XPDC Nuang : Part II
Wednesday, July 13, 201126 June 2011
Hari ke-2 di Nuang, saya sedar seawal 4.00am sebab terkejut dengan bunyi mercun. Alalala saya takde idea kenapa derang boleh main mercun seawal itu, mungkin saje nak kejut untuk solat Subuh kot (errk bukan ke terlalu awal?). Nak tido balik memang tak bolehla, dengan keadaan berhimpit tak ubah mcm sardin dalam tin sebab masing2 kesejukan, so saya ambil keputusan utk berbaring di hujung kaki kawan2 saya sahajalah (itu aje ruang yang kosong yang ada). Di luar dah riuh, kawan2 lelaki dok berborak sesama sendiri. Arghh lantak ler takde maknanya saya nak keluar utk join sekaki. Layan2 perasaan, tau2 derang dok kejutkan yang lain2 utk prepare solat Subuh (lamakan saya termenung huhuhu).
Keadaan sangat sejuk jadinya tiada siapa pun yang offer diri nak berendam dalam air. So cukuplah sekadar membersihkan muka, gosok gigi dan solat. Pakaian pun tak bertukar. Dah nama pun masuk hutan takde maknanyalah nak melawa dan berwangi2an..silap hb nanti ada pulak yang mengikut balik sebab tertarik dengan bauan yang ada huhuhu
Solat settle, kami berpecah ke group masing2 utk prepare breakfast. Geng saya ambil keputusan makan sahaja apa yang ada, tak payah nak beria2 sediakan breakfast. Hanya masak air utk sediakan teh o, buat telur hancuq utk di makan dgn roti dan panaskan baked beans yang saya tak ingat dari mana munculnya. Selebihnya ambil roti sapu dengan kaya. Alhamdulillah, cukuplah sekadar mengalas perut. Kalau terlalu kenyang pun tak boleh juga, mau muntah di pertengahan perjalanan. Saya tapau teh o sebagai sumber tenaga (kan teh tu manis bergula.penting sebab tekanan darah sangat rendah).
Cok cek, cok cek~ Kami bergerak jam 7.45am dengan misi menawan puncak nuang :D Dari tapak perkhemahan nak ke kem lolo pun saya rasa macam nak mati! Siyeslah, mengah beb! Sapa2 yang dah pernah p nuang sure tahukan keadaan muka buminya macam mana? Dari 1st point sampai ke atas, mendaki aje..kalo dapat jumpa kawasan landai tu memang bertuah sangatlah huhuhu (sorry tak boleh nak cerita detail, buku nota saya hilang huhu)
Selepas kem lolo..awal2 lagi dah kena mendaki hoho
Antara halangan yang ada..kalo tersadung kat akar2 tu sure bersepai gigi masing2 huhuhu
Cayukkkkk!!Cayukkkkk!Walaupun penat giler tapi semangat utk teruskan perlu ada...
Happy akhirnya berjaya juga sampai di Pacat. Nak berkhemah di sini pun boleh tapi sumber air eleekkkk + larat ke nak angkut beg yang giler berat ke sini? Kami singgah di sini sat utk berehat sambil menunggu rakan2 yang lain. Bila semua dah ada, baru kami teruskan perjalanan ke Puncak Pengasih.
Perjalanan kami ke Puncak Pengasih berjalan lancar cuma trek agak licin so memang kena berhati2. Dari Pengasih ke puncak Nuang mengambil masa dalam 1 jam perjalanan tapi tidak bagi kami huhuhu
Team work penting..kalo tidak hancuqqqqq...
Akhirnya setelah berlelah, berselut sana-sini saya sampai ke puncak Nuang dalam 12.15pm. 5 orang lagi dah sampai lebih awal, manakala yang selebihnya masih dalam perjalanan memandangkan kami berpecah kepada beberapa kumpulan kecil.
Beginilah keadaanya di puncak., meriah ko! Siap bertanglung bagai.. Bob Marley pun ada tertempek kat situ tau (tah sapala punya keje) :D Keadaan keliling agak bersih dan meriah sebab ada team yang lebih awal dari kami sedang berkelah di hujung sudut puncak nuang. Kami? Emm, masing2 dah kehausan sebab kehabisan air huhuhu~Apa yang ada share sorang sikit, jadilahkan?
Alhamdulillah!!!
Abadikan kenangan beramai-ramai..
Kami bergerak turun dalam 12.45pm memandangkan keadaan yang semakin berkabus. Alahai, nak turunlah yang paling leceh sebab memerlukan 'kekuda' yang sangat kuat huhuhu~ Lutut saya memang dah tak rasa apalah, "mami, sakit!!! :-( ". Kalo sebelum ini, utk sampai ke puncak nuang kami perlu mendaki batu2an, tapi untuk turun kami terpaksa menggunakan tali sepenuhnya. Perjalanan untuk turun sepatutnya boleh dilakukan dalam masa yang singkat tapi tidak pada sayalah..seksa tau berjalan dalam keadaan lutut tk boleh dibengkokkan. Dari satu group kami berpecah kepada beberapa kumpulan yang kecil dan akhirnya tinggal saya berdua sahaja dengan sorang lagi member.. Ayakk seram sehhh sebabnyakan dia suka tegur bunyi2an yang ada hohoho (dia kata dia dgr sore orang memangil/berborak tapi saya hanya dgr bunyi burung berkicauan bersahut2an, mcm mana tu?). Tapi takpelah skurang2nya ada juga teman utk berborak (wpun takde maknanya pun).
