JJCM Hatyai (Part III) : Khlong Hae Floating Market, Hatyai

Friday, August 12, 2016

Rasanya tak perlulah kot nak perkenalkan lagi berkenaan floating market yang satu ini. Kiranya kalau ke Hatyai tak sah kalau tak singgah di sini, betul tak? Ini jugalah salah satu alasan bebudak office ne teringin sangat nak ke Hatyai walaupun saya tak berapa berminat nak singgah di sini huhuhu.

Dari pekan Hatyai kami ambil songthaew ke floating market ini dengan harga 330baht. Itu pun jenuh dok tawar tau! Harga awal yang ditawarkan adalah 500baht; giler mahal! Katanya, 2jam perjalanan dari pekan Hatyai tu ke floating market ini. Nasib saya pernah pergi jadinya, takde maknanya 2jam perjalanan tu. "Pung..pang..pung..pangggg", akhirnya kami bagai kata putus 330 baht. Awalnya driver songthaew tu tak setuju pun, bila kami blah tetiba dia panggil kami dan setuju dengan harga yang kami bagi. 

Untuk pusing-pusing floating market ini kami diberi masa 2 jam untuk pusing keliling tapi serius, baru 30 minit rasa macam nak cabut balik je! Serius, tak best! Anjing pun banyak giler kat sini; belum apa-apa dah kena sergah dengan sekumpulan anjing!
Air sungai yang keruh, langit yang kelam. Baru je beberapa minit berapa di sini hujan turun tak henti. 

Tak susah mencari yang mana satu halal kerana majoriti peniaga bersampan menjual makanan halal kecuali kalau nak mencuba makanan yang dijual di gerai-gerai yang ada, harus kena tengok betul-betul sebabnya tak semuanya halal. Harga makanan pula sekitar harga 30baht hingga 55baht. Oleh kerana kami agak kekenayang petang itu, hanya sempat merasa 2 jenis makanan sahaja yang dijual termasuklah keledek rebus dan roti tisu. 

Layan..
Model tak berbayar!
Ikut hati semua nak cuba, tapi apakan daya perut dah penuh
Tak tahu apa nama kuih ini
Ramai giler orang petang tu

You Might Also Like

8 comments

  1. mahalnya harga makanan dia...pengsannnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks sebab tegur..saya dah perbetulkan ;)

      Delete
  2. Makanan Thailand memang paling enak Mbak Zilla. Jalan-jalan di Thailand lama-lama bikin gemuk..hehe.

    ReplyDelete
    Replies
    1. enak2 pun kena hati2 mas..jangan sampai tersalah makan hehehe

      Delete
  3. wow..semua nampak sedap. Zilla buat macam mana ek? blog ni macam menarik jer rupanya. Bila scroll mcm smooth. Susunan bhagian kanan ni pun nampak kemas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. zila,

      kalau nak ajar utk edit html mmg saya tak reti apa yang boleh saya bagitahu zila cari je template yang sudah disetting sedemikian rupa..so tak payah nak pening2kan kepala nak adjust itu ini...

      Delete

Subscribe