Medan : Part V

Thursday, September 29, 2011

17/9/2011 : Kota Medan

Hari baru di kota Medan, masih kekal di Ronna's Guesthouse. Sorry saya mmg tak snap picture Ronna's; tak sampai hati sebenarnya nak snap sebab keadaan biliknya sangat2 teruk, dengan serawang yang tah bape lama tak dibersihkan, dgn bilik yang berbau hapak -> cadar, bantal semua berbau sampai melekat di baju dan rambut; pendek kata mmg tak selesa sangat2 tapi apakan daya kitaorang dah bayar utk 2 malam, nak tak nak kenalah stay di situ. Atas faktor itu no picture ok..

Kali ini breakfast tidak disediakan, jadinya kami makan apa yang ada sahajalah. Mas bawa kek dan muffin, itulah bekalan kami di Ronna's. Pagi di Medan disambut dengan hujan renyai2. Kami redah aje hujan yang turun, target kami pagi itu Pejabat Pos atau digelar sebagai Kantor Pos untuk poskan kartu pos (poskad). Dengan berbekalkan sekeping map yang saya bawa dari Msia kami menyusuri Jalan Sisingamangaraja. Kalau kawan2 nak tahu, jalan ini merupakan tumpuan para backpacker yang datang melancong ke Medan dan terdapat banyak budget hostel ini di sini. Kawasan ini sangat strategik kerana di sinilah terletaknya Masjid Raya, Istana Maimon, Muzium Sisingamangaraja, Yuki Simpang Raya Plaza dan sebagainya. Ok, berbalik kepada cerita asal, saya dan Mas terus menyelusuri jalan ini dengan bercita2 utk berjalan kaki ajelah hinggalah kami sedar map yang saya bawa langsung tak membantu kami. Saya tak surelah map zaman tuk kaduk atau apa, tah apa2 yang ditunjukkan pun saya tak tahu. So kami terus menyelusuri jalan itu hingga tiba di Hotel Madani (kalau tk silap saya), lihat ada guard ke apa saya tak sure ada di depan hotel so kami ambil keputusan utk bertanya arah yang sebetulnya. Ramah orangnya, seperti yang dimaklumkan kami berada di arah yang betul tapi katanya kantor pos itu jauh lokasinya, kalau berjalan ambil masa dalam 20 minit (terus, traffic light ke-2 ambil kiri, jalan terus lagi, sampai ketemu landasan keretapi, ambil kiri lagi dan terus hingga ketemu kantornya). Macam best aje bunyinyakan? hehehe. Sambil itu saya ngendeng map kota Medan darinya, terus dia call receptionist dan Alhamdulillah berjaya (tapi sekali lagi hampa, mapnya memang tak membantu langsung). Malas nak pening2 kepala, kami ambil keputusan utk naik beca aje ke kantor pos.

Satu pesanan kalau teringin nak menaiki beca, silalah tawar ye. Kalau korang terus setju dengan harga yang ditawarkan, sahlah korang lurus bendul hehehe. Biasanya kalau Rp10,000 -> Rp5,000, Rp15,000 -> Rp10,000 dan Rp20,000 -> Rp15,000. Jangan tawar lebih daripada Rp5,000 utk sekali perjalanan, kesian derang, tak makan nanti huhuhu.

Kami terus menuju ke Kantor Pos dengan tambang Rp10,000 utk dua orang. 1st time merasai pengalaman menaiki beca ne, sakit belakang sementara nak tunggu tiba ke destinasi hehehe. Akhirnya kami tiba di Kantor Pos Medan, Jl. A. Yani. Kawasan ini banyak terdapat bangunan2 bersejarah tinggalan Belanda; kita hanya akan jumpa kalau kita menyelusurinya dengan berjalan kaki. Tidak jauh dari pejabat pos ini jugalah terletaknya Pajak Ikan (lebih kurang mcm Pasar Atas di Bkt Tinggi), railway station, Bank Of Indonesia, Pasar Buku (mmg jual buku2 ye kawan2), Merdeka Walk dan sebagainya. Info mengenai tempat2 ini sebenarnya saya dapat bantuan dari kenalan saya dari Medan yang saya kenali melalui Faiz, kenalan saya di Kalimantan. Sebelum saya terbang ke Medan memang saya dah list out segala jenis tempat2 yang wajib saya p atas saranan kawan saya ini tapi sayangnya waktu tidak mengizinkan utk saya jelajah ke semuanya. I'Allah maybe satu hari nanti..

