Cambodia : Part I
Thursday, February 02, 2012
21.01.2012 : Kuala Lumpur - Phnom Penh - Siem Reap
Alhamdulillah, setelah sekian lama menghitung hari akhirnya hari yang ditunggu-tunggu pun tiba. 2 minggu sebelum trip, kami gigih mencari info yang berkaitan terutamanya mengenai penginapan, transport dan ke mana kami sepanjang 10 hari di sana agar masa yang ada dapat dimanfaatkan sepenuhnya.
Sebelum subuh kami sudah pun bergerak menuju LCCT dari rumah masing-masing kerana penerbangan kami lebih kurang jam 7.00am. Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar pagi itu dan tiba di Phnom Penh lebih kurang jam 8.20am (9.20am waktu M'sia) . Settle segala urusan, kami terus bergerak keluar untuk mencari tuk tuk. Destinasi kami adalah bus station untuk menuju ke Siem Reap. Berdasarkan kepada info yang kami perolehi, rata-rata memberikan saranan agar jangan mengambil tuk tuk di airport kerana harga yang ditawarkan agak tinggi berbanding di luar airport dan kami berjaya memperolehi tuk tuk USD5 dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 45 minit menuju ke pusat bandar (bus station). Sekadar makluman, tuk tuk di airport adalah USD7.
Secara peribadi, menaiki tuk tuk di Cambodia merupakan satu pengalaman baru buat saya. Keadaannya amat berbeza dengan tuk tuk di Thailand mahu pun ketika menaiki angkutan di Indonesia. Tanggapan pertama saya waktu melihat tuk tuk err selesa ke dengan perjalanan hampir 45 minit dan ternyata tanggapan saya meleset sama sekali. Memang sangat-sangat selesa terutamanya bila dapat menikmati udara di sana secara terbuka dan aktiviti masyarakat setempat dapat dihayati sepenuhnya. Jangan terkejut jika tiba-tiba melihat seekor babi diikat dibelakang motor atau sebuah motor boleh dinaiki sehingga 4 atau 5 orang penumpang. Senario yang sangat berbeza dengan di Malaysia. Keadaan lalu lintas sama seperti di Indonesia; penuh dengan motosikal di jalan manakala corak pemanduan agak berbeza kerana ianya di belah kiri (susahnya nak sesuaikan diri).
Hampir 45 minit, kami diturunkan di bus station yang pertama. Alahai, bus terawal menuju SR yang kami perolehi jam 12 tengahari sedangkan hari masih awal pagi. Sambil-sambil itu kami disapa oleh seorang mamat (M'sia) yang berjaya memperolehi tiket jam 10.30am ke SR. Alahai takde rezeki untuk satu bas dengan mereka dan kami meminta driver tuk tuk membawa kami ke bus station yang berikutnya. Kami di bawa ke Rith Mony Transport (USD 2) atas saranan mamat yang kami temui di 1st bus station. Happy ok kerana berjaya memperolehi tiket menuju ke SR jam 10.30am dengan harga USD8 tetapi jeng jeng; menyesal tak sudah ok!!! huhuhu. Kenapa saya kata menyesal tak sudah? Panjang ceritanya huhuhu.
Buat teman-teman yang berhajat untuk ke SR menaiki public transport, survey lah dulu; jangan main rembat hehehe. Antara company yang bagus adalah Surya Transport dan Mekong Express yang terletak berdekatan riverside PP (sila google untuk dapatkan alamat).
Kami ada sejam sebelum bus berlepas. Pandang-pandang keliling err kami bertiga aje yang berbeza (bertudung). Errr kami disapa oleh penduduk setempat dan disangka Khmer people. Puaslah "no, no..we're from M'sia" dan sebagainya. Lagi satu masalah derang ini tak faham English apatah lagi Bahasa Melayu. Susah sangat tetapi derang memang sangat-sangat peramah dan sedia aje membantu kalau kita bertanya.
