Rinjani 2015 : Day 2 ~ Rinjani Aku Datang

Tuesday, July 21, 2015


Kami memulakan pendakian menuju Pelawangan Sembalun sekitar jam 9.30am. Rasa macam dah lewat sangat dah saat ni; mana taknya matahari dah elok terpacak atas kepaka baru kami bergerak. Panasnya tak usah cakaplah. Kejap aje rentung kulit dibuatnya, windbreaker dan tshirt memang awal-awal dah kena bungkus masuk beg sebab panasnya! Opps, jangan pula pikir bukan-bukan. Saya pakai 3 helai tshirt pagi tu tau, berangan mendaki kat kawasan bersalji hehehe.
Macam biasalah kalau ikut Sembalun, trek awal memang kena tempuh kebun sayuran. [Pic : Acat]

Perihal porter. Nak dijadikan cerita, berangan lagi macam diri tu gagah perkasa hehehe. Sanggup tu tak ambil porter tambahan (untuk porter tambahan, kosnya adalah Rp220,000/person/perday). Barangan peribadi, sendiri punya sendiri angkut. Beg 35L memang padat dengan macam-macam benda. Kamera 'anak gajah' tu pula saya selempangkan aje di leher. Manakala mineral water yang diserahkan oleh Pak Madil saya pecahkan kepada 2 botol kecil dan saya beli minuman tenaga (ala-ala 100 Plus) untuk tenaga tambahan. Beratnya, rasa macam nak campak aje beg gaung. Tak larat!!!!!!!
Dah macam nenek kebayan dah waktu ne walhal baru aje menapak huhuhu. [Pic : Jard]

Target kali ini nak sampai Pelawangan Sembalun sebelum gelap. Selebihnya, biarlah masa yang menentukan. Yang penting sekarang semuanya selamat sampai ke Pelawangan Sembalun dalam keadaan yang baik-baik aja.
Masih lagi di trek awal.  [Pic : Acat]

Saya tak nak bercerita lebih tentang Rinjani ne sebabnya treknya masih sama dan perjalanannya juga tak jauh beza dari tempohari. Kalau kawan-kawan rajin, boleh baca pengalaman saya 2 tahun lepas di sini Rinjani 2013.
 
Padang savanah

Saya bergerak bersama Jard merentasi padang savanah dan tiba di Pos II dalam 2jam 45min. Arahan dari awal dah diberikan oleh pak guide untuk berhenti di Pos II sebab kami akan makan tengahari di sini. Makan lagi? Manalah tak semput huhuhu. Kami lepak di sini sampai jam 1.15pm; sempatlah solat dan membuter (penat kot!). Tandas juga ada disediakan di sini tapi kalau nak masuk tu sila tutup mata, tutup hidung, tutup mulut dan tahanlah nafas buat beberapa ketika. Trauma melihat keadaannya!huhuhu.
Pos II; layan lunch di sini.
Trek di hadapan Pos II; bersiap sedialah dengan mental sebab tentangan selepas ini pasti membuatkan kawan-kawan menyesal hehehe.

Kami tiba di Pos III dalam sejam berjalan. Selepas Pos III ini memang harus bersiap sedia sebabnya trek memang dah start mencanak, berpasir dan berbatu. Yupp, sila ucapkan salam perkenalan kepada Bukit Penyesalan *inilah paling saya ingin elakkan. Nanges!!

Bukit Penyesalan - dengan 4 puncak utama dan beberapa puncak lainnya memang melemahkan mental. Beg yang saya pikul dibelakang memang terasa amat memeritkan di sini dan memberi kesan pada setiap langkah yang saya ambil. Paha saya cramp di sini. Mujurlah lokasinya tak jauh dengan pos berikutnya. Menapak perlahan-lahan ke pos tersebut dan sambung rehat di situ hinggalah paha kembali reda. Saya bertembung dengan JM dan pak guide di sini dan saya diminta untuk meninggalkan beg untuk mengurangkan bebanan.  4 jam mengharungi kepayahan Bukit Penyesalan akhirnya saya selamat tiba di Pelawangan Sembalun, ngam-ngam saat matahari mulai turun. Impian jadi nyata ok! hehehe.
 
Khemah kitaorang dah pun siap tersedia
Sunset dari Pelawangan Sembalun
Lake Segara Anak yang mula ditutupi kabus
Hello Rinjani, kita ketemu lagi..

*bersambung

You Might Also Like

16 comments

  1. Replies
    1. best moment walau rasa macam nak 'mati' hehehe

      Delete
  2. rasa penat tu mesti terbalas dek krn indahnya pemandangan kan =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu...lupa segala kesakitan dek terpukau dgn keindahan yang ada..

      Delete
  3. Bukit penyesalan ? Menyesal naik or sebaliknya zilla ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mmg gelarannya 'Bkt. Penyesalan' sebabnya treknya dari mula sampai akhir mendaki aje dan katanya ada 7 puncak kesemuanya...menyesallah juga tapi nak tak nak mmg kena daki ...

      Delete
  4. Tang beg berat tu mmg paham sangat. rasa mcm nak campak je kan..

    Salute la zilla sakit lutut pon mampu mendaki lagi :)

    ReplyDelete
  5. Bestnyer. Teringin benor rasa teman nk pegi trip nature macam ni. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. apa tunggu lagi rauf...sementara masih muda ne hehehe

      Delete
  6. Lawa betul tempat ni, amboi pakai sampai 3 helai baju tak panas ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sebab panas tu lah yang pakat tanggal tinggal sehelai aje hehehe..

      Delete
  7. Aku cukup kagum dengan kau dan rakan-rakan Zilla. manalah korang dapat tenaga naik turun gunung selalu. Korang trainin sepanjang masa ke. Kalau aku bukan setakat nanges tapi tercabut segala sendi

    ReplyDelete
    Replies
    1. BK, tak perlu kagum...mgkn kerana ini impian, jadinya mau atau tidak kena kuatkan juga semangat kot..kalau ikut hati awal2 lagi dah surrender BK..tak larat sangat sebenarnya huhuhu

      Delete
  8. BK, tak perlu kagum...mgkn kerana ini impian, jadinya mau atau tidak kena kuatkan juga semangat kot..kalau ikut hati awal2 lagi dah surrender BK..tak larat sangat sebenarnya huhuhu

    ReplyDelete
  9. Nama bukit pun dah macam perli je kan. Bukit Penyesalan gitu. Congrats dapat settlekan misi on time. View sunset lawa gitu terus lupa segala penat kan.

    ReplyDelete

Subscribe