26 fakta tentang saya: soalan SPM pun tak mencabar macam ne!!! hehehe
Wednesday, November 09, 2011
Berpeluh ok nak menjawabnya. Terima kasih la fatt sebab susah payah menyediakan soalan yang sangatlah mencabar ini :D. Jom layan...
Part I
1. Perkenalkan diri anda secara ringkas
Nak kena juga ke? Bukan korang dah kenal sapa saya? hehehe. Oklah tak nak durhaka pada soalan, saya cubalah jawab sejujur mungkin ;-)
Panggil saja saya Zilla, anak kacukan Selangor – Pahang (ko ada?keh3). Tinggal di Puchong dan bekerja di Putrajaya. Seorang yang agak selamba, berhati kering dan berkepala batu serta tak koser nak memberatkan kepala otak dengan perkara yang tahapa2. Prinsip hidup saya simple aje 'optimis pada setiap perkara'.
Saya tak banyak cakap (yeke?) tapi sekali saya buka mulut, penatlah korang nak tadah telinga. Suka tersenyum, suka ketawa, suka menangis (erkk!), suka berjalan, suka membaca, suka makan tapi tak suka gemuk, guane tu? (budget kuruslah ne hehehe).
2. Sejak bila anda terjebak dalam dunia travel?
Lepas SPM. Konon nak buat keje giler, travel diam2 ke Perlis dengan bff. Kantoi dengan mak, ffuhh mujur tak kena pancung aje tapi mulai dari saat itu, hak keistimewaan telah ditarik serta-merta tanpa belas kasihan huhuhu
3. Yang mana satukah menggambarkan diri anda; traveller atau tourist?
Keduanya...
4. Konsep berjalan jenis apakah yang selalu diamalkan? ie. backpacking, memandai sendiri, tour agency
Backpacking dan memandai sendiri. Penah join tour yang dikendalikan oleh TA, err rasanya cukuplah sekali. Tak ingin dah, serik huhu
5. Siapakah travel partner anda ?
Bukan mudah nak jumpa partner yang serasi, betul tak ? Alhamdulilllah, travel partner saya ok2 belaka dan semuanya saya kenal melalui forum. Paling kerap saya travel dengan tasyha. Selain beliau, fatt, mofu, cik linot, adik, yana, mas, shaza dan tom..
Part II
6. Bilakah kali pertama anda bercuti ke luar negara ?
2009 ke Bandung bersama-sama family.
7. Senaraikan nama tempat/bandar/negara yang telah dilawati setakat ini
Indonesia : Bandung, Surabaya, Jogja, Bkt Tinggi, Padang, Bali dan Medan
NZ : South Island
8. Pernahkan anda melawat sesebuah tempat/negara yang sama lebih daripada sekali? Jika YA sila nyatakan nama tempat tersebut
9. Letak gambar salah satu tempat yang ingin anda ulangi dan nyatakan kenapa
view from tangkuban perahu
10. Nyatakan 3 tempat/bandar/negara yang ingin anda kunjungi di masa hadapan
3 aje? Kenapa tak sepuluh?hehe. Oklah, agar memenuhi kehendak soalan saya listkan 3 ajelah ye.
Darjeeling di India, Muscat di Oman, Leiden di Amsterdam dan Kota Tua, Jakarta (sorry terlebih satu :P).
Walau bagaimanapun, kalau ada rezeki saya pangen sekali ke Mekah. At least, sekali seumur hidup.
Walau bagaimanapun, kalau ada rezeki saya pangen sekali ke Mekah. At least, sekali seumur hidup.
11. Ceritakan pengalaman kelakar/manis yang pernah dialami semasa bercuti
Banyak sebenarnya tapi paling manis bila dapat melihat sendiri dengan biji mata saya ini saat2 bromo 'batuk2' dan mengeluarkan debu2nya. Selain dari itu, merasai sendiri pengalaman kesan dari letusan gunung Merapi di Kinahrejo. Subhanallah, tak terjangkau dalam kepala saya ini untuk merasai pengalaman seperti ini.
