Layan beberapa keping gambar.
Tak tahu nak cakap apa lagi, memang cantik giler. Tasik pun tenang saat ini sebab masih awal pagi.
Zoom sikit. Kalau penuh dengan dedaun autumn mesti lagi cantikkan?
Ada disediakan perkhidmatan bot untuk keliling tasik dengan harga RMB66. Harga waktu winter pula adalah RMB48
Layan ajelah...
Dalam sejuk beku tu lama jugalah kami bertapa di sini. Mulanya ingat nak trekking je turun ke bawah tapi tak sanggup!hahaha! Ambil bas dan kami turun dihentian seterusnya.
Suka sangat dengan ketenangan yang ada di sini.
Air tasik dah start berkocak time ne dan angin pun mula bertiup kencang.
Yang pasti ini bukan saya hehehe.
7 comments
biru betul air tasik..cantik..
ReplyDeletenohas, mgkn cuaca juga mainkan peranan...langit, tasik semua biru...
Deletepengantik pompuan tu kena kwen paksa ka apa...kahkahkah!! Nice photos like always :)
ReplyDeletehahaha..macam sedih je mukanya kan zila?
Deletewow mmg cantik...!! ala2 Lake Aviemore di NZ
ReplyDeleteWah cantiknya tasik tu......next klu ada gi halo2 la
ReplyDeletewah pemandangannya indah sekali ini mbak..
ReplyDelete