New Zealand : Part VI

Thursday, June 23, 2011

12 June 2011 : Queenstown

Bumbles Backpackers terletak di  Brunswick Street dan mengadap lake wataktahuapanamanya. Bumbles ok, crowded dan meriah. Nak memasak pun terpaksa berselisih bahu dengan penginap (err betul ke istilah ne) yang lain. Rate pernight saya tak tahu sebab tasya dan mofu yang uruskan; maybe boleh check dari websiter Bumbles itu sendiri. Walaupun ambil dorm, tapi kami berpecah di sini; saya, tasya dan adik dalam satu dorm. Cuma ada sedikit salah faham di mana kami ditempatkan di mix dorm. Tak kisahlah, bukan nak membongkang 24jam dalam bilik. Kami berkongsi dorm dengan 2 jejaka handsome dari USA (sgt ensem ok) dan sorang minah dari England yang saya tak tahulah mcm mana rupanya walaupun dia tidur di bawah saya sahaja; satu yang saya pasti pasal minah ne, sangat2 pengotor..barang2 bersepah dari atas katil, bawah katil dan atas lantai. Duit main sepah atas lantai tu sahaja, hebatkan? (sila tgk pic di bawah, begnya warna oren). Satu yang saya kagum, takde sapa pun yang usik duit minah ne. Kalo kat Msialah saya rasa tak sampai 1 minit, sure lesap punyalah...Jadinya tidurlah kami bersama2 mereka ini; jangan risau walaupun mix dorm takde pun yang kena rogol atau apa2 yang berkaitan dengannya huhuuu~
Keesokan harinya bangun selewat seawal 7.00am (subuh di sini hingga 8.00am) dengan suhu -1 darjah celcius. Sejuk, sejuk + air pun agak kencang. Apa pun jadi, mandi tetap harus walaupun badan tak berpeluh dan berbau (dah terbiasa mandi). Salji tak nampak bayang pun lagi di sini. Bersiap untuk sarapan dan sebagainya; jam 9.40am kami bergerak ke Kawarau Bridge untuk bungy jumping, yeayyyy (sila jangan terpedaya, x maknanya saya nak jump  :D). Seperti biasalah, wakil kami (cewahhh) tasya, adik dan mofu yang jump. aiiiyokkk, giler menakutkan ko!! Tapi bila tengok derang jump, isshhh rasa mcm seronoklah pulak, kalo dpt cuba tu mesti best cuma ongkosnya enggak ada..Enggak apa2 sihhh, itu maknanya saya perlu repeat NZ ;-) Satu yang best, salji ada kat sini walaupun sikit kuantitinya tapi hati tetap teruja tau!! :D Selesai b'jump2 di sini, kami bergerak berpatah balik ke Bumbles, untuk aktiviti seterusnya Jet Boat!!

Pic memang takde utk Jet Boat ne. Walaupun dibenarkan bawa kamera tapi time bila la nak pegang kamera; silap hb bukan kamera aje yang tercampak, dengan kita2 sekali tercampak keluar. Woo, sangat best sampai rasa mcm nak termuntah. Tali perut rasa mcm berpintal2 sesama sendiri, eee scary tapi best (sebab dapat jerit sepuas hati :D). Best sgt2 jet boat ne, so kalo ke Queenstown sila jangan lepaskan peluang utk mencuba jet boat ne tau ;-) Selesai, kami jalan2 di sekitar pekan Queenstown utk shopping.


Antara pemandangan di sekitar Queenstown

Penat berjalan, layan aiskrim yang sangat sedap..harga, sila tengok sendiri hehehee

Alhamdulillah, setelah berpenat2 mengeluarkan $$$, kami berpatah balik ke hostel untuk lunch dalam 4.00pm (err blhla dikira lunch ye). Makan pun simple2 aje, nasi dan sardin dan dalam 5.00pm kami bergerak berjalan kaki ke gondola untuk menyaksikan haka dance....

Harga tiket kalau tak silap saya NZD55 for gondola + haka dance. Pernah naik gondola di Langkawi, giler seriau tapi gondola di sana agak smooth pergerakannya, tak terasa apa pun walaupun angin bertiup agak kencang. Nak bergambar lebih2 dalam gondola pun tak dapat sebab hari dah gelap; pic yang ada pun terlalu banyak noise nya..

Haka dance. Sangat enjoy tapi tak suka lah tengok derang dok jojol2kan mata; macam menakutkan je hehehe~Pertunjukan mengambil masa 30-45minit. Selesai persembahan kami terus ambil gondola utk kembali ke hostel. Dinner dengan menu megi tomyam dan salmon berserta hot milo..nyummmyyyy. Perut kenyang, masanya utk tidooooooo...

*bersambung

You Might Also Like

12 comments

  1. zilla!!! bestnyaaa tgk pics kamu....ku hanya mampu berdoa supaya flights ke sana nnt x cancel. skung ni asyik cancel je sbb debu gunung berapi tu. huhuhuhu

    ReplyDelete
  2. ita, kosnya beratus jugakla huhuhu

    bdk2, pics saya biasa2 aje..yup,doa byk2 bdk2..ada rezeki I'Allah akan sampai jugak ke sana..

    *kalo cancel, moh kita p pelangkung tokeyy dia hehehe

    ReplyDelete
  3. aah...kat skyline gondola pn ade bungee gk kalo x silap nzd180 gak. rse nk bwt kat situ je. nk jimat masa.

    hrp2 laaa sgt2 supaya x cancel. kalo x menanges kat klia nnt. huawaaaaa

    ReplyDelete
  4. beb,
    thanks for this entry. rindu gile aku kat bumbles. bila tk cadar kaler biru tu automatically aku teringt sume kenangan lama di queenstown. hopefully aku dpt come back next month. :)

    ReplyDelete
  5. yupp, aku ada jumpa note ko kat fridge..ko promote blog ko ekkk kat situ? :D

    la ne aku dah faham kenapa ko tk hbs2 dgn nz..giler kentang, aku rindukan nz..kalo ada $$ mau aku berulang ke sana tiap2 bulan :D

    ReplyDelete
  6. HAHAHAHA. tu dia sekali tergelak besau. ada lagi rupanya hasil contengan aku kat fridge tu :P ko snap tak?

    wah memori daun pisang ni..aku saja je tulis situ, sbb dulu aku ada plan sape yg amik gmbr dgn benda tu aku nak kasih hadiah..tp smpai skrg aku lum run lagi contest tu..bwahaha :P

    ha..ko tau kan nape aku suka dtg nz..ekceli port kat small kitchen tu is my fave spot. aku akan dduk kat atas sinki tu sambil tgk view luar..mmg best gila bfast mcm tu. but, once ko duduk sana ko akan rasa sedikit bosan, ni ko dtg sbb holiday so ko tak rasa sgt..cuba ko test duduk sebulan..mesti rasa rindu jgk kat sume org kat umah :)

    ReplyDelete
  7. fatt, sila jangan gelak dgn sore ko mcm tu hahaha

    wahh x acilah, aku dah balik baru ko bgth pasal contest huhuhu~aku x snap pun pic, x lalu lah nak angkut kamera sampai ke dapo uhuhu~

    yupp..nz best tapi x sanggup kot nak dok sana sampai sebulan..mau sangap kot kalo lama2 kat sana hiihi

    ReplyDelete
  8. gile mahal kan gondola ngan kiwi haka tu! cis!

    ReplyDelete
  9. biqque, NZD55/person kan? atau dah naik regenya?

    ReplyDelete

Subscribe