12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
12. Ceritakan juga pengalaman memalukan/buruk yang pernah dialami semasa bercuti
Alamak banyak sebenarnya tapi paling tak boleh lupa waktu kena terkam dengan kera peliharaan di salah satu restoran tepi sawah di bkt tinggi. Sebelum tu saya dah usha tali kera tu, tengok terikat cantik so oklah. Line clear. So saya menyangkunglah di kawasan berdekatan kera itu utk shoot gambar itik sedang santai di tengah sawah. Sedang enak layan kamera tiba2 terasa cengkaman di bahu, sakit!! Kemudian terasa cengkaman itu naik ke kepala, saya dongak ke atas, rupanya kera tu. Ohhh apa lagi,melompatlah ’mak, mak, sakit!!!' 'tolong!!!!' tapi sorang pun tak datang menolong, digelakkan lagi adalah. Bengong!! Sakit tau. Air mata jangan cakaplah, dah macam air hujan hahaa. Mungkin sebab kera tu kesian dengan saya, dia pun melarikan diri ke atas pokok. Saya dengan muka yang sebal dan malu tak ingat dunia terus blah masuk kenderaan. Sungguhla, tak nak pandang rendah dengan monyet, kera, orang hutan dan apa2 ajelah yang seangkatan dengannya huhuhu. Serik dan fobia!!hehehe
gambar monyet elekk tapi gambar bebeknya adalah hehehe
13. Adakah anda suka mencuba masakan tempatan bila berkunjung ke sesebuah negara?
Off course, salah satu prinsip saya ’hidup utk makan’ yeayyyy!!hahaha. Selagi ianya halal, selagi tiada rasa was2 saya telan ajelah walaupun kadang2 tak berapa kena dengan tekak hehehe
14. Letak gambar makanan tersebut dan ceritakan tentang keistimewaanya
Laptop saya rosak tanpa sempat saya back up file2/pic2 yang ada dalamnya. Sebenarnya ada yang lebih lazat dari nasi timbel ne, tapi layan ajelah ye. Nasi timbel ini berlaukan ikan gurame bakar. Apa yang istimewanya saya suka rasa kicap yang diperap dengan ikan ini sebelum dibakar. Manis2 gitu rasa ikan bakarnya. Nasi ini bukan sahaja dimakan dengan ikan/ayam/udang/sotong bakar tetapi juga dimakan bersama sambal merah berulamkan alpukat dan daun2 ulam yang lain. Harus try kalau ke Bandung!!
Laptop saya rosak tanpa sempat saya back up file2/pic2 yang ada dalamnya. Sebenarnya ada yang lebih lazat dari nasi timbel ne, tapi layan ajelah ye. Nasi timbel ini berlaukan ikan gurame bakar. Apa yang istimewanya saya suka rasa kicap yang diperap dengan ikan ini sebelum dibakar. Manis2 gitu rasa ikan bakarnya. Nasi ini bukan sahaja dimakan dengan ikan/ayam/udang/sotong bakar tetapi juga dimakan bersama sambal merah berulamkan alpukat dan daun2 ulam yang lain. Harus try kalau ke Bandung!!
Part III
15. Yang mana satu menggambarkan diri anda; backpack atau beg troli?
Owwhh, dengan rasa rendah diri saya nak bagitahu saya tak pernah ada beg troli hehehe
16. Letak gambar bag(s) tersebut dan ceritakan sedikit sejarah dan berapa banyak tempat/negara yang ia telah ikut anda berjalan
Deuter bag 45 + 10L, pink kaler ini memang dah merata saya bawak. Biasanya ke tempat2 yang memakan masa lebih dari 4 hari, memandangkan banyak harta benda yang perlu saya sumbat dalam tu tapi sayangnya ini bukan milik saya hehehe. Beg oren + hitam tu pula saya gunakan kalau travel atau camping dalam tempoh masa 3 @ 4 hari. Manakala yang putih tu saya gunakan time balik ke kampung. Sumbat2 aje. Another bag, Deuter juga (tiada dalam gambar) masih belum digunakan. Saiz hampir sama dengan pink kaler itu.
Deuter bag 45 + 10L, pink kaler ini memang dah merata saya bawak. Biasanya ke tempat2 yang memakan masa lebih dari 4 hari, memandangkan banyak harta benda yang perlu saya sumbat dalam tu tapi sayangnya ini bukan milik saya hehehe. Beg oren + hitam tu pula saya gunakan kalau travel atau camping dalam tempoh masa 3 @ 4 hari. Manakala yang putih tu saya gunakan time balik ke kampung. Sumbat2 aje. Another bag, Deuter juga (tiada dalam gambar) masih belum digunakan. Saiz hampir sama dengan pink kaler itu.
