maaf...
Tuesday, January 03, 2012
Pic : Akaroa, New Zealand
Berat sekali rasanya apabila berada di dalam situasi seperti ini. Sejujurnya, rindu ini tak terungkap, sayang ini tidak terluah. Hanya doa yang mampu dititipkan moga rasa ini akan berlalu terus dari diri ini....
Berat rasanya bila mana berada di dalam situasi yang membutuhkan kita untuk membuat keputusan yang kadangkala akan melukakan hati seseorang. Pergolakan dalaman antara memuaskan diri sendiri dan orang lain tidak pernah berhenti. Arghh, terasanya saat berperang menghadapi musuh secara berhadapan lebih mudah dari terpaksa berperang secara dalaman seperti ini. Rasional dalam membuat keputusan itu penting. Walaupun akan ada hati yang terluka, kepentingan diri perlu diutamakan. Apalah erti rindu jika ianya tidak berkicauan riang di hati lantas melahirkan rasa gudah gulana dan apalah erti sayang jika apa yang terzahir seolah-olah tiada maknanya. Soalnya hati, biarlah masa yang menentukan.
Impian..dan kalaulah impian ini akan menjadi kenyataan, indahnya. Persoalan mengenai jodoh sama jugalah dengan persoalan mengenai kematian. Sebagaimana kita tidak mengetahui bila saatnya kita akan dijemput, begitu jugalah mengenai jodoh dan pertemuan.
Kadangkala, kita dipertemukan untuk berjodohan sebagai sahabat dan bukannya kekasih hati yang bakal menemani hayat kita. Apa pun ikatan yang lahir, simpullah ianya serapi yang mungkin di dalam hati agar ianya tidak akan terlerai. Siramilah ikatan ini dengan kasih sayang yang sewajarnya dan berdoalah sentiasa agar ianya akan terus terpelihara. Cintailah dan sayangilah dia kerana agamanya, kerana-Nya yang menciptakannya dan bukannya kerana rasa terbuai untuk dimiliki dan memiliki...
*moga akan ada yang faham mengapa jawapannya TIDAK..
2 comments
yakinlah.. Allah memberikan yang terbaik pada hamba2nya.. mungkin kita tak sedar tapi DIA Maha Mengetahui walaupun kita merasakan apa yg terjadi perit utk dilalui.. moga awak berjaya lalui masa2 sukar ini.. take care ya..
ReplyDeletenorh, terima kasih byk :)
ReplyDelete