Cambodia : Part V

Thursday, February 09, 2012

24.01.2012 : Phnom Penh


Lapar!!!Itulah ungkapan yang keluar dari mulut masing-masing saat melangkah keluar dari Killing Field. Beberapa hari di Cambodia, kami saya perasan diri semakin kurus hehehe. Time inilah terasa nikmatnya sepinggan nasi. Kali ini kami meminta driver tuk tuk membawa kami ke KFC kerana ianya berstatus halal (kes lama tak makan ayam hehehe). Buat makluman kawan-kawan KFC di PP dan SR berstatus halal, I'Allah; nikmatilah ianya dengan penuh nikmat tanpa ada rasa was-was. Di PP, KFC terletak di riverside. Sekali makan USD3.80 (15,580 riel); Alhamdulillah, licin.

Perut kenyang, kami meneruskan perjalanan mengelilingi Phnom Penh -> Royal Palace (USD3) dan National Museum (USD2). Cadangan tambahan dari driver tuk tuk malam sebelumnya adalah Silver Pagoda, Wat Phnom, Shooting Range tetapi kami tolak kerana kami sudah pun ada itinerary kami sendiri; beliau yang perlu ikut kehendak kita bukan sebaliknya. Oleh kerana market yang ada di sekitar Phnom Penh tutup sempena Chinese New Year jadinya kami hanya ke Royal Palace dan National Museum sahaja, itu pun sekadar bergambar di luar (tak berminat nak masuk).

1st lokasi kami ke National Museum. Bergambar sekejap di kaunter masuk terus kami cabut keluar; tak minatlah hehehe. Next destination, Royal Palace. Untuk melengah-lengahkan masa, kami lepak di bangku berdekatan kaunter pembayaran (agak lama jugalah di situ) sambil melihat gelagat pengunjung-pengunjung yang ada. Alasan yang sama kami gunakan ketika tidak singgah masuk di Royal Palace, Siem Reap. Kalau pengunjung lain keluar dari pintu yang berbeza, kami keluar dari pintu yang sama; lantaklah driver tu nak hairan ke apa; malas nak layan. Jadinya tamatlah tour kami dan terus kembali ke hotel.

Kali ini kami nekad untuk check out dari hotel walaupun kerugian USD15. Sebelum check out, kami bergerak menuju ke Central Market (Psah Thmay). Opps sebenarnya keinginan saya ke sana lebih kepada snap picture dan bukanlah untuk shopping. Dari hotel kami berjalan kaki sahaja; sesat beberapa kali. Map ditangan pun kurang membantu hehehe. Pusing punya pusing, akhirnya tiba juga di CM tetapi sayangnya ianya ditutup kepada pengunjung. Walau bagaimanapun, di luar CM banyak gerai-gerai jualan dibuka; so cuci mata di situ ajelah (satu pun tak menarik minat saya). Di sini, ramai rakyat Msia yang kami temui, rata-rata shopping diakhir terakhir sebelum berangkat pulang (begitu juga kami). Pusing-pusing, borong-borong kami bergerak kembali ke hotel untuk bergerak keluar dari situ.

Kami ambil tuk tuk dengan harga USD2 ke Velkommen Backpacker Hostel. Oleh kerana kami check in agak lewat, kami hanya dikenakan bayaran sebanyak USD18/night (harga asal USD20/night). Alhamdulillah, selesa sangat dengan hostel ini dan kawasan sekitarnya. Berehat sebentar; membersihkan diri sebelum kami ambil keputusan untuk mencari Halal Restoran yang terletak berdekatan IndoChine Hotel (saranan dari ahli rombongan Ustaz Salleh). Senang aje lokasinya kerana berdekatan dengan hostel kami. Makanan di sini jauh lebih murah dari restoran sebelumnya (harga makanan sekitar 7,000 - 10,000 riel). Kenyang perut, suka hati; Alhamdulillah. Pusing-pusing kawasan sekitar; buat foot massage (USD6) sebelum kembali ke hotel dan zzzzzzzz..

Kawasan sekitar riverside

 National Museum

Jadilah bumbung Royal Palace aje yang saya rakamkan buat kenang-kenangan

Antara yang singgah di Royal Palace.

 Tak sure bangunan apa ini, berdekatan Royal Palace

Psah Thmay (Central Market)

Senibina di CM

Barangan perak turut dijual di sekitar CM (harga tak sure)

Tak tahulah berapa harganya tapi menurut teman saya kualiti barangan yang dijual agak bagus.

Macam-macam gelagat.

View di sekitar CM

Masih lagi di CM

Minta izin sebelum snap. Local food. Telur itik itu direbus (dalamnya ada anak itik cuma belum menetas) di makan dengan limau dan sambal seakan sambal belacan. (saya tak try tapi skodeng mamat tuk tuk yang sedang santap).