17. Senaraikan 3 barang yang wajib dibawa setiap kali bercuti
* Losyen (ini wajib ada). Hidup saya tidak akan sempurna tanpa losyen hehehe (hakikatnya kulit saya takdelah mulus mana pun, gedik je lebih hahaa)
* Kamera. Sangat penting untuk merakamkan setiap moment. Walaupun saya ne takde la expert sangat merakam gambar tapi bolehlah untuk kenangan di hari tua hehehe
* Notepad. Saya suka catat apa yang jadi dari A-Z tiap kali travel. Bukan untuk orang lain pun, untuk diri sendiri. Mana tau ada rezeki utk repeat, sekurang2nya saya sudah ada rujukan ;-)
18. Senaraikan 3 barang yang kalau tertinggal pun takpe
Laptop, hp dan makeup (euwww!!)
19. Apakah perkara yang sering dilakukan setiap kali bercuti (contoh : update blog, tulis poskad, amik gambar)
Saya lebih suka ambik gambar dari tulis poskad. Tak suka sebab nak kena mengarang (macamlah pernah buat karangan utk poskad heheh). Update blog lagilah, tak penah saya update setiap kali saya travel. Cuma kalau rajin sesekali saya akan online di FB untuk memaklumkan kedudukan saya pada family.
20. Mana satu yang tepat untuk menggambarkan diri anda, seorang yang suka bergambar atau malu-malu kucing?
Err, dua2 bukan. Saya memang tak suka bergambar. Kalau ada pun samada gambar itu gambar curi atau saya dipaksa oleh teman2. Sejujurnya, saya tak suka lihat gambar sendiri, tak tahulah kenapa huhuhu
21. Letak gambar anda sedang bercuti dengan posing yang suke hati nak diva ke, bajet bagus ke, tak kisah
Errr aci tak pic ini? Hehehe
22. Anda seorang pengumpul souvenir? Jika YA, apakah jenis souvenir tersebut?
Sekadar poskad, FM dan t-shirt sahaja. Lain2 tak gemar..
23. Adakah anda menghadiahkan souvenir yang dibeli kepada ahli keluarga dan kawan-kawan?
Untuk family wajib. Kalau budget lebih, banyaklah yang saya belikan utk mereka. Kalau tidak memadai dengan tshirt sahaja. Mujur adik2 saya tak cerewet, yang penting ada dari takde. Kawan2 pula hanya mereka2 yang terpilih. Sorrylah, gua p travel dengan budget yang ciput, kalau nak beli untuk semua orang, bankrap beb.
24. Selain dari jawapan dalam soalan #22, apa lagi benda yang anda suka kumpul berkaitan dengan sesuatu tempat.
Emm, duit syiling dan stamp.
Part IV
25. Seorang traveller harus mempunyai pemerhatian/observation yang baik. Nyatakan hasil pemerhatian yang telah dibuat berdasarkan 3 buah tempat/negara/bandar yang pernah dikunjungi (pick random)
Indonesia : Sangat colourful. Apa yang terhidang di depan mata itulah lagu2 kehidupan. Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, korupsi di sana-sini, dengan jurang ekonomi yang terlalu tinggi dan peluang pekerjaan yang sangat terhad mereka bangkit dengan cara mereka sendiri untuk memastikan kelangsungan utk hidup.
Mabul : Indah,cantik dan kebabommmm. Bangga saya sebagai anak Malaysia kerana kita ada keindahan ini. Namun, dalam pada rasa bangga yang timbul tetap terselit rasa sedih kerana nun di sebalik keindahan yang ada rupa2nya masih ada golongan yang terpinggir dari arus pembangunan, terpinggir dari pelbagai aspek kehidupan. Kerutan seribu yang terlukis di wajah masing2 bukanlah satu bukti yang menandakan mereka ini tewas terhadap kehidupan tetapi ianya sebagai satu bukti kecekalan yang mereka miliki untuk terus survive.
26. Lengkapkan ayat ini.
Saya berangan suatu hari nanti saya dapat berhenti kerja dengan duit berkepuk di dalam bank dan travel mengelilingi dunia sampai lebam. Selagi tak lebam selagi tulah saya tak nak balik. Selain itu juga, saya selalu berdoa dan berangan mudah2an dipertemukan dengan 'seseorang' time travel. Bestkan kalau dapat partner yang punya minat yang sama? hehehe (dah nama pun berangan, jadi suka hatilah saya nak berangan tentang apa ;-) ).