Masa yang ditunggu-tunggu pun tiba, waktu berangkatlah cekononnya tetapi 30 minit dok bertapa dalam bus baru ianya bergerak. Saya dapat seat depan sekali sebelah mamat Cambodian manakala teman yang berdua di belakang saya. Tak kisahlah duduk dengan siapa pun yang penting selamat sampai, betul tak? Tetapi alahai terseksanya saya. Berdasarkan info sepatutnya perjalanan dari PP ke SR lebih kurang 6 jam (by bus) dan 5 jam (mini bus) tetapi perjalanan kami mengambil masa 8 jam ok. Montot jangan cakap, lebih dari kematu!!! Plan kami sepatutnya melihat sunset di Tonle Sap tidak menjadi nyata, hanya mampu lihat sunset dari dalam bus. Kenapa lama sangat? Emm, setiap tempat driver tu singgah; aduiiii geramnya. Jadi saya memang tak sarankan korang ambil bus ini untuk ke SR (kecuali kalau dah terpaksa, bolehlah). Kembali kepada mamat sebelah saya tu pula, haih kalau boleh luku memang saya dah luku kepalanya. Mana taknya, dia boleh bantai minum 2 tin beer (kalau 100 plus saya tak kisah); korang boleh agaklah keadaannya macam mana. Bau yang terhasil memang melemaskan saya sepanjang perjalanan menuju ke SR (maaf andai ada yang terasa tetapi sejujurnya saya memang tak selesa dengan baunya). Manakala saya sendiri terpaksa duduk 1/2 dari seat saya kerana mamat tu duduk di tengah2 seat (geramnya!!!). Minum satu hal, tang makanan pula (makan roti aje pun) bersepah2 dengan saya sekali penuh dengan habuk/serpihan roti. Sudah la tu, dia tanggalkan pula kasut dan angkat kakinya ke atas (apalagi yang saya nak kata, sabarlah hati). Nak tak nak memang kena sabar sebab bus itu sendiri dah seperti tin sardin keadaannya; penuh dengan penumpang dan tidak boleh bergerak. Mujur hampir sampai ke SR, mamat tu turun (bolehlah lena dengan selesa buat seketika).
Sunset dalam bus ajelah huhuhu
Mengenai pemandangan pula, emm keadaannya lebih kurang seperti memasuki kawasan Felda cuma keadaan mereka agak daif. Jalan bertar tetapi tidak rata manakala rumah-rumah penduduk sangat basic dan bertiang tinggi; diperbuat dari daun-daun kelapa/nipah (saya tak sure dari apa). Sesekali aje akan dapat melihat rumah yang agak mewah keadaannya (berbatu dan sebagainya). Memang berbeza dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada saat ini.
Picture ini saya snap waktu menuju ke Tonle Sap tetapi keadaan rumah mereka hampir beginilah rupanya.
Setelah 8 jam berada di dalam bus kami pun tiba di SR (sudah gelap-gelita waktu ini, sunset di sana jam 5.30pm). Kami ke kedai runcit berdekatan syarikat bus untuk call hostel untuk meminta mereka ambil kami (FOC). Hati-hati dan jaga barangan sebaik mungkin - itu sahaja yang saya mampu nasihatkan.
Kami memilih untuk tinggal di Home Sweet Home Guesthouse dengan harga USD30 untuk 2 malam (USD15/night for 4 person). Alhamdulillah, bilik yang ok walaupun tidak semewah mana. Service pun bagus cuma air di sini berbau karat tetapi oklah tidak menjadi masalah pada kami dan gangguan momok pun tiada (ini penting ok). Settlekan perkara-perkara yang wajib then santap (giler kebulur). Belajar dari pengalaman waktu di Bangkok dan NZ (susah dapat makanan halal + jimat budget); kami bawa bekalan makanan sendiri untuk trip ini. So malam itu, belasah roti + tuna berserta hot coklat. Alhamdulillah, kenyang dan kami ambil keputusan untuk ke Golden Temple untuk menonton Aspara Dance (tuk tuk USD 1). Hah, jangan salah anggap Golden Temple ini pub/restoran ok bukan temple. 1st time melangkah masuk ke sini, mat/minah saleh semua dok pandang kami. Yelah kami aje yang bertudung dan masuk ke tempat sebegitu (janji dapat lihat Aspara Dance free, lantak lah orang nak pandang ke apa). Tetapikan janganlah nak menonton free aje, pesanlah apa-apa yang patut (makanan sure tak halal); kami ambil apple jus sahaja, minum-minum sambil melihat Aspara (lagi murah berbanding perlu masuk ke Culture Village). Aspara Dance di Golden Temple bermula jam 6.30pm hingga 9.30pm setiap hari (free). Tamat aspara dance kami terus bergerak keluar; jalan-jalan kawasan sekitar dan terus bergerak balik ke hostel dengan menaiki tuk tuk (USD 2).
