New Zealand : Part III

Monday, June 20, 2011

9 June 2011 : Lake Tekapo - Twizel - Oomaru - Dunedin

Hari ke-3 kami di South Island bermula seawal 6.30am. Sebenarnya awal lagi dah terjaga tapi x sanggup rasanya nak tinggalkan katil, saya sambung balik tido hehehe~Bila dah celik mata, biasalah settlekan perkara2 wajib dahulu, mandi-solat dan sebagainya. Walaupun air sejuk giler tapi mandi tetap perlu tau!! :D

Breakfast pagi tu, meehon goreng dan sambal ikan bilis hasil air tangan Zu ;-) Sedap ke? Off course la sedap, kalau tak sedap takkanlah licin sepinggan kot hehehe (sorry gambar elekk, malas nak tempek). Apa yang best mengenai YHA LT ini ialah lokasinya yang terletak betul2 mengadap lake. Jadinya tarik ajelah langsir dan nahhh ko boleh makan2 sambil menikmati keindahan lake itu sendiri. Cantik ko + selera makan pun berganda2 naiknya!!

Perut dah kenyang, pinggan mangkuk dah dibersihkan, bekal telah tersedia kami ambil keputusan untuk bergerak turun ke tasik. Ehhh, ada arnabla lalu lalang. Sangat cute la pulak rasanya :D Dah lama dok idam ada pemandangan seperti ini tau! Keadaan sekeliling sangat sejuk, tapi tak berjaya mematahkan semangat kami untuk gedik2 depan kamera. Wooo datang jauh2, tak ada pic sangatlah merugikan. Kebetulan masa kami turun tu, matahari sedang memunculkan dirinya; syahdu sangat keadaannya. Subhanallah, indah sungguh ciptaan tuhan. Gunung-ganang yang melatari sekeliling tasik masih tiada saljinya dan kabus saya kira agak tebal hari itu; x berapa nak nampak keadaan sebenar gunung2 tersebut.


Lake Tekapo. Church dalam pic tu ialah Church of The Good Shepherd; nak tengok bintang2 di sinilah tempatnya (itu pun kalo berani ahakks!). Itik 2 ekor tu pulak entahlah datang dari mana, tiba2 muncul depan mata. Haih, lama tau tak tengok itik.ehh itu betul itikkan?bukan angsakan? hehehe

Sebagai kenang2an di hari tua ahahkss! Pic, kredit to tasya dan ensem guy tah turun dari planet mana



Puas bergambar, patah balik ke hostel untuk check out dan kami meneruskan perjalanan ke Salmon Farm yang lokasinya tak jauhla dari LT (sebenarnya saya tak tahu pun kat mana :D). Pemandangan sekeliling tak ubah macam lukisan..Untuk turun ke sangkar ikan, bayaran sebanyak NZD3/person dikenakan dan kita akan dibekalkan dengan makanan ikan (ambillah berapa byk yg korang nak) dan glove. Tergedik2lah salmon2 tu bila makanan ditaburkan; besar2 saiznya. Selesai bergambar tak ingat dunia, kami layan sashimi la pula; fresh salmonnya, makan sampai nak muntah sebab banyak sangat :D. Sebagai bekalan, kami beli 2 bgks salmon kononnya nak grill tapi nan ado..kami masak sambal dan masukan dalam megi (utk pun selepas beberapa hari salmon tu terbiar dlm ice box :D)

Pemandangan menghala ke salmon farm..


Layan...


Perjalanan diteruskan ke Dunedin. Seperti biasalah, selagi ada tmpt menarik utk bergambar, kami akan singgah.

Twizel. Sekadar berhenti di tepi jalan untuk snap pic..
 
Takde idea di mana @ apa nama lake ini. View sangat cantik! Kawasan menghijau tu ladang bebiri tapikan kawan2 bebiri kat sini sangatla pemalu, pantang nampak kereta berhenti semua mencanak lari huhuhu
Lagi tiada idea di mana lokasi lake ini. Pemandangan cantik sangat, saya rasa gunung yang ada dalam pic tersebut merupakan gunung yang sama dengan pic di atas


Antara pemandangan yang ada menuju ke Dunedin. Pic tak berapa cantik sebab snap dari dalam kereta..Layan ajelah ye.. Pic ke 2 dari atas, nampak tak ada objek hitam seperti berbaris? Hah, tu lembu tu ye kawan2..Pic batuan tu pulak, namanya Maori Rock. Saya ada terperasan haritu, ada penemuan fosil dinasour di sini, kalo nak singgah dipersilakan. Selain dari Maori Rock, kami melalui Waitaki Valley dan George Town (ingat kan Penang je ada GT?) sebelum sampai ke Oomaru pada jam 4.15pm (hari yang sangat panjang)

Inilah sebahagian daripada pemandangan di Oomaru. Berbanding tempat2 yang penah kami singgah sebelum ini, Oomaru jauh lebih happening. Nampaklah ada pergerakan manusia di sana, kedai2 pun banyak begitu juga dengan penempatan. Pekannya agak besar, bz dan off courselah cantik!! :D

Kami singgah di Dilaan's Rest. untuk mengalas prut. Saya rasa ini ajelah satu2nya restoran halal yang ada di Oomaru. Owner, muslim turkey (katanyalah). Petang tu kami layan kebab ajelah, besar sangat saiznya, boleh dishare berdua utk sebiji kebab. Harga NZD11.50. Perut dah terisi, jadinya kami teruskan perjalanan ke Dunedin dan tiba di sana jam 7.30pm..

*bersambung

You Might Also Like

4 comments

  1. oowh.. Lake tekapo.. i miss u.. one more thing.. maafkan saya 'Rabbit'.. kekkkee

    ReplyDelete
  2. patutnya kita ambik arnah tu wat arnab penyekkan tasya? hehehe

    ReplyDelete
  3. tu la psal.. lagi superb kalo kite buat grill.. kekkee

    ReplyDelete
  4. bila tgk gambar korang ramai2 tiba2 rasa rindu. bole??? ;p kalau sy tidak berpantang time tu sy pasti mau ikut!

    ReplyDelete

Subscribe