Jakarta : Part VI

Saturday, March 24, 2012

Jakarta : Part V

Tiba di jalan besar, saya terus bergerak ke arah kanan saya untuk mencari pintu masuk Istiqlal. Saya selusuri lorong penjalan kaki yang redup dengan pohon-pohon rendang. Saya tidak sendirian di sini kerana di kiri-kanan saya dipenuhi dengan penjual jalanan yang sedang beristirehat dan ada yang sedang bersiap sedia untuk memulakan operasi. Owhh, jangan bayangkan mereka ini mempunyai gerai tetapi barangan jualan diletakkan di atas troli kayu; mereka bergerak bersama-sama troli ini. Di hadapan saya kelihatan sepasang suami isteri (saya agak); si isteri sedang meraung kesakitan kerana dalam pada masa yang sama si suami sedang gigih mengurut pergelangan kaki si isteri (saya kira beliau terseliuh). Melolong-lolong "sakit..sakit" sambil menangis. Di sisi si isteri kelihatan pelbagai jenis minuman yang sedang menunggu masa untuk dijual. Owhh.. Bagus mereka ini, walaupun ingin mencari rezeki tidak sekali pun saya ditegur dan dipaksa untuk membeli barangan jualan mereka. Situasi yang sangat berbeza.
 
10 minit berjalan akhirnya saya tiba di perkarangan masjid. Tak sure boleh masuk atau pun tidak saya bertanya kepada guard yang ada. Beliau mempersilakan saya untuk masuk tetapi perlu meninggalkan sandal saya terlebih dahulu di kaunter berdekatan pintu masuk dan beg pula saya perlu letakkan di kaunter yang terletak di tingkat atas. Sempatlah saya berbual-bual dengan bapak yang menjaga kaunter. Beliau minta saya rakamkan gambarnya tetapi bila diusik oleh teman-temannya terus malu. Aduhhh!!hehehe. Penat melayan mereka berbual saya minta izin untuk ke ruangan solat. Mereka bertanya pada saya samada saya ada membawa telekung atau pun tidak; ya sudah tentu ada - tak wajar untuk menyusahkan mereka untuk mencari telekung buat saya. Menuju ke ruangan solat, saya ditegur kembali oleh guard yang ada. Katanya mereka tidak sampai hati melihatkan saya sendirian di situ. Salah seorang dari mereka ingin menemani saya tetapi saya tolak dengan baik. Ya, saya ingin bersendirian...




 
Rasa-rasanya boleh kira tak berapa tingkat?

Lama saya di sini, befikir dan memerhati (selebihnya tak perlulah saya ceritakan...). Akhirnya, saya ambil keputusan untuk bergerak keluar. Elok aje saya keluar dari ruangan solat, guard yang tadi ingin menemani saya muncul. Katanya sekali lagi dia tak sampai hati nak tinggalkan saya sendiri dan ingin membawa saya melihat kawasan masjid. Ya Allah, sangat terharu dengan kebaikan mereka ini. Jadinya, orang sudah berbudi kita perlu berbahasa. Saya terima dengan hati yang terbuka. Beliau membawa saya melihat beduk gergasi yang terletak di seberang ruangan solat. Fuhhh, sangat besar ok, saiz beduk tersebut lebih besar dari saiz saya hehehe. Beliau minta saya bergambar di sisi beduk itu, ya ikutkan ajelah hehehe. Seterusnya saya dibawa ke bahagian belakang beduk ini; ada kelas agama dan mengaji Al-Quran sedang berlangsung. Beliau ingin membawa saya masuk ke dalam kelas tetapi saya tolak dengan baik. Ya tak perlulah menganggu mereka yang sedang menuntut ilmu. Picture pun saya tak rakamkan kerana tidak mahu menimbulkan rasa ketidakselesaan kepada mereka. Sambil-sambil berjalan, kami bercerita mengenai hubungan Malaysia - Indonesia..Emm saya tak nak cerita mengenainya di sini. Di hujung sana menara masjid setinggi 30 tingkat sebagai simbolik 30 juzuk Al-Quran. Sayangnya saya tidak berpeluang untuk naik ke atas kerana berkunci. Tak apalah, apa yang ada saat itu pun dah lebih dari cukup. Kalau saya sendirian sure saya tak tahu mengenainya. Di sini, di ruangan yang ada dipenuhi oleh mereka-mereka yang sedang lena melepaskan lelah. Menurut beliau, mereka inilah perantau yang merantau ke Jakarta dengan niat untuk mengubah nasih hidup; mencari pekerjaan yang lebih baik tetapi sayangnya nasib mereka tidak sebaik yang diharapkan. Emm, bersyukurlah dengan apa yang kita ada saat ini kawan-kawan.

