Pak Long Cafe, Ipoh

Thursday, March 24, 2016

Satu lagi tempat makan yang sempat kami terjah waktu di Ipoh tempohari. Nak kata wow sangat kek-kek di sini, tidaklah sebab ada yang kami makan tempohari keknya terlalu dry bak kata omputih. Harga sepotong kek bermula dari RM6.90 hingga RM8.90 bergantung pada jenis kek. Untuk meatball pula, serius lupa berapa harganya. Satu perkara yang saya rasa pihak pengurusan cafe ini perlu ambil perhatian adalah perihal pelayan yang kurang mesra alam, emm entahlah. Mungkin kami sampai dah lewat malam dan mereka-mereka ini dah keletihan kot nak melayan pelanggan. 
 
 Pak Long Cafe, Ipoh. Jalan kaki je dari Gerbang Malam Ipoh.
 Deco meja kononnya
Dalam perut nak meletup kekenyangan pun boleh lagi pesan macam-macam hehehe.
 Meatball, tak ingat berapa harganya. Apa yang pasti sedap, kenalah dengan tekak
 Si cantik manis, red velvet kek. Maaf dry bebenor rasanya. Tak masuk langsung dengan tekak.
Butterscotch Cake - yang ini agak sedap walaupun manis menyengat

Alamat:
13, Jalan Raja Musa Aziz, Taman Jubilee, 
Ipoh, Perak
Waktu Operasi : 2.00pm - 11.00pm (kecuali Isnin)

You Might Also Like

4 comments

  1. lawa gambar hahaha..
    gambar aku kat paklong ni ntahape2 je..
    harga cafe ni not bad jugak la kan, aku rasa kalau waiter dia mesra sikit, gerenti marveles tempat nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. perli ke apa tu, dzu? hahaha..ketaq gak badan aku nak ambil gambar malam, nasib gak ler gambar2 tak ikut sama ketaq hehehe...

      yupp, patutnya dia gunakan tagline "lebihkan gula dalam senyuman" bukan hanya perlu lebihkan gula dalam kek semata2...

      Delete
  2. Belum pernah tahu tentang cafe ini walaupun selalu ke Ipoh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pun tak penah tau kewujudan cafe ne kak..kalau saya p sorang2, harus saya tertarik dengan makanan di foodcourt berhadapan dgn cafe ne kak :D

      Delete

Subscribe