Raya vs Part Time Job

Friday, July 15, 2016

Masih dalam mood raya?

Entahlah. Saya sendiri sebenarnya masih belum berpeluang untuk beraya. Hari ini raya keberapa pun saya tak tahu; err maaflah ye.

Apa pun, rasanya masih belum terlambat untuk saya ucapkan Salam Aidilfitri buat kawan-kawan yang singgah di blog saya yang tak seberapa ini. Mohon maaf zahir batin atas segalanya. 

Raya tahun ini merupakan raya yang paling sendu buat saya. Silap sendiri juga sebab teringin nak buat kerja giler, sekali sendiri makan hati. Tapi itulah, rasanya ini peluang sekali seumur hidup untuk cari pengalaman baru dan mulakan hidup baru.Maklumkan dalam tempoh setengah tahun ini jiwa saya sedikit parah; kehilangan satu-persatu orang-orang yang rapat dengan diri ini. Apa pun yang jadi, hidup perlu diteruskan walaupun ambil masa untuk sembuhkan diri. Paling memilukan, si dia bakal bernikah hari ini. Pasrah sebenarnya dengan apa yang berlaku; dah takde jodoh kan? Apa pun yang berlaku, saya sedar perhubungan jarak jauh dengan perbezaan warganegara, adat dan budaya memang bukan mudah. Terlalu banyak halangan yang perlu ditempuhi...

Ok, tak mahu sedih-sedih. Kata redha dengan apa yang berlaku.

Kembali ke cerita asal.

Sebenarnya beberapa hari sebelum raya saya mendapat tawaran bekerja sementara di salah satu restoran makanan segara yang ada di Puchong. Memang saya tak fikir panjang, terus sahaja bersetuju waktu dihubungi oleh salah seorang pengurus restoran tersebut. Hari pertama bekerja, shif saya dari jam 5.00pm hingga 1.00am dan begitulah hari seterusnya. Giler, pegal-pegal otot kaki kerana berdiri sepanjang tempoh waktu itu. Diri tak usah cakaplah memang mamai tak hengat donia! Tidur cuma 3 jam sehari, hidup terasa macam zombie! Raya pertama, shif bermula dari jam 7.00am hingga 3.00pm. Oh myyy, sayu sungguh rasanya terpaksa bekerja di pagi raya! Tak sempat pun nak bersalaman dengan mak ayah dan terpaksa bergegas ke tempat kerja. 

Last warning dari mak "..tahun depan buat lagi kerja macam ni, siaplah!..."

Sungguh sepanjang 14 hari ini, diri terasa benar-benar mamai. Pantang ada masa terluang, memang membuter saja kerja saya. Walaupun, penatnya ya ampun tapi sebenarnya saya rasa enjoy. Maklumlah seharian di pejabat mengadap pc, bila tiba-tiba bertukar suasana kerja dan berhadapan dengan orang ramai saya jadi enjoy sesangat. Hilang seketika stress di pejabat. Cuma itulah, yang tak laratnya kurang waktu rehat. Tak larat weiiii!!! huhuhu.

Pengalaman yang sangat berharga.

Sebagai ganti, hujung bulan ne memang saya dah apply cuti seminggu. Nak balik kampung jumpa mak ayah dan saya plan nak lajak terus ke Kemaman untuk pekena satar. Buat kawan-kawan yang email saya, InsyaAllah nanti saya akan reply satu-persatu. Nak cari semangat terlebih dahulu...

You Might Also Like

18 comments

  1. Selamat Hari Raya Zilla, maaf zahir dan batin....
    Sabar banyak2 Allah akan ganti yang lebih baik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kak nasa..selamat hari raya bt akak sekeluarga :)

      Delete
  2. semoga apa yang berlaku ada hikmahnya. Allah lebih mengetahui.

    selalu musim raya resto mmg banyak carik part timer kan? time bujang dulu teringin jugak >,<

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..

      yuppp, sebenarnya dah lama nak try tapi takde kekuatan cuma kali ini nekad habis..sekali try, ambik ko!!lembik dibuatnya :D

      Delete
  3. selamat hari raya zilla..maaf zahir batin.

    ReplyDelete
    Replies
    1. selamat hari raya, dzu..maaf zahir batin

      Delete
  4. Lawa rumah baru Zilla :)

    Semua yang berlaku tu pasti ada hikmahnya. Zilla bila dah bertenang, roger saya tau.

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih, kay..InsyaAllah, apa2 nanti saya roger ya..

      Delete
  5. Selamat Hari Raya, Zilla

    bekerja di hari raya..huhu..mmg sedihh..enjoy your one-week holiday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg sedih giler, nohas..tapi takpe, pengalaman...skurang2nya dah mencuba dan dah tau rasanya macam mana hehehe..apa pun selamat hari raya juga..

      Delete
  6. Selamat Hari Raya Zilla
    Maaf Zahir dan Batin
    Moga Allah kurniakan kesabaran dan hilangkan kesedihan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Amin..terima kasih Ajla & selamat hari raya, maaf zahir batin

      Delete
  7. Selamat lebaran mbak Zilla. Maaf lahir batin. Apapun jangan lupa bahagia ya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya, Mas Gunadi..makasih ya :)

      Salam lebaran juga buat mas sekeluarga

      Delete
  8. Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin Zilla. Selamat bercuti selepas berhempas pulas di Awal Syawal. Lama saya tak singgah ke sini. Dah tukar layout dah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, Zara. Maaf Zahir Batin.
      Dah tak sabar sangat ne nak bercuti dan lepak2 di rumah :)

      Delete
  9. Selamat hari raya maaf zahir n batin...zilla....
    Ko ni zilla cari pengalaman ..perggh raya2 keja...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya, maaf zahir batin juga Encik AB.
      Nak buat macam mana, kegilaan tetiba muncul tu yang nekad habis hehehe.

      Delete

Subscribe