Vietnam : Part V

Wednesday, February 22, 2012

Sambungan dari Part IV

Apa yang menariknya mengenai Hoi An ini? Pada saya tarikan utama adalah statusnya sebagai World Heritage Site yang diberikan oleh UNESCO pada tahun 1999. Untuk lebih mengenali town ini, boleh baca di sini -> Hoi An. Penduduknya majoriti adalah chinese jadinya makanan halal memang tiada langsung di sini. Terdapat sebuah restoran india di sini, jadinya jika dah terlalu terdesak bolehlah singgah di Ganesh Restaurant, Tran Hung Dao, Hoi An Old City. Owhh, tidak bermaksud kita boleh membelasah apa sahaja di sini tetapi sekurang-kurangnya bolehlah kalau nak ambil vege briyani, vege curry, capati atau pun roti nan. Untuk makluman, kami sempat berbual dengan salah seorang pekerja di sini, katanya lamb adalah halal tetapi ayam sebaliknya kerana ianya dibekalkan oleh penduduk tempatan. (Kalau di Da Nang memang ada sebuah restoran halal, boleh google untuk info).

Kami berbasikal sahaja mengelilingi old city. Kali pertama pusing, sesat. Sedar-sedar, ehhh dah depan hotel. 2nd time sesat lagi, terus tak jumpa jalan pulang hehehe. Pusing sana, pusing sini, bertanya sana-sini akhirnya berjaya juga tiba di hotel; sekurang-kurangnya bagus juga sesat ini boleh lihat tempat baru. Memang enjoy sangat-sangat dengan keadaan di sini. Kereta tak banyak, motorsikal dan basikal digunakan sepenuhnya di sini. 

Terdapat banyak museum di sini dengan bayaran tertantu (tak singgah mana-mana museum pun). Japanese Bridge pun kami tidak singgahi kerana tak larat. Asalnya nak pergi waktu malam sahaja tetapi mengenangkan keadaan yang sejuk giler err tak sangguplah. 

Layan gambar..














          

           

Ini sahajalah sebahagian daripada pengalaman berharga yang mampu saya share. Gambar-gambar yang ada ini skadar gambaran keadaan di sana. Pada sesiapa yang singgah ke Da Nang, lanjutkan aje percutian ke Hoi An, sure tidak akan menyesal.

*bersambung untuk hari terakhir (akhirnya..)

You Might Also Like

7 comments

  1. Pic kk hidup banget, mita slalu suka pic kk....

    ReplyDelete
  2. hui tomeynya coat2 tu.. rasa mcm nak rembat je hehe.

    Nasib sesat & jumpa di pangkal jln.
    Anyway.. ko dah nak abis cite pun.. aku day 2 pun tak abis2 lg hihi

    ReplyDelete
  3. Saya pernah ke Vietnam, tapi tak pernah tahu pasal Hoi An tu. Wajib pergi kalau kesana lagi ni. Terima kasih kerana berkongsi pengalaman, cantik gambar2 kamu tu ...

    ReplyDelete
  4. putri biru..terima kasih.saya tidak pandai snap pic sekadar suka2 (syok sendiri) bolehlah..

    *my sifu kata "senyum itu penting dan guna mata hati utk melihat sesuatu"

    dekdaa, kalau ko rajin google then ko akan dapat info Hoi An ini salah satu town pengeluar textile di vietnam,jadinya harganya agak murah compare to saigon..

    aku pun berkenan tapi apakan daya ongkosnya enggak ada..tak dapat beli, dapat snap pic pun jadilah hehehe

    Azizan Zolkapli, awk try google atau selak LP sure awk akan tahu terlalu byk tempat menarik di Vietnam. Area danang itu sendiri ada beberapa tempat menarik yang boleh dikunjungi...

    *terima kasih, biasa aje pic itu :)

    ReplyDelete
  5. saya pun baru pulang dari Hoi An. Sangat suka tempat tu! Ada peluang, nak pergi lagi sebab tak round sampai ke beach pun.

    ReplyDelete
  6. whooz,kan?Hoi An sangat cantik..owh beach..kami tak sempat p pun.kononnya nak ambil sunset tapi bila tgk cuaca yang kurang baik, mendung rasanya mustahil dapat lihat sunset so plan cancel hehehe

    ReplyDelete
  7. Zilla gmbr terbaik

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete

Subscribe