Masuk ke dalam Pejabat Pos, emm senibina dalamnya tak ubah macam gereja (maybe gereja la kot time zaman penjajahan Belanda tempoh hari). Saya minta izin dari kerani kaunter (tak tau nak panggil apa) utk snap picture dalam pejabat pos ini. Alhamdulillah, derang mmg sangat sporting. Poskad dah pun selamat dipos, harap2 sampailah ke Malaysia. Seketika di situ kami meneruskan perjalanan menyusuri Jl. A.Yani..

Jom layan pic..

Becak @ beca di kota Medan

Kantor Pos Medan

Bank Of Indonesia. Snap pic dari luar pagar aje, tak dibenarkan masuk memandangkan bukan office hour..

 
Balai Kota Medan manakala di belakangnya pula Grand Aston
PT PP London Sumatra Utara Bank

Tak tahulah apa namanya bangunan ini BK.S P.P.S kot hehehe

T. Jong A Fie Mansion..orang kaya Medan suatu ketika dulu..

Kalau nak mencari tempat lepak sambil menikmati makanan yang enak2 banget, di sinilah tempatnya, Merdeka Walk..tapi beroperasi malam saja ye kawan2. Harga? Boleh tahan menurut teman saya.

Medan Railway Station. Kalau nak menginsafi diri, sinilah kawasannya. Datang malam2 buta ye bukan siang hari..Serius dehhh!!

Saya ingatkan inilah Shri Mariarhman Temple (temple terbesar di Medan) tapi rupanya salah daaa..Tak tahulah apa nama temple ini, lokasi berhadapan dengan stesen keretapi. Rupa2nya Shri Mariarhman terletak di Jl. H. Zainul Ariffin bkan di Jl. A. Yani

Makkkkkkk takutttttttttttt!!! sedar2 berjaya juga melintas jalan di Medan. Jalan raya derang giler lebar, dah la tu takde apa2 line, kira berani mati ajelah kalau nak melintas. Nasib baik, selamat..kalau tidak mati katakkkk uhuhu

Penjelajahan kami (mcm hebat aje bunyinya :D) berakhir di Menara Air Tirtanadi Sumut. Jauh giler kami menapak ok. Niat dihati nak sambung lagi berjalan ke Muzium Sumatera Utara. Bila bertanya pada orang, kedudukannya agak jauh. Kami disaran utk mengambil angkutan @ beca. Kalau naik beca, tambang lebih kurang Rp15,000 tapi bila bertanya mengenai harga giler mahal la pulak kami terus tukar plan. Cancel ke Museum Sumatera Utara kami ke Jalan Majopahit untuk cari Ambon Zulaikha yang femes itu utk dibawa balik ke Malaysia.

Oh ye, kalau nak ke museum by angkutan @ beca jgn kata nak ke Museum Sumatera Utara tau, derang tak tau, kata nak p Museum Sisingamangaraja. Lokasinya terletak di Jalan Sisingamangaraja, berdekatan hotel kami. Sayangnya muzium dah tutup baru kami tahu kedudukan museum ini huhuhu.

*bersambung

You Might Also Like

4 comments

  1. merdeka walk tu mmg happening waktu malam. aku sempat pegi sana naik angkutan kota dr istana maimun dgn hrga 2000 rupiah seorg. okla dpt jugak naik kan. tp mknn kat merdeka walk ni blh tahan mahalnya...mybe sbb tourist spot kot. FM pn mahalll...20k rupiah sebijik yg jenis getah tu.

    ReplyDelete
  2. bdk2,kalau angkutan mmg standrd price Rp2,000.kami tak pergi pun ke merdeka walk.malaslah, mahal + duit pun dah semakin susut.tapi malam tu kami lepak di kg.baru, layan sate..nanti saya citer hehehe

    ReplyDelete
  3. klu angkut kira per pax ek..? klu becak, kira camaner..?

    ReplyDelete
  4. salam tuan rumah,
    boleh tak nak dpt info mengenai medan such no tepon supir, hotel or ape2 yg berkaitan dgn medan..website2 ke..
    sbb sy akan ke medan this march but tak de pengalaman langsung..
    bagpacker la kononnya..

    boleh tak email ke azmikhairul1991@gmail.com

    thanks

    ReplyDelete

Subscribe