Cambodia : Part II
Saturday, February 04, 2012
22.01.2012 : Siem Reap
Previous entry : Part I
Entry ini sangat panjang dan banyak picture.
Hari kedua kami bangun seawal 4.00am kerana perlu bergerak jam 4.30am ke Angkor Wat semata-mata untuk melihat sunrise. Untuk itu kami mengambil small tour melalui hostel dengan harga USD15/person; pakej tour sunrise angkor wat dan tonle sap (tidak termasuk entrance fees). Sebenarnya kami err saya cekononnya nak aje berbasikal ke Angkor Wat tetapi bila sudah melalui pengalaman yang sebenar saya akui keputusan yang diambil untuk mengambil tuk tuk adalah yang terbaik. Bukan dekat ok jarak antara satu temple dengan yang lain. Dari hostel ke Angkor mengambil masa lebih kurang 15 minit dan mungkin kerana hari masih awal, urusan dikaunter masuk tidak mengambil masa yang lama. Kami mengambil 1 day pass dengan harga USD20/person. Di pintu masuk picture kita akan diambil dan dicetak ke atas pass masuk (sorry tiada pic untuk pass ini, lupa nak snap dan lupa mana saya simpan). Pass perlu disimpan sebaik mungkin kerana tiap kali ingin memasuki temple-temple yang ada mereka akan memeriksa pass tersebut; jadinya takan ada kes menipu dan sebagainya (kalau boleh lepas tu, kira hebat sangatlah).
Destinasi pertama sudah tentulah Angkor Wat itu sendiri. Kepada mereka-mereka yang ingin melihat sunrise di sini, bawalah lampu suluh bersama-sama anda kerana kawasan disekeliling sangat gelap, tiada lampu jalan disediakan. Dengan permukaan jalan yang tidak rata, takut tersandung dibuatnya nanti. Kami tidak tahu keadaannya seperti ini, jadinya asyik terpelecok di sana-sini dan hanya berharapkan kepada lampu-lampu suluh/hp yang dibawa pengunjung-pengunjung yang lain.
Sekitar jam 5.30 am, saat yang dinanti-nantikan pun tiba. Subhanallah, sangat indah. Keindahan yang kami kongsi dengan pengunjung-pengunjung yang lain. Sayangnya kami tidak membawa tripod jadinya faham-faham ajelah bagaimana picture yang kami hasilkan; noise sana-sini kerana perlu menggunakan ISO yang tinggi (jadilah dari takde huhuhu). Lama juga kami lepak di tepi tasik, berkelah dengan makanan yang dibawa (roti, peanutbutter, serunding daging dan mineral water). Heaven hehee (skrurang-kurangnya kami tidak diganggu oleh kanak-kanak yang sibuk mempromote breakfast di gerai masing2; jimat duit :D).
Sunrise @ Angkor Wat
Hari semakin cerah, pengunjung pun sudah bergerak meninggalkan kawasan lake kami pun memulakan langkah kami untuk menjelajahi apa yang ada di Angkor Wat. Awal-awal lagi kami disambut dengan sekumpulan monyet (hati-hati kerana mereka agak agresif), bila melihat mereka cuba menerkam terus kami berlari ke pintu masuk yang lain.
The guardian..
Melangkah masuk, mulut masing-masing tidak henti-henti berbunyi. Subhanallah, sangat-sangat besar. Masing-masing melahirkan kekaguman apabila melihat monumen sebesar ini boleh dibina di zaman yang tiada sebarang teknologi yang canggih digunakan. Bagaimana manusia biasa dapat membina monumen segah ini? Wallahualam, hanya Allah yang mengetahui semuanya. Terdiri daripada 3 lapisan/tingkat dan di kelilingi oleh 5 menara berbetuk lotus dengan ketinggian 65 meter setiap satu. Berdasarkan apa yang saya baca, temple ini dibina oleh Suryavarman II untuk didekasikan kepada Vishu, tuhan bagi penganut agama Hindu dan kemungkinan besar temple ini merupakan kawasan suci bagi penganut agama Hindu suatu ketika dahulu.