Beginilah keadaan bilik kami (sila abaikan keadaan yang bersepah itu).
Aspara Dance @ Golden Temple
Tamat hari pertama kami di bumi Cambodia. Hari kedua; waktu untuk memburu sunrise @ Angkor Wat dan sunset @ Tonle Sap. Hari pertama yang amat panjang, waktu untuk zzzzzzzzzzzz
Tips:
* Kalau ingin ke Cambodia, jangan lupa tukar RM - Riel (sedikit pun jadilah). Sekurang-kurangnya kalau nak beli minuman/jajan korang boleh gunakan riel so takdelah rugi sangat...
* Sebelum nekad nak ambil mana-mana tuk tuk silalah tawar-menawar terlebih dahulu; jangan main naik aje. Bukan apa kadangkala harga yang derang offer agak tak logik. Kalau derang berkeras tak nak turunkan harga, cari tuk tuk yang lain aje, habis cerita.
*bersambung
6 comments
Pengalaman yang x kan dapat kat mana2.. tp, sangat2 penat.. nk jimat punye pasal.. hehhehe.. sampai demam2 kawan kite lagi sorang tu.. huhuhuhu..
ReplyDeleteterima kasih atas info yg diberi. saya akan ke sana 20th february ni untuk lebih kurang seminggu. so any tips bolehlah share lagi :)
ReplyDeletezilla msalah komunikasi mmg sakit jiwa laaa...aku p hatyai hri 2 pun dh tekanan prasaan di buat ...tanya money changer pun depa x tau....floating market pun aku guna bahasa isyarat mcm2 bru depa paham....hatyai jer pun kecik jaa klau p vietnam-cambodia aku ingat x ckup tgn kaki pun aku bantai buat isyarat....aku respect laa pompuan bertudung mcm hangpa p backpack negara org ,sebab org senang detect kata org luar...mcm laki senang sikit bleh menyorok2 blakon jd local he222 ....zilla mini bus kat combodia nii mcm van kat thailand kaa
ReplyDeletePENJEJAK AWAN
tasyha, memang pengalaman yg tak dapat dilupakan sampai bila2 terutamanya waktu kita 'mogok' di the king hehe..wpun penat tak ingat dunia, dgn makan tidur semuanya tak tentu arah tapi aku enjoy sgt2..haih, dah nama pun backpack, jimat tu penting hehehe
ReplyDelete*takpe, dia baru lagi tu..lepas ne sure oklah kalau nak melasak lagi ;)
LM, selamat bercuti.banyak yang kita boleh pelajar di sana...
Penjejak awan, keh3 bab komunikasi memang harulah.mana2 p, inilah masalah utama yg dihadapi tapi takpelah, inilah yang dinamakan cabaran.walau terpaksa guna kaki sekalipun as long as derang boleh faham, gunakan aje :D
sometimes, takut juga.yelah bila dipandang atas bawah seolah2 kami ini kelihatan seperti alien tapi buat bodoh ajelah.sesekali boleh prasan glemer bila dipandang2 begitu hehe..mini bus?emm nanti saya tempek pic nya ye.tungguuuuu!! hehehe
terima atas info. tau tak bus dr Phnom penh ke SR yang paling lewat kul brp? sbb google nmpk surya jam 2.45 pm.dorg mmg xde yg travel malam ke?
ReplyDeleteEmm, memang tiada bus malam ke SR..kalau ada pun tidak digalakkan utk naik atas faktor2 keselamatan..
Deleteawk try lihat di sini , moga membantu ya http://www.canbypublications.com/cambodia/buses.htm