Beduk gergasi yang dimaksudkan.

Pusing-pusing sambil bercerita akhirnya kami kembali ke kaunter beg. Di situ cerita bersambung lagi. Mereka cadangkan kepada saya untuk singgah ke masjid tionghua yang terletak tidak jauh dari Istiqlal. Tetapi sayangnya saya tidak punya waktu untuk ke sana, I'Allah satu hari nanti kalau ada rezeki kembali ke Jakarta sure saya akan cari masjid tersebut. Saya lepak sebentar di luar masjid sambil layan choki-choki. Penat sangat-sangat saat ini. Check hp ada sms dari Mita, teman saya di Palembang memaklumkan kakak iparnya, Pipit ingin bertemu dengan saya di Plaza Semanggi jam 1.00 pm. Aduhh, di mana pula Plaza Semangi itu huhu.
 
               
Church ini terletak berhadapan dengan Masjid Istiqlal

 
Masjid Istiqlal, Jakarta

Saya belek map yang ada, emm memang jauh dari lokasi di mana saya berada. Saya ambil keputusan untuk kembali ke lorong di mana saya sesat tadi. Di situ, saya minta driver bajaj untuk menghantar saya ke sana tetapi dia cadangkan saya untuk menaiki busway aje. Lebih murah katanya dan bajaj beliau tidak mampu untuk membawa saya ke sana kerana jaraknya. Stesen terdekat adalah stesen Juanda, betul-betul berhadapan dengan saya dan saya perlu turun di stesen Harmoni untuk tukar bus menuju ke Blok M. Tambang adalah Rp3,000 (bayar sekali aje walaupun transit di pelbagai stesen). Waktu ini saya sudah sedikit risau apabila dimaklumkan Pipit telah pun tiba di Plaza Semanggi - tak enak rasanya membuatkan orang menunggu lama. 

Sayangnya, sudahlah terlewat saya pula sesat. Saya tanya pada petugas busway, katanya saya perlu turun di Blok M untuk ke Plaza Semanggi tapi rupa-rupanya info yang diberikan pada saya, salah sama sekali. Sudahlah jarak antara Blok M dan Semanggi agak jauh, jadinya rasa tidak enak tu memang menghantui saya. Sesat di Blok M, tak tahu bagaimana untuk mendapatkan semula busway. Bila ditanya pada local people masing-masing jawab tak tahu huhuhu. Jadinya, redah ajelah dan syukur berjaya juga saya. Saya perlu membayar Rp3,000 semula untuk menaiki bus ke Semanggi, selepas  5 stesen saya selamat tiba. Itu pun jenuh menapak di atas jejantas yang entah berapa km panjangnya; mengah saya ok. 

Alhamdulillah, selamat tiba di Semanggi dan selamat berjumpa dengan Pipit - comel orangnya hehehe. Terharulah sebab dia sanggup turun dari Krawang untuk bertemu dengan saya untuk membolehkan saya menyerahkan barangan untuk teman saya Palembang. Kami lepak di salah satu restoran yang ada (saya tak ambil kisah pun apa nama restorannya. Segan hehehe). Chit-chat dan kami bergerak menuju ke money changer. Di sini saya berkenalan dengan err (tak ingat nama) dari Kuwait. Beliau ingin ke Siem Reap selepas singgah di Jakarta dan Kuala Lumpur dan sempatlah saya memberikan sedikit tips mengenai SR padanya. Tapi tak syoknya, beliau berikan kepada saya sedikit rupiah sebagai tanda terima kasih. Kami sempat bertukar-tukar no phone dan fb, ya begitulah ceritanya huhuhu. Selepas itu saya dan Pipit terus menuju ke Gramedia (yeayyy,saya sudah punya list apa yang saya nak cari di sini). Akhirnya beberapa buah buku masuk ke dalam beg saya cuma sedikit frust ada yang saya cari sudah kehabisan stok huhuhu. Pipit hadiahkan pada saya VCD Sang Pemimpi dan sebuah buku Negeri 5 Menara. Alhamdulillah, terima kasih banyak-banyak buat kalian yang sanggup bersusah payah demi saya.