Senibina di dalam Angkor Wat. Semuanya kelihatan 'black-white' sahaja.
Oleh kerana kawasannya yang terlalu luas dan kami ini bukanlah dari golongan pencinta/pengkaji batuan, kami tidak melawat temple ini secara keseluruhan. Kami lepak di satu sudut untuk melepaskan keletihan sebelum beredar dari situ untuk menuju ke destinasi yang seterusnya Angkor Thom (Bayon, Terrace of Elephant & Terrace of Leper King). Jarak di antara Angkor Wat ke Angkor Thom lebih kurang 5km (terima kasih untuk tuk tuk yang sangat selesa).
Bayon Temple
Kami dibawa dan ditinggalkan oleh driver tuk tuk di Bayon Temple. Alhamdulillah, cuaca yang sangat baik jadinya segala yang dirancangkan oleh kami pada hari ini berjalan dengan lancar sekali. Opps, terlupa untuk memberi ingatan. Bagi mereka-mereka yang bersedia untuk menjelajahi Angkor Archaeological Park ini bersedialah dengan mask/kain/spek kerana kawasan disitu sangatlah berdebu. Untuk memasuki Central of Angkor Thom, bus tidak dibenarkan masuk dan hanya tuk tuk, basikal dan gajah saya yang dibenarkan memasukinya. Jadinya pada mereka-mereka yang menggunakan tour bus, bersiap sedialah untuk menapak dengan jarak yang agak jauh dari kawasan parking ke Angkor Thom.
Bayon dibina di zaman pemerintahan Jayavarman VII (Buddha). Inilah keunikan Angkor Wat kerana ianya melibatkan agama Hindu dan Buddha. Terrdapat 37 buah tower dan 5 buah pintu masuk dengan setiap satunya mempunyai 4 giant faces. Wajah siapakah itu? Menurut apa yang saya baca kemungkinan wajah tersebut mewakili Buddha dan Jayavarman itu sendiri (mungkin boleh google utk info yang lebih tepat). Sayangnya sebahagian besar wajah di Bayon telah pun runtuh akibat daripada gempa bumi.
Antara yang ada, kedudukan batu banyak yang sudah berubah/bergerak.
Oleh kerana keluasan Bayon agak terhad dengan pengunjung yang hadir terlalu ramai hingga perlu bersesak, kami ambil keputusan untuk bergerak ke destinasi berikutnya (perlu menapak hampir 1km). Terrace of Leper King dan Elephants tidak kami singgahi kerana masing-masing sudah keletihan dan kepala sudah start berdenyut (cuaca sangat panas dan terik). Kami terus ke kawasan parking tuk tuk untuk mencari Mr. Keng, driver kami.
Terrace Of Elephants.
Ta Prohm
Seterusnya kami ke Ta Prohm. Agak jauh kedudukannya dari Bayon dan ketika itu kerja-kerja membaikpulih temple sedang giat dilakukan. Pintu masuk utama ditutup kepada pengunjung dan dilencongkan ke arah lain. Kedudukan temple agak jauh ke dalam dan dikelilingi hutan. Sekali lagi terpaku melihat indahnya kejadian alam (pokok tegak berdiri disebalik temple). Sayang terlalu banyak runtuhan di sana dan kami tidak berpeluang meneroka dalamnya. Berehat sebentar dengan jajan untuk mengalas perut yang kelaparan sebelum kami bergerak mengeliling kawasan temple.
Ta Prohm dibina oleh Jayavarman VII dengan senibinanya adalah menyerupai/hampir sama dengan Preah Khan Temple dan Banteay Kdei. Temple ini dibina oleh Jayavarman untuk didekasikan kepada ibunya manakala Preah Khan Temple didekasikan untuk ayahnya. This temple was originally constructed as a Buddhist monastery and was enormously wealthy in its time, boasting of control over 3000 villages, thousands of support staff and vast stores of jewel and gold (malas nak translate) - Siem Reap Angkor Tourist Guide.