Soalan Bonus :Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
*sekian ajelah riwayat tentang saya..takde yang menarik pun tentang saya yang boleh dikongsi dengan kawan2 semua...
Soalan Bonus :Letak gambar stamp passport yang paling disukai dan ceritakan kenapa (maximum 3)
Cuma ada satu aje cop, maklumlah pasport baru huhu
*sekian ajelah riwayat tentang saya..takde yang menarik pun tentang saya yang boleh dikongsi dengan kawan2 semua...
22 comments
TQ zilla sbb sporting jwb soalan SPM dari aku. hehehe...nti aku dtg balik utk review :D
ReplyDeleteHahaha alhamdulillah sampai gak ke soalan terakhir.
ReplyDeleteBab makanan tu paling saya suka tengok sebab terasa seperti dalam rancangan masterChef Indonesia pulak, siap dengan penerangan terperinci. bagus2.
aku pasan beg deuter mmg beg pilihan kan? hahaha!
ReplyDeleteok bab cite kera panjat ko tu sungguh gerun ok! aku dah pikir lain je kalo kera monyet gorila ni!
taman sari tu masa aku dpt tau cite sebenar, mmg aku gelak. gatai sungguh sultan tu ye! hahaha!
wah suka pegi jogja ye?!!
ReplyDeleteako pun suka.. x tau arr nape tapi maybe kat sana feel ala2 kampung gitu..
Zilla! nape x suke bergambar? kekke..nnt amek gmbr kitaorg byk2 tau nnt kat india. kekeke. gila posing nih!
ReplyDeleteZilla saya setuju dengan John! Heheh
ReplyDeleteZilla,
ReplyDeletedah boleh bayangkan kekalutan dan keseraman diserang seekor kera...
gambar sume menarik dan cantik ..
serius ikan gurame itu memang sedapppp...(tetiba teringat ...)
Asslm,
ReplyDeletemakcik first time nih nk komen. ngeri okeh part kera naik kt kepala tuh! kera (selain singa rimau) mmg satu2nye binatang yg jgn la suka suki nk dekat esp kalu kite pegang makanan atau brg yg fancy. lagik besh kalu ade gambo tgh nangis sbb kera naik kt kepala hahahhaa ade unsur dengki disitu..
ok, aku dtg balik utk review
ReplyDelete1. suka pukul org! hahaha..aku rasa ko lupa yg tu :P
2. hak keistimewaan guane tu? ceciter
9. td pagi aku rasa gmbr dlm tmn sari tetiba kuar gmbr gunung plak....tp yg ni not bad...cantik..tp gng ape ni? apapun ayat seterusnya mmg tak menahan. takpe2, aku tau cerita disebaliknya...klu jadi maka ko kena sponsor aku gi kenduri ko kat sana..hehehe
10. pangen tu ape? teringin ek? so jadi ke ko pegi amsterdam nti? jelesss!!
11. itu pun antara pglmn manis yg aku rasa :)
12. yg ni mmg ngeri...nape ko x pnh citer? nasib dia tak cakar muka ko...iskkk..mujur. tp pglmn kat gng ape tu taknk list ke? yg err....yg tu le
14. nmpk mmg sedap ikan ni...aku rsa mcm pnh cuba. kat restoran kg.daun kan?
20. mmg pon!! tp dlm gmbr ko nkp jeliterr gitew...dpn pun jeliterrr ape...hihihi
21. aci jela wlpun tak aci sbnrnya...huhuhu
23. SETUJU!!!
25. ayat ko puitis gile...tp aku suka cara ko explain, nice
26. aku doakan ko bertemu jodoh di prtengahan jalan...insya Allah :)
soalan bonus - klu passport lama masih ada aku tau setem apa ko nk tepek :)
neway TQ zilla sbb sudi bkongsi serba sedikit info psl diri & pglmn ko...nti ada kuiz gini aku akan tag ko lagi :D
Janggel, gigih tu nak berjawab hingga ke titisan terakhir hahaha
ReplyDeleteHaih, perli ke apa itu?hehehe
Biqque, aku rasa deuter agak murah berbanding dgn jenama lain. Aku tak kisah brand apa, asal murah dan selesa kira oklah tu hehehe
Ko pikir apa tu biqque?sharelah kat sini hehehe.haritu p medan odw p lake toba, tepi2 jalan tu kan ada byk monyet, supir suruh turun bagi makan.giler cuak dibuatnya.aku dok bayangkan monyet tu terkam macam yg aku kena kat BT.hehehe
Tang sultan yang gatai tu aku setuju sgt2..hehehe tapi tmpt tu mmg cantikla..