Pipit meneruskan destinasi ke airport dan saya perlu kembali ke hotel. So kembali ke stesen busway, dan kali ini saya turun di Monumen Nasional, Rp3,000. Aduhh, ingatkan dekat aje Monas dgn stesen ini rupanya giler jauh, berpeluh satu badan huhuhu. Menuju ke Monas atau sebenarnya saya ingin kembali ke Gambir Stesen, saya singgah membeli t-shirt buat family sebagai kenangan. Sehelai Rp20,000 (tak tahulah mahal ke murah tetapi kualiti kain agak bagus). Saya borong 7 helai tshirt, dapatlah kurang sedikit dari harga asal dan kembali ke Stesen Gambir. Di sini, saya kena tipu dengan 2 orang remaja sebaik sahaja saya berjaya melangkah dari pagar yang memisahkan antara Monas dan stesen Gambir. Mereka maklumkan pada saya mereka penjaga pagar itu dan perlu membayar Rp2,000. Malas nak panjangkan cerita sebab saya dah penat, saya hulurkan Rp5,000 tetapi bakinya cuma Rp2,000. Err, ok...

Saya selamat tiba di hostel by train. Rehat sekejap dan terus angkut beg. Ya, saya perlu bergegas untuk mengejar last bus ke airport. Kali ini dah takde daya untuk menapak ke train stesen, saya ambil bajaj sahaja dengan harga Rp15,000. Oklah, rupiah pun banyak lagi bakinya. Alhamdulillah, sempat pun kejar last bus. Jadinya, ke airport sahaja. Jalan pun tidak macet, 30 minit sahaja saya tiba di Terminal 2 dan mengambil shuttle bus ke Terminal 3. Ya, malam itu saya tidur di airport sahaja kerana flight saya jam 6.30am kot (entah dah lupa hehehe). Pengalaman pertama tidur di airport, saya sempat berkenalan dengan beberapa orang (muka mereka sebiji seperti ngamen yang saya kenali di Jogja cuma dalam versi yang lebih smart, aduhh!! hehehe) dan bertukar-tukar no phone dengan mereka. Salah satu dari pesanan dari mereka "jika sudah habis tawan tanah Jawa perlu panjangkan langkah ke Tanah Taroja pula..." Iya, I'Allah satu hari nanti..

Tidur di airport? Tak best pun. Udah ler angin bertiup agak kencang kerana hari ingin hujan, hati bertabah ajelah. Saya tidur di bangku berdekatan dengan kaunter teksi (sebab ramai orang di situ). Alhamdulillah, tiada apa-apa yang berlaku. Mereka jaga saya dengan baik (cewahh!!). Jam 3.00 am saya dikejutkan oleh mereka untuk daftar masuk dan settle segala urusan, saya sambung tidur- bangun aje suara terus bertukar rentak, sakit tekak huhuhu

Alhamdulillah, selamat tiba di tanahair. Banyak pengalaman baru yang saya perolehi dan yang paling penting saya dapat kenali potensi diri saya sendiri..Syukur..

You Might Also Like

11 comments

  1. alhamdulillah ... dan tahniah buat zila , ntah bilalah nak sampai Jakatra tak tau la..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih wa.tapi saya teringin pula nak ke India seperti wa hehehe

      Delete
  2. Assalamualaikum,
    Seronok baca posts tentang kembara saudari. Sangat teruja untuk turut mengembara solo, tapi keluarga tak izinkan.
    30 tingkat tu saya kira 30 juz, bukan 30 surah.

    - Jhan

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih Jhan utk teguran.tempohari tak sempat nak check sebelum publish, apa yg ada dlam kepala ne dok main taip aje hehehe..

      sebenarnya family saya pun tak pernah izinkan tetapi 2-3 hari sebelum p try slow talk dgn derang, Alhamdulillah.kiranya ini sebagai langkah permulaanlah, I'Allah

      Delete
  3. congrats zila. Berjaya kembara solo.. tak semua orang boleh buat. saya, walaupun teringin hmm tengok ajelah sbb 'big boss' tak bagi.. hehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha terima kasih niza.takut sgt2 sebenarnya tapi bila jejak kaki aje ke bumi asing, tgk penerimaan masyarakat setempat pun ok, Alhamdulillah ketakutan tu beransur2 mhilang sedikit demi sedikit.