Sebahagian besar struktur Ta Phrom runtuh menyembah ke bumi. Akar-akar pokok yang menyelingkari batuan kebanyakannya telah dipotong, sayang sungguh..
Banteay Kdei
Bagi mereka yang mengambil small tour, Banteay Kdei merupakan destinasi terakhir. Kami singgah sebentar aje di sini; sakit kepala atas sebab-sebab yang biarlah saya rahsiakan. Berhadapan dengan temple ini, terdapat tasik, jadi kami ambil keputusan untuk melepaskan lelah di sini sambil mengisi perut yang giler kelaparan. Awas, di sini ramai betul budak-budak yang sibuk mempromosikan gerai masing-masing; buat tak tahu aje jangan buka mulut langsung, kalau tidak terimalah akibatnya.
Kami berkelah di tepi tasik, mengadap bekalan yang kami bawa; roti, tuna, serunding daging dan muffin. Pengalaman tak boleh lupa di sini bila dikejar anjing. Wahhh, tuna ke mana, muffin ke mana, apa ke mana; semua dilempar demi menyelamatkan diri (giler malu sebab diketawakan pengunjung yang lain huhuhu). Mana-mana saya pergi mesti ada pengalaman dikejar anjing (phuket pun begitu juga). Haru sungguh!!! Oleh kerana adanya adegan separa memalukan ini, kami ambil keputusan untuk kembali ke tuk tuk. Di sinilah teman-teman saya dikerumuni sekali lagi oleh kanak-kanak. Bila tidak dilayan dituduhnya penipulah, don't like cambodian lah, dan macam-macamlah (psiko aje lebih). Minuman yang dijual giler mahal, jadi tak payahlah beli di situ.
Ke mana kami seterusnya? Yeayyyy, sunset di Tonle Sap.
Sebelum itu, kami minta driver membawa kami ke gerai makanan halal-no pork tapi dibantainya membawa kami ke restoran chinese yang tidak menyediakan pork dalam hidangannya. Memang payah bila bahasa menjadi penghalang. Jadi, takpelah kami minta beliau terus membawa kami ke tonle sap walaupun hari masih awal. Perut yang minta diisi, tidak dilayan. Ohh lupa nak share something. Di sini jangan lupa try air tebu ye kawan-kawan. Beli aje di tepi-tepi jalan, I'Allah tidak akan cirit-birit dan sebagainya. Air tebu di sini sangat fresh kerana dimesin sekali dengan limau/lemon; sangat sesuai diminum waktu panas terik. Harga? Emm, kalau tak silap dalam 75sen duit kita (lupa berapa riel). Sepanjang trip ini kalau tak cari air tebu, mesti kami cari kopi susu ais - direkemankan kepada semua.
Perjalanan dari pekan Siem Reap ke Tonle Sap sangat jauh. Terasa seperti sejam lebih jugalah kami bertapa atas tuk tuk, hingga masing-masing terlelap kepenatan pun masih tak sampai-sampai juga. Kami dibawa oleh driver tuk tuk ke Kampong Pluk, dari situ akan mengambil boat terus ke tonle sap. Bila memasuki kawasan kampung, haih tak tahu macam mana nak cerita suasananya kawan-kawan. Daif sangat-sangat; jalan tidak rata dan bertanah merah. Keadaan rumah jangan cakaplah, bersyukur sangat-sangat dengan apa yang telah dianugerahkan saat ini. Satu yang saya suka mengenai kampung ini, walaupun serba-serbi kekurangan tapi keadaan sekeliling sangat bersih, udara pun nyaman kerana dikelilingi oleh sawah padi yang terbentang luas.