Ako, sukalah..jogja cantik..tapi teringin nak p pesta kebudayaan yang berlangsung stiap tahun di sana…berangan aje ne, tapi bila zman nak repeat balik pun tak tahulah hahaha..
John, mungkin sebab saya ne terlalu cantik untuk diabadikan dalam gambar hahaha (sila muntah ye!). jangan berangan dulu, sebab saya ne suka ambik gambar curi dari gambar yang ala2 control ensem..jadi get ready ye korang!!! Keh3
Janggel, opsss sayangnya saya tidak setuju dengan saranan john itu hahaha
Anash, pengalaman berharga tu haha..malu weii part terjerit terlolong tu…macam orang hilang akal aje gayanya hahaha…tq, pic2 itu biasa aje hehehe..saya ne tak makan ikan sg tau..saya tak penah sangka ikan gurame tu ikan talapia..balik msia tanya org, then baru tau..owhh rupanya sedap daging ikan talapia ye hehehe
Ely, Salam juga buat awak err makcik hehehe. Saya tak pernah tahu pun kera sangat agresif huhu.ingatkan bila dah terikat, dia pahamlah bahasa, rupa2nya saya yang tak paham bahasa hahaa...amboi mlampaulah tu gambo nangis ngan kera heheh.tapi kalau ada pun tak sanggup la saya nak tempek kat sini, malu wooooo hahaha
Fatt,
1. owhh aku suka pukul orang ye? Ishh ada ekk aku pukul orang? Macam tak caya je ne hehehe
2. hak keistimewaan utk bebas keluar sesuka hati.takan ko tak pasan kot, aku kalau ke mana2 sure bersyarat..kena balik sekian2 waktu, pehtu memanjang kna kasi report di mana lokasi terkini aku hehehe
9. bosanla weii semua pic di jogja..aku godek2 pc adik aku, adalah pic masa trip ke bdo.aku tak sure gunung apa.tapi view ini aku snap di tangkuban.cantik sgt sebab time kitaorang sampai masih awal pagi, takde orang pun time tu…owhh, doakan aku ye..kalau berjaya, ko harus jadi pengapit aku muahaha (berangan!!)
10. pangen tu maksudnya teringin..kalo kangen pula maksdnya rindu..jadi jgn tertukar dgn 2 perkataan ini hehe. Amsterdam tu tak mgkn tahun depan sebab target aku nak p tempat tu aje..lagi pun budak tu plan nak p bulan 7, tak mampulah aku sebab bulan 8 tu aku ada plan lagi bagus…tapi aku dah riki2, emm tgkla nanti, malas nk komen lebih2 hehee..
11. kan?
12.dah nama pun pengalaman memalukan, tak naklah aku buka citer kat korang..malu hahaha..kalo dia cakar muka aku, sure aku saman juta2 tokey dia..ewahhh sedap hati nak cakar muka aku ye uhuhu.pglmn kat gng tu?ko tak kata pun boleh citer lebih dari satu hahaha..pglmn tu sangat haru, nantilah kalau rajin aku edit balik, aku citer kat situ..
14.yang ne aku makan kat kedai pak cik met kalo tak silap aku…kat rest. Kg daun aku try western food, not bad lebih2 lagi pizza dia, sangat sedap!!
20. oittt, ko peril apa ke ne? :P
21. tak aci ekk?takpe2, nantilah aku cari2 pic yang sesuai hehehe
23.tq
24. puitis?owhh geli aku mdengarnya hahaha
26. amin..aku pun doakan yang sama buat ko dan yang lain2..nanti boleh naik pelamin sama2 hahaha
27. haih, aku masih mharapkan pasport lama tu..
*wokey beb, no hal punya..bagus juga, boleh mengisi masa lapang aku hehehe
species kera/monyet/siamang/gorilla dan seangkatan dengannyer ni PANTANG nampak pompuan, nak2 yg dia bleh bau2 tengah subur tu...eeeeeeeeeeiiii takut mak nok!
ReplyDeleteJap..tadi rasanya dah habis baca entry bali tu tetiba tak de pulak..misterinya..adakah benda tu ngikut???? tak sabar nak komen. hehehe.
