Bali : Part V

Thursday, November 10, 2011

28/10/2011 : South Bali - North Bali

Previous entry di sini :  Part VI

Lama sungguh tertangguh entry mengenai Bali ini. Bebenornya gambar dah lama upload tapi mood untuk mengarang memang tak ada. Dah jenuh perah otak, tapi masih tak timbul2 idea. Haih, ingat2 lupa dah ne apa yang jadi kat sana huhuhu.

Jom, layan...

Malam itu setibanya kami dari Batu Bulan, kami singgah di beberapa hotel yang ada di sekitar Jl. Poppies I untuk mencari tempat penginapan baru. Seperti yang saya bgth sebelum ini, kami hanya stay di La Inn hanya utk 2 malam sahaja (mujurlah, tak koser nak lama2 di situ). Bukan senang sebenarnya nak cari hotel dalam rate di bawah Rp100,000/night. Losmen pun tiada. Silap kami juga mengharap yang luar biasa di Kuta, tempat tumpuan pelancong tu, manalah nak cari hostel2 murah :P

Mana2 p mesti ada pengalaman yang bukan2. Kami tak minta sebenarnya, tapi anggap ajelah ianya sebagai satu kelebihan, skurang2nya kami boleh ambil langkah berjaga2 huhu. Kami singgah di satu hotel (lupa namanya), untuk mencari bilik yang bersesuaian. Kami dioffer dengan harga Rp800,000/2 malam utk 4 orang. Murah ke? Oklah kot memandangkan kami stay di Kuta. Persetujuan tidak diberikan serta-merta, kenalah tengok dahulu keadaan bilik terlebih dahulu, betul tak? Taram aje nanti dapat bilik yang ..... baru tau huhuhu. Kami di bawa ke satu bilik yang berada agak jauh dari main building. Apa yang menarik bilik tersebut siap berloteng bagai; 2 orang tidur di bawah manakala 2 lagi boleh bermalam di loteng. Masing2 dah excited bila melihat kepada keadaan bilik yang semewah itu dgn harga yang boleh tahan tetapi bila salah seorang dari kami mula bersuara 'nampak sesuatu' di hujung bilik, semua terdiam. Assudahhh, macam mana ini? Ingin mempertaruhkan diri? Owhh tidaklah, masing2 angkat kaki, blah dari situ terus ke main building. Sepanjang berjalan berpatah balik ke main building hati saya sangat2 tak sedap, seolah2 akan jadi sesuatu tapi saya diamkan aje. Sampai di receptionist, kami minta izin utk melihat bilik yang berikutnya. Serba-serbi ok tapi kami perlu cari bilik yang lebih murah dari itu (maklumlah budget ciput). Dari situ kami berpecah, saya dan seorang lagi teman berpatah balik ke hotel penginapan manakala yang lain meneruskan misi mencari. Masuk aje bilik, rasa tak enak saya makin menjadi2. Seksa tau nak lawan rasa itu tapi saya cuba. Risau akan menakutkan kawan2 yang lain. Saya tahu ada yang 'mengikut' kami.

Hinggalah teman yang bdua lagi tiba, bersihkan diri dan saya ambil Al-Mathurat. Lega seketika dan try utk tidur dalam sejam dua memandangkan kami perlu bangun jam 2am utk bersiap sebelum berangkat ke Lovina. Giler pancit, 2 malam berturut2 tidur tak mencukupi. Sekitar 2am saya terjaga dan terus ke toilet, Masyallah, saya tak tahu apa perasaan yang saya alami. Ketakutan yang luar biasa tika kaki melangkah masuk ke dalam toilet, 3-4 kali jugalah saya keluar masuk toilet, rasa nak minta teman2 yang lain temankan saya aje tapi mustahillahkan? Mandi pun ala2 basah dengan tidak. Lantaklah. Bukan nak kata apa tapi kadangkala kita boleh bezakan samada kita bermain dengan perasaan atau pun tidak. Rupanya rasa yang sama turut dirasai oleh teman2 yang lain, cuma masing2 mendiamkan diri. Apa lagi, takan nak tunggu lagi disitu. Angkut beg, check out dan berangkat ke Lovina lebih kurang 3am.