Keadaan persekitaran Kampung Pluk
Seronok giler kanak-kanak ini berkubang dalam selut. Teringat zaman kanak-kanak
Sekian lama, akhirnya kami tiba di kaunter tiket dan perlu membayar $15/person untuk ke floating village dan sunset di Tonle Sap. Walaupun agak mahal tapi bayar ajelah sebab ini yang kami mahukan; melihat matahari terbenam. Dengan boat yang besar hanya memuatkan kami bertiga sahaja, jadinya boat itu kamilah yang empunya (sorry tiada gambar boat, tak terfikir pun nak snap).
Beginilah keadaannya di floating village, sayulah kawan-kawan. Lebih daif dari apa yang saya lihat di sepanjang jalan menuju ke situ. Semua aktiviti harian dilakukan di situ; air sumber utama buat penduduk di sini. Keadaan agak berbau; tapi alah bisa tinggal biasa. Apa aktiviti yang saya maksudkan? Emm, tasik ini digunakan untuk membasuh, mandi-manda, ternak ikan dan mereka membina reban di atas rakit untuk memuatkan babi dan binatang ternakan yang lain. Tergamamlah menyaksikan pemandangan yang sangat luar biasa seperti ini. Saya pernah ke floating market di Bangkok tetapi keadaannya sangat berbeza dengan apa yang ada di Tonle Sap.
Emm, inilah antara pengalaman berharga yang saya perolehi yang tak mampu saya perolehi di tempat lain.
Sporting sangat derang ne..
2 hari tidak menjamah nasi, masing-masing sudah tidak mampu bertahan. Waktu boat singgah di salah satu floating restaurant yang ada, kami berbelah bagi nak singgah atau tidak oleh kerana restoran tersebut tidak menyediakan makanan halal (faham sendirilah ye). Setelah berbincang dengan penuh rasa tawakal dan berkali-kali kami mengingatkan antara satu sama lain agar menghapuskan rasa was-was yang mungkin bersarang di hati, kami pun memesan steamed rice, telur dadar dan lemon tea. Perkara yang sama pernah kami lakukan waktu travel sebelum ini; berserah kepada Allah dengan apa yang terhidang di hadapan mata. Dengan bekalan kicap manis yang memang kami bawa dari Msia, kami minta beberapa biji cili api untuk dijadikan penyedap rasa dan baki serunding yang ada kami taburkan ke atas nasi. Alhamdulillah, rezeki dari Allah; bertambah masing-masing. Pada yang tidak tahu, inilah caranya kami travel. Tiada masa untuk bermewah, kami belajar untuk ikhtiar dalam meneruskan kehidupan (halal dan haram tetap kami utamakan).
Satu pesanan saya (belajar dari pengalaman), kalau pergi ke negara-negara yang masalah utamanya adalah bahasa, sila snap setiap makanan yang kalian ambil kerana ianya amat diperlukan dikemudian hari (percayalah).
Alhamdulillah, badan sudah kembali bertenaga. Hari masih awal untuk ke tonle sap bagi menyaksikan sunset. Owner restoran offer kami untuk bersampan mengelilingi hutan bakau dengan harga $10/ 3 persons. Berkali-kali kami berbincang samada untuk menerima offer tersebut atau pun tidak dan akhirnya kami ambil keputusan untuk menerima. Ya bila lagi nak merasai pengalaman menaiki sampan, betul tak? Dengan tiada sebarang jacket keselamatan, kami tenang menyelusuri keindahan hutan bakau. Subhanallah, tidak salah keputusan yang kami ambil. Sekali lagi pengalaman baru buat kami dan saya merasa lebih dekat dengan keadaan sekeliling; menyaksikan aktiviti penduduk setempat dengan jarak dekat dan sebagainya.
Bertudung putih itu tasyha manakala yang sedang tersengih itu akak pengayuh sampan (err tak tahu apa istilah sebetulnya). Kesian akak ini dibuli oleh kami :D
Hutan paya bakau. Tenang sekali. Sesekali ternampak pacat sedang tergedik-gedik di atas kulit pokok. Satu jam bersampan, akhirnya kami kembali ke restoran untuk bertukar kepada boat. Ke mana kami? Sudah tentunya ke tengah tasik untuk melihat matahari terbenam. Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana cuaca yang baik.