ReplyDeletebiqque, owh ye ke?saya tak tahu pun pasal tu..tapi takpe nanti saya cari info mengenai ini hehehe.pasne kena lebih hati2lah, takut!!hehehe
ReplyDeleteJanggel, wahh mmg sangat misteri ini hehehe..bab2 ikut mengikut ne gua seram sikit,ehh janganlah, takut!! ahaha
*bebenornya entry tu saya nak edit semula hehe
aku dtg balik...wah, aku suka kali ni sbb ko kuarkan gmbr...haa..best2 sume org sporting. aku pun mebi akan kuarkan gmbr yg full...hehehe..ko jgn dilit plak tau! :)
ReplyDelete2. ok...baru aku teringat psl tu. noted!
9. aku nak amik gmbr kita kat album ko sbb yg ada dulu sume dlm lappy lama..lappy tu dah arwah..aku tak sempat nk wat backup..
ehem, kalau ya spt apa yg dikatakan..aku ON aje!! hihihi
10. ok noted
12. kuiz aku ni tak strict..klu nak citer ko citer jek..aku pun jawab ikut sedap..hahaha...
20. hey aku tak perli la! sungguh! ko mmg fotogenik, bkn fotogedik hoccay! :)
21. jgn dilit ok!
26. *angkat tangan lalu berdoa*
wah laju ko taip cerita Bali...aku punya cerita tah bila jaman mau keluar daaa..pasni Biq nak buat questionnaire plak...tp katanya pendek jek...so be prepared! :)
wahh, bab kena serang kera tue memang ngeri! sape sabotaj lepaskan tali kera tue? adoii..
ReplyDeletegamba kat kraton tue santek sgtttt. gambo bromo tengah batuk2 takde ke zilla?
fatt, I'Allah aku tak delete heheh..
ReplyDeletepc aku jahanamla fatt, semua pic dalam tu aku tak sempat backpup so tak dapeklah den nak paskan pic tu kat ko huhuhu..aku sendiri pun frust sebab pic2 tu semua kenangan aku kat sana..waaaaa nak nangis!!!
*lajulah sebab aku takde keje.kalau aku busy jgn haraplah aku nak update hehehe
MasZuber,takde sapa yang sabotaj cuma saya yang lalai.tak sangka tali kera tu anggap panjang hingga boleh bergerak jauh huhuhu
tq, puteri kraton yang ada dalam pic tu lagi santekk tau hahahah (perasan!!)..gambar bromo?ada..ok, nanti saya letak
hehehehe....
ReplyDeleteZilla... walao apapun aku tetap setuju dengan cadangan john dan janggel... fiuuuuu3x...
* adoiiii tang naip komen ni boleh pulak gambo kek velvet ni duduk kat sebelah..... terus lapar!
masMZ, takde maknanya kalau tuan empunya badan tak setuju hahaaa
ReplyDelete*fuihhh,amacam dh pekena RV? hehee
salam ziarah kak zilla~ ^^
ReplyDeleteeiwww,, saya paling kureng sket dengan famili2 kera nih. selagi takde orang pegang dia kejap2 sampai jadi patung, jangan harap saya nka dekat. huhu...
As Salam.
ReplyDeletepaling suka dengan pernyataan ni - - -> hidup tak sempurna tanpa losyen. euuwwwwww ....
tangkuban perahu! nice...doakan saye sempat jejak sane tahun depan. nak sangat ke sana. takut ralit sangat shopping sampai lupe tangkuban perahu..
ReplyDeletepink karer..deuter futura tu macam smart. bukan sbb wane tau. =P. tp shape die. nice lor... =D
nway..salam kenalan n salam kaki jalan. =D
Ainul, salam perkenalan & terima kasih sudi singgah di sini :)
ReplyDeleteemm bukan ainul sahaja yang seram dgn spesis kera, orang kat sini pun sama jugak hehehe
Azizan, hahaha tapi betulla hidup tak sempurna tanpa losyen.kalau tak caya sila tanya mereka2 yang biasa travel dgn saya hehehe
langkah kaki,salam perkenalan juga :)
tangkuban mmg cantik, tapi kalau nak ke sini better keluar awal pagi biar sampai sana waktu matahari baru nak muncul, cantik sgt..orang pun tak ramai, hati pun tak sakit.saya doakan awak, I'Allah..susun itinerary bebtul agar awak boleh cover semua tempt di bandung ;)
selamat jalan2 wahai si langkah kaki hehehe