Beginilah keadaannya di sekitar old town Phnom Penh (berdekatan The King Angkor Hotel).

Velkommen Guesthouse. Berhadapan Guesthouse letaknya Velkommen Backpacker Hostel

Laundry shop berdekatan Velkommen. Kain baju dijemur di hadapan kedai sahaja.

Di lorong yang sama guesthouse terletaknya Phsar Kandal tetapi kami tak sempat pun nak explore.


Lihat pada menunya. Waktu operasi 6.30am - 10.00pm


Nasi goreng ayam. Kalau kat Msia ada ke kedai nak bagi 3 ketul ayam goreng seperti ini? Dalam mimpi ajelah hehehe.

Ini ajelah yang menarik minat saya. Sempat sambar 2 biji LP dengan harga USD3/book + 1st They Kill My Father dari penjual jalanan di sekitar riverside dan sebiji FM dengan harga USD1 di CM.


Velkommen Backpacker Hostel
#17, St. 144, Phnom Penh
Website : velkommen

Halal Restaurant (berdekatan IndoChine Hotel)
#13Eo, St. 130,
Sangkat Phsar Kandal
Khan Daun Penh, Phnom Penh
Tel : 012-536969

KFC
#97, Street 5 (Preah Sisowath Quay)
Daun Penh, Phnom Penh
Tel : +855(0)23996000

*bersambung untuk hari yang berikutnya - Vietnam 

You Might Also Like

9 comments

  1. zilla org combodia bli brg pun pkai USD kaa pelancong sja ......gmbr mmg terbaik,aku suka tgk pic gaya hidup msyarakat stmpat ......klau aku laa lepak berjam2 kat situ tgk gaya hidup org yg lain dri tmpt kita,fuhh mmg layan.....

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  2. Warna warni kehidupan di Cambodia buatkan aku syukur lahir sebagai anak Malaysia.. Derang memang sangat tabah.. lagi2 bile kite terpandang budak yang amik bungkusan coklat di tepi jalan lalu memakan sisa2 yang tinggal..aku tak terkata2..

    Cambodia meninggalkan seribu satu memori..

    ReplyDelete
  3. Penjejak Awan, derang disana guna riel.kita pun sebenarnya boleh aje guna riel,takde masalah.misal kata kita bagi usd pun, bakinya derang tetap akan bagi dalam riel jaranglah dapat usd balik..saya pun suka lihat gaya hidup msyrakat tempatan..byk sebenarnya kita boleh belajar tapi kalau untuk snap pic, kena lebih hati2lah...

    tasyha,aku pun pikir benda yang sama;betapa beruntungnya kita.masa kat killing field, aku rasa nak aje angkut adik2 aku ke sana; biar derang insaf sikit.

    ko ingat tak budak yg jual LP tu? tak sekolah tapi english berabuk.kadangkala kita tak perlu pergi sekolah utk jadi pandai, kan?

    cambodia....

    ReplyDelete
  4. nasik ayam 3 ketoi x tahan btoii.....mmg mimpi laa nk dpt malaysia.......mmg susah hidup depa nii ,tringin nk tgk dgn mata kepala sndri......

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  5. yg aku jumpa masa onthe way gi SRP tu.. dorg dah kupas siap2 telur tu pastu ada sorg dlm bas kami tu borong 5 6bijik.. gila la.. kalau kentut dlm bas kami, memang bau telur habis la hahaha.

    Makkk oi ayam 3ketui.. kat sini boleh je 3ketui tp amik sendiri kekekek.

    ReplyDelete
  6. penjejak awan, betul tu, dalam mimpi ajelah hehehe.saya doakan hajat itu termakbul satu hari nanti..

    dekdaa, aku mula2 ingat derang makan telur masin.konon2nya nak jugaklah rasa tapi yelah benda tak ok hajat tu tak termakbul pun.bila tgk apa yang ada disebalik kulit telur tu, owhhhh syukurlah hajat tak termakbul, kalau tidak rugi je riel hehehe...

    yupp, ayam 3 ketui dan harganya pun berbaloi2

    ReplyDelete
  7. Aminn........

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  8. Salam Zilla,

    Kami pun baru balik dari Cambodia, dan kebetulan menginap di Velkommen Guesthouse depan backpackers hostel yang awak menginap tu... :) Tak perasan pulak ada kedai makan halal disitu, kami belasah Brahim je malam tu sebab dah penat sangat huhuhu... :)

    ReplyDelete
  9. wahh.. habis baca 5 entry... hihi.. menarik! tapi creepy laa entry yang u masuk bilik yang u cakap ada gamba kecil tampal kat dinding...

    ReplyDelete

Subscribe