Sumut Trip 2016 : Camping di Gunung Meriah, Simalungun

Wednesday, June 29, 2016

Camping memang menjadi kegilaan saya saat ini. Bau dan muziknya hutan memberi saya satu kepuasan yang tak mampu saya luahkan. 

Camping di Gunung Meriah? Saya tak tahu apa yang bakal menanti saya. Gunung Meriah itu sendiri saya tak pernah dengar kewujudannya. Apa yang saya dapat dari berbual dengan bapak selaku guide kami ke tapak camping, kawasan ini di kelilingi oleh gugusan gunung-ganang yang merupakan sebahagian dari gugusan pergunungan Bukit Barisan yang menjadi tulang belakang pulau Sumatera; sama jugalah seperti Banjaran Titiwangsa yang melatari Semenanjung Malaysia. 

Perjalanan panjang dari Tapanuli Utara untuk tiba di perkampungan terakhir Gunung Meriah. Kami tinggalkan mobil di perkampungan tersebut dan trekking melalui ladang kelapa sawit dan semak-samun sekitar jam 9.++pm. Err waktu itu memang saya lapangkan fikiran dan tak mahu berfikir yang bukan-bukan walaupun sesekali muncul bunyian yang entah apa-apa. Treknya agak licin dan berselut kerana hujan turun sebelumnya. Oleh kerana trek yang lembab memang menjadi syurga sang pacatlah. Kami tiba di kawasan pokok pine dan dimaklumkan untuk camping di situ sekitar jam 12.00 tengah malam. 
 Kami di perkampungan terakhir Gunung Meriah.

Kesiangan gara-gara tidur lewat malam sebelumnya huhuhu. Selak pintu khemah tengok matahari dah terpacak naik. Jiran sebelah kecoh pacat masuk sleeping bag. Saya sendiri, 12 ekor pacat berjaya 'mencium' kaki dan betis saya. Lantaklah, malas nak pikir walaupun gatalnya sampai la ne tak hilang-hilang. 
 Keadaan yang berjerebu angkara kebakaran hutan di Sumatera

Sebenarnya ada tujuan kami bersusah payah singgah di Gunung Meriah ini. Kalau setakat nak camping dan derma darah buat sang pacat di sini err tak sanggup kot. Kami di sini atas tujuan untuk ke Air Terjun Siparis. Lokasinya betul-betul dalam hutan dan perlu trekking merentasi kebun warga tempatan dan sungai. Untuk air terjun ini saya akan buat entry yang berasingan. Sebelum itu, layan ajelah beberapa keping gambar di sekitar tapak perkhemahan kami di Gunung Meriah.

Oh ya lupa nak bagitahu, di sini ada sumber air bersih tau! Tak perlu susah payah nak angkut mineral water kerana sumber airnya memang boleh dibuat minum. Cumanya kena hati-hati di lokasi sumber air kerana banyak binatang berbahaya di sekitarnya seperti kala jengking dan lipan. 
Khemah kami
 Pondok di atas bukit itu dulunya milik warga tempatan untuk pantau kambing-kambingnya. Lepas beliau meninggal, pondok itu terbiar begitu sahaja.
 Suasana selepas hujan turun selebatnya huhuhu 
 Sebahagian dari kami
Semuanya jadi sedap bila time camping laghu ni
Trek yang lecak
Ketam sesat.

You Might Also Like

12 comments

  1. Geli nya bila segerombolan pacat panjat betis

    ReplyDelete
  2. hahaha... normal la si pacat2 tu... si pacat2 tu tgh berpuasa masa tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pacat yang gatal hehehe...buang satu, satu lagi naik..tempat yang sama pula tu..aduhh, gatalnya tak tau nak ckplah macm mana..

      Delete
  3. dah tau , kalau air terjun dua warna beberapa waktu lalu kena banjir dan lebih dari 20 orang terkorban ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. baru tahu 2 minggu le, irdhi selepas terbaca satu blog..tak sangka teruk betul banjirnya sampai berubah sama sekali keadaannya...

      Delete
  4. Close to nature �� indah ��

    ReplyDelete

Subscribe