Dari puncak hingga ke tapak perkhemahan memang kami berdua tak berhenti. Terus gagahkan diri untuk berjalan tanpa henti hinggalah tiba semula di kem pacat dan bertemu dengan seorang adik dari JPA3. Adik ne lah yang guide kami untuk ke tapak perkhemahan. Dalam perjalanan, hujan turun selebat2nya tapi kami tetap ambil keputusan utk teruskan sahaja perjalanan sebab takut keadaan semakin buruk. Alhamdulillah, saya dan kawan saya tiba di tapak perkhemahan dalam 5.30pm..Lamakan? hahaha~
Penat tapi puas, itulah yang boleh saya gambarkan bila tiba di tapak perkhemahan. Memandangkan ahli kumpulan saya, masing2 dah pun tiba kami ambil keputusan utk sediakan lunch merangkap dinner. Menu biasalah sardin, telur dadar dan apatah lagi (x ingat). Sambil2 menunggu semuanya settle alas perut dulu dengan maggi (perghh mantap beb!!); sedap hingga menjilat mangkuk!! :D Siap semunya, ambil keputusan utk berendam sat dalam air utk bersihkan diri yang terlalu kotor dan nahhh makan time!!
Kami bertolak keluar dari tapak perkhemahan slepas maghrib. Tak ingat jam berapa tapi dalam 8.00 lebih jugalah. Saya bergerak dengan ahli kumpulan saya dan antara team yang terkebelakang sebab keadaan masing2 tidak begitu baik; sakit sana-sini. Perjalanan diteruskan dan hinggalah tiba di pertengahan perjalanan kami terdengar jeritan "accident, accident!!!" dari team belakang. Assudahhhh, jantung dah dup dap, dup dap..Atas arahan ketua kumpulan saya dan seorang mamat ditinggalkan di wakaf yang berdekatan manakala yang lain berlari ke belakang utk melihat apa yang terjadi..Hati saya dah tak sedap, takut pun ada..tiba2 terdengar jeritan "tu dia..tu diaaaaa" Assudahhh, saya pandang mamat tu, mamat tu pandang saya, alih2 saya tgk dia pecut langkah sejuta, ishh takan saya sorang je nak tinggal situkan? Saya pun turut serta berlari (wahh tiba2la pulak hilang kesakitan di lutut :D)..Sampai di lokasi kejadian, kawan2 dah berpelukan antara satu sama lain, alamak hati sangat takut ok!! Saya peluk ajelah siapa yang ada di depan mata dan time ne masing2 dah berteriak membaca ayat Kursi dan azan tanpa henti..Malam yang sangat panjang, dugaan betul2 di hadapan mata kami..Masyallah...
Saya tak boleh nak teruskan kisah ne, tangan menggigil nak menaip, jantung berdengup laju..anggap ajelah xpdc kami ke nuang ne berjaya...
8 comments
apa yang xsiden?? cepat la cita.hehehe
ReplyDeletenice blog, entry nuang best tp xnk sambung ke citer xcident tu, excited nk tau. =]
ReplyDeletecik gold : x nak citer boleh? hehehe
ReplyDeletePijak Pelangi : terima kasih. biasa aje blog ini :) pasal xcident tu bukan x nak cerita tapi tak sanggup nak citer..terbayang2 kat mata ne apa yang dah jadi.
hehe, ok2 xnk citer xpe. Ari tu naik Nuang gak, tp xsampai puncak pun sampai kem pacat je sebab dah mlm, takut bahaya. Tp serius nak naik sampai kem pacat pun mmg azab, so congrats dpt naik puncak,hehe.
ReplyDeletePijah Pelangi: azab sungguh nak sampai pacat.angkut sekali dgn beg2 ke? giler hebat tu..ehehee~anyway tq hahaha~nantilah kalo takut dah hilang, saya citerlah pengalaman tu ye..cuma la ne mmg tak boleh, masih teringat..
ReplyDeletehaha, nanti citer ek that incident tu. Hoho, trekking xbawak beg pun ke kem pacat tu, tp kitorang gerak lambat dr Lolo, sebab pg tu trekking dr pintu masuk sampai lolo. Gerak dari Lolo dlm tgh hari tu yg dah gelap baru sampai kem pacat. Next time kena buat mcm korang, tido dl kat Lolo, esok pg baru naik puncak. [Backpacker gak eh mcm Fatt, gud2,hehe]
ReplyDeletecheq zilla,
ReplyDeleteaku baru terhegeh nak bc cerita nuang. sila sambung ye apa sudah jadi. aku tgh teruja ni...
"tu diaaaa" itu merujuk kepada entiti kah?
fatt : ko tertinggal ketepi la hahaha~ ala, aritu aku nak citer ko tak nak, takut ne boleh pulak suruh aku sambung..malaih la
ReplyDelete*yupp entiti tu ler, sapa lagi hehehe