Photobook pertama saya adalah pada tahun 2011. Itulah yang pertama dan terakhir yang saya buat gara-gara malas. Dek kemalasan saya itu jugalah berapa banyak coupon yang expired macam tu sahaja masa nak beli tak nak pula fikir panjang. Last year, entah apa mimpi terajin pula itu pun lagi beberapa hari nak tamat tempoh. Maka terhasillah photobook Filipina. Kenapa Filipina? Entah, mungkin sebab gambarnya cantik-cantik kot perasan tak ingat dunia!!hehehe. Beberapa hari terperap dalam bilik untuk memilih gambar yang bersesuaian sampai ayah risau kot-kot saya patah hati lagi sampai tak nak keluar bilik sabar ajelah hahaha.
Mengenai idea, macam biasalah ianya mesti kelihatan seperti storyboard berdasarkan rentetan harinya. Kalau boleh ayat-ayat dalam blog ne pun nak saya copy & paste ke dalamnya. Bukan apa, saya ini ala-ala pelupa orangnya. Jadinya, saya suka kalau tiap kali buka photobook, lihat gambar-gambar dan coretan yang ada di dalamnya dan saya dibawa kembali ke 'masa itu'. Lagi best kalau coretan dan gambar yang ada mampu membuatkan saya malu sendiri; haish nostalgia habislah kononnya hehehe. Oh tak boleh cerita lebih-lebih...bahaya ;-)
Memang sengaja pilih 'Jeepney' untuk Filipina di kulit photobook (tak sanggup nak tengok muka sendiri huhuhu)
Setiap gambar mesti ada cerita mengenainya - ini cara saya, mungkin berbeza cara dengan kawan-kawan.
Susunan gambar adalah berdasarkan hari dan waktu..
Memang setia dengan Photobookmart Malaysia - sangat berpuas hati dengan kualiti dan servicenya.
Gambar sendiri dan teman-teman (sangat special) akan sentiasa berada di beberapa muka surat terakhir - nama pun special so kenalah sorok-sorokkan sikit muka-muka yang ada hehehe.
Gambar ini tak pernah saya sharekan di mana-mana pun (kredit untuk kamera hebat, Shahrul) hehehe.
Selamat 'berphotobook'