Sebelum itu kami singgah di Sanur utk mengambil Anhar, singgah sebentar di McD untuk membeli breakfast dan langsung terus bergerak ke Lovina. Jangan ditanya apa yang ditempuhi sepanjang perjalanan sebab kami betul2 pengsan hehee. Sesekali tersedar tapi tertidur semula. Betul2 sedar bila dah tiba di Lovina dalam jam 6.30am (dah cerah time ne). Breakfast terlebih dulu sementara menantikan yang lain2 sedar manakala pak supir pula pergi menyewa boat utk kami.

Sewa kenderaan ke Lovina Rp420,000, manakala untuk melihat dolphin Rp100,000/person (siap dapat pakej breakfast lagi tu oleh tuan punya boat ehehe).

Tak tahu nak cerita apa lagi, layan gambar ajelah..

Awal pagi lagi ni. Matahari pun masih malu2 nak memuncul diri. Suasana yang sangat tenang, sesuai utk mencari ilham
Inilah tuan empunya boat, Ketot namanya.Kuat giler tu walhal kami berlima dah elok bersadai atas boat
Matahari dah naik, cantik sangat time ne..
Lama kami menunggu kemunculan dolphin ini. Rentung kulit berjemur di bawah matahari :P. Waktu kami tiba di tengah lautan, dah banyak boat yang menanti. Cuma mampu berdoa mudah2an kedatangan kami ini tidak akan sia2 dan berpeluang melihat dolphin secara live..

Akhirnya, saat yang dinanti pun tiba. Teruja weiiihhh!! Siap main kejar2 lagi dengan dolphin ini. Maksudnya mereka ke kiri, kami bergerak ke kiri, mereka ke depan kami pun bergerak ke depan. Memang keje giler tapi seronok :D

Saya harap sangat2 dolphin akan muncul depan mata, dan nahhh Allah makbulkan doa saya. Betul2 depan mata mereka muncul dan banyak giler ok. Kiri kanan ada tau sampai tak tahu nak pandang yang mana satu hehehe. Kalau bawa anak buah saya ne, sure derang seronok. 2 jam kot ataih boat memburu dolphin, satu pengalaman yang memang saya takan lupakan sampai bila2 hehehe.

Last aksi dari mereka. Perghh terbaik!!! hahaha. (kredit to Anhar utk pic ini)

Puas, kami ambil keputusan utk kembali ke darat (yelah, takan nak bertapa ataih boat tu ajekan? :P)

Laut tenang tak berombak dan yang lawaknya masing2 boleh bantai lena atas boat tu hahaha. Mujur takde yang tersengguk dan terhumban ke dalam laut, kalau tidak memang menjadi sejarahla trip kali ini hehehe.

Singgah di satu tempat ini, mereka offer untuk snorkelling. Koser la weiii hehehe, jadinya kami lepak ajelah atas boat bermain air dan memberi ikan2 yang ada makan serbuk roti. Sporting sangat ikan kat sini. Apa pun coral di sini tak secantik coral di Mabul heheee.Seketika kami di sini dan kami ambil keputusan untuk terus kembali ke darat. Sekali lagi kami dihidangkan minuman oleh tuan tanah. Kalau sebelum itu kami dihidangkan dengan pisang goreng tapi kali ini kami diberi pisang rebus yummmmyyyyyy..

Perut kenyang kami bergerak ke destinasi seterusnya GitGit Waterfall..

*bersambung, pic dalam pc di rumah huhuhu

You Might Also Like

14 comments

  1. wah! jelous nya tgk dolphin tu. tapi memang serius penat kalau nak cover semua must see places d Bali ni. Sy yang sewa 3hari ni pun tak lawat abis. Rugi betul tak tengok dolphin. Dasar pemalas bangun.

    ReplyDelete
  2. ko ni...jenis yg..."nampak" ek? eeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeeiiiiiii seremmmmmmmmmmm aqaq!

    fuh terbaek la dolepin tu! syok je tgk. but, what if aritu takde dolepin kuar lompat2? adakah kita akan mendapat wang kembali? "pulangkan wang kami! pulangkan wang kami!" hahahaha!

    ReplyDelete
  3. maharani, awk byk p tempat2 yg tak spatutnya hahaaa..takpelah next time ye?nak repeatkan? hehehe.

    biqque, tk boleh nampak, tapi boleh rasa kehadrannya..uihh itu pun dah tak sanggup tau..tapi member lagi sorang tu boleh nampak..isshh gua tak sanggup la hehehe

    uihh kalo tak keluar, memang minta balik duit tu..100k, mcm2 boleh beli hahahaa

    ReplyDelete
  4. zilla,

    untungnya ko datang tengok dolphin dekat2 kat sana.... uiiiii jelesssss hihii.... betul larr orang tu kata dolphin ni jinak erk, suka datang kat bot dan main-main.... :)

    ReplyDelete
  5. wah scary nya... saya tak penah lagi la mengalami pengalaman benda2 halus ni. :::leh tunjuk tak apa benda yang tertangkap tu?

    Lovina:::::: Kenangan pahit.....

    ReplyDelete
  6. Janggel, nak rasa ke? hehehe..benda yg ttangkap?apa tu? hhuhu

    kenangan pahit? wahh kenapa itu? ceciter sikit hehehe

    ReplyDelete
  7. Hahahha gambo hantu le..


    Lovina: masa kami pegi dulu hujan lebat sebelah pagi jadi memang ombak sangat bergelora, sape² tengok pon memang ngeri. Tapi kami dengan gilanya proceed juga sebab nak tengok dolphin punya pasal....last2 sampai tengah laut saya pitam siap muntah2 lagi, seko dolpin pon tak nampak....pengsan sampai ke air terjun git git hahahhaha. Memang pengalaman pahit.

    ReplyDelete
  8. Janggel, gambo antu ye?nak antu kepala itam atau kepala putih hehehe

    ada baca tadi di blog awak.siannya, bayar mahal2 tak dapat tgk dolphin..tapi lagi haru sanggup naik boat time laut bergelora..supir tak bagi ubat mabuk ke sbelum berangkat?bebnornya, kitaorg dah dibekalkan dgn ubat mabuk mlm tu hehe.sebelum gerak ke Lovina, masing2 dah telan sebiji sorang tu yg boleh berjimba2lalala ataih boat :D

    ReplyDelete
  9. Hushhhh ada banyak version kepala antoo ke????? Mabeles!

    Tu la, bukan stakat ubat mabok, ubat tak mabok pon tarak hahahaha... Tapi dah takan pegi kot tempat tu lain kali melainkan ada org sponsor hahahahhaha

    ReplyDelete
  10. peh..baru tau kat bali ade dolphin...hihii

    ReplyDelete
  11. Janggel, yelah..antoo pun mcm kita juga ada pelbagai versi hehehe

    sapa tu yang nak sponsor?ceciter..suruh org tu sponsor saya sekali boleh?hahaha.ala ubat mabuk yg kitaorang telan pun supir yang bagi kalau idak takdenya hehehe

    kemang, saya pun tak tahu.masa budk2 ne bagi idea nk tgk dolphin, tak naklah sebab dah tgk kat spore.saya dok bayang dpin tu dok dalam kolam aje sekali pegi hah ko, rasa nak terjun aje dalam laut sebab geram hahaha..byk gilerla kat sana..kagum sgt hehee

    ReplyDelete
  12. citarasa memasing.... dirasakan bahawa trip melihat dolphin itu adalah sungguh2 membuang masa...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu, semua bergantung pada minat dan rezeki masing2..ada rezeki dptlah tgk dolphin tu..jika tidak, bukan masa aje yang terbuang..tenaga dan wang juga lebur macam tu aje :-)

      Delete

Subscribe