Puas menyaksikan keindahan alam, kami meredah kegelapan menuju ke jeti. Di situ, jenuh pula mencari driver tuk tuk. Ingatkan sudah ditinggalkan kami, mujurlah tidak. Kami minta beliau terus menghantar kami ke hostel untuk berehat. Hari yang sangat panjang di Siem Reap, setelah selesai mengadap Allah terus membuta hingga ke pagi...
10 comments
lawak gilos bile korang kena kejar anjing tu.. siap berpegang2 tangan lari sesame.. aku je maintain.. kekkkee.. nasib baik aku jauh.. hahhha..
ReplyDeleteYang x tahan, masa pacat naik kat tudung aku, korang pulak yang jerit2.. bukan nk tolong buangkan kan? nasib baik kakak hero pendayung sampan selamatkan aku.. hhehee..
Permandangan sunset kat Tonle Sap paling cantik penah aku tgk.. rasa macam betul2 kat depan matahari.. Subhanallah..x terungkap dengan kata..
pic sunset yg last tu awesome!!!
ReplyDeleteSubhanallah.....
ReplyDeletetasyha, hahaha. aku sendiri pun tak sedar bila masa aku capai tangan yana..yang aku sedar aku dah berlari terkedek2 menyelamatkan diri hahaha. yelah, ko dah nampak dulu anjing tu ekor yana kalau idak sure dgn ko sekali mencanak lari macam kitaorang hehehe
ReplyDeleteaku tak jerit, yana yang jerit..itu bukan pacat tapi ulat bulu hehehe.yelah mujur ada akak cantik yg sporting kalau idak sure bengkak2 muka ko kena ulat bulu hehehe
aku setuju sgt2.sunset kat bali aritu pun tak macam ne kan? sayang tak dapat lihat sunset di Mui Ne..haih2, tak nak ingat hehehe
anne, terima kasih..
Putri Biru, subhanallah memang indah ciptaan Ilahi..
gelak sorang2 aku bca entry nii he222....mmg adventures btoi.....walaupun rumaah depa nii daif, halaman rumah nmpk mcm bersih dan tip top jaa......siap bwa kicap 2 yg x tahan 2 he22222(ilmu bru bleh tiru niii).
ReplyDeletePENJEJAK AWAN
penjejak awan, tang manalah yang lawak tu sampai dok tergelak2 tu?hehehe..yupp daif tapi bersih,kalau belah malam pula, tiap rumah cuma ada satu je mentol yang menyala..mentol itulah yang derang bawa ke atas dan ke bawah rumah.apa alasannya tak sure pulak
ReplyDeletekicap tu mai dari indon tu hehehe.botol kecik aje, tu yang senang dok bawa ke hulu-hilir...kirenya memang berjasa habislah hehehe
part kena kejar dgn anjing 2laa...bca komen tasya kat atas 2,siap pegang2 tgn lagi 2 hu22222....satu rmh satu mentol klau kita kt malaysia nii klau buka lampu nak satu rumah buka sampai habiss,2 x kira time raya lg, siap lampu liplap lg,mewah btoi kita kat sini syukurrr....
ReplyDeletezilla kicap jenama apa 2,smpai bleh bwa blik dri indon siap bwa merentas desa p smpai cambodia niii cuba habaq mai ,klau terjumpa bleh bli hu2222
PENJEJAK AWAN
penjejak awan, hehehe kes kena anjing tu memang tak boleh blah la..malu kalau diingat balik :D
ReplyDeleteyupp, daif sgt.kalau ada rezeki ke sana aje PA..banyak boleh belajar kat sana..
owhh kalau tak silap namanya kicap bango..ala kalau takde pun guna aje apa2 kicap isi dalam botol kecik..jgn pula angkut yang bsar gedabak tu. sure tak lepas punya hehehe
sunset yg mantopp tuuu.. ehheee
ReplyDeleteterima kasih hehehe
Delete