kembali

Monday, January 30, 2012

Assalamualaikum...
                                   
                                                              Pic : Vietnam
Alhamdulillah, selamat kembali ke tanahair setelah 10 hari bermusafir di Cambodia dan Vietnam. Syukur segala-galanya berjalan lancar. Walaupun ada beberapa perkara yang tersasar dari yang dirancangkan tetapi dalam sekelip mata ianya digantikan dengan pelbagai kejadian menarik yang tidak disangka-sangka; Alhamdulillah rezeki kami, dapat lagi pengalaman baru. Ya, itinerary hanyalah sekadar panduan dan rujukan, selebihnya Allah yang menentukan. Bertemu teman-teman baru, bertempiaran lari akibat dikejar anjing, mengikat perut kerana ketiadaan makanan halal, diminta mengadaikan tudung dikepala hanya kerana ingin merakamkan upacara keagamaan penduduk tempatan, ditipu, jatuh sakit dan sebagainya merupakan antara pengalaman pahit manis yang kami perolehi. Bila diingat kembali terasa kelakar pun ada.

Sejujurnya, trip kali ini banyak bermain dengan emosi. Dengan apa yang dijamukan dihadapan mata, sesekali air mata mengalir tanpa disangka. Sendu menahan sebak di dada. Ya, bersyukur dengan apa yang telah dianugerahkan saat ini. Bak kata teman saya 'kita tidak akan sedar betapa beruntungnya kita selagi hati kita tidak tercuit melihatkan kesusahan dan kepayahan orang lain'  dan saya akui kebenarannya.
Berat emosi ini tiap kali ingin berangkat pulang ke tanahair. Kalau diberikan pilihan, terasa tidak ingin berhenti; ingin terus bermusafir melihat tempat orang. Tetapi banyak yang menanti; banyak urusan yang perlu diselesaikan. Mudah-mudahan Allah akan panjangkan rezeki untuk saya/kita semua terus berkelana di bumi yang luas ini....

* I'Allah, akan saya kongsi pengalaman di sana bila punyai masa...

You Might Also Like

8 comments

  1. Alhamdulillah akhirnya sang pengembara kembali ke pangkuan ibu :) Apa kabarnya neh? pic nya ya....

    ReplyDelete
  2. Putri Biru, setinggi mana pun helang terbang diudara akhirnya tetap turun ke bawah jugakan? ;) *opss, tapi saya bukan helang, sekadar perumpamaan hehehe..Alhamdulillah, sihat walafiat.picnya? nanti ye, byk sangat nie, tak larat nak memilih

    ReplyDelete
  3. macam menarik je, tak sabar nak tunggu kisah kembara ni...
    =)

    ReplyDelete
  4. Alhamdulillah selamat pulang perantau dikota he222, bila nk kluarkan entry utk trip nii,kasi panjang dgn byk sikit pic untuk entry vietnam niii....tiap2 hari duk jenguk sini tgk hupdet ka x ,vietnam pasai ha222....

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  5. Bestnya, awal2 tahun dah dapat cuti panjang...

    ReplyDelete
  6. aku x sabar nk dengar pengalaman kena kejar anjing tu.. kekkke..

    ReplyDelete
  7. anne, saya tak pandai mengarang jadinya saya tak tahulah akan menarik atau tidak dipandangan orang

    penjejak awan, nak kena panjang lebar dan byk pic ye? adoiii tulah yang paling malas saya nak buat heheh.saya dah update mudah2an akan dapat sedikit info dari pengalaman saya di sana..

    nil, terima kasih byk..pic yang biasa aje itu

    mie, saya ot giler2 tahun lepas untuk claim cuti gantian hanya utk trip ini.Alhamdulillah...

    tasyha, keh3 ayat tak boleh blah.lawaklah rasa macam tak mampu aku nak citer pengalaman tu kat sini hehehe

    ReplyDelete

Subscribe