Jom, Langkawi!! Part II

Tuesday, October 06, 2009

2nd day bermula seawal 7 am..plan asal nak naik cable car TETAPI hingga kul 9 am lelaki2 idaman malaya tak muncul2 gak, masing2 dah naik angin sebab terlalu lama menunggu...dalam tempoh 2 jam itu, kitaorang sempat p makan2, sempat p ronda2, cuci2 mata, bergambar balik tiangla, tepi pkok, ataih pondok..issh kesimpulannya slagi ada tmpt yang boleh diambil gambar kami tidak akan lepaskan peluang...isshhh, nak marah2 tak bestlakan? so sabar ajelah..huhuhu~

Selepas jejaka2 itu bersarapan, terus gerak ke Gunung Raya (tak surelah nama gunung tu), alih2 dah sampai rupanya cable car tak boleh naik, close hingga 7hb..alahai sengal tak sengalnya...ini 2nd time aku p tau, masih gak tak dapat naik cable car itu...isshh masing2 dah tension, pusing2 tempat tu sat then ambil keputusan tuk gerak ke Makam Mahsuri..Aku tk tahulah Zaki ikut jalan mana sebabnya aku rasakan perjalanan ke sana terlalu lama, kematu montot tau!!huhuhu~ Nak masuk makam mahsuri kena bayar RM5, tah biler start kena bayar aku sndiri pun tak sure, beberapa tahun lepas aku p masih laghi free...melangkah masuk disambut dengan bunyi gamelan (bestnya), pusing2 dalam tu dalam 1jam gak ler, melangkah keluar biler masing2 dok bising perut dah lapar...seperti biasa, laksa masih menjadi pilihan...mabelesss giler laksanya, Khairil siap minta resepi tapi acik tu kata biarlah rahsia...cehhh, kedekut sungguh!! ekeke~ orang kata "gendang gendut tali kecapi, kenyang perut suka hati"..biler dah macam ne apalagi, balik tidola...penat giler!!

Aktiviti malam, emm kali ini masing2 berlenggang lengguk ke Restoran Hj Ramli tuk makan seafood...puas hati gilerla makan malam itu lebih2 laghi biler ada orang belanja...aku sendiri dok ratah ketam sampai tak ingat dunia tau!!Nikmat2...hehehe~Jom layan gambar laghila yek...



pancake, antara juadah yang masuk ke dalam perut ini..
dalam dok bengang2 tu pun masih sempat lagi tu nak bergambar..hehehe

Bergambar kenangan di Makam Mahsuri..
Pekan Kuah yang lengang...
Makan time!!!!

Image Hosting by PictureTrail.com

You Might Also Like

0 comments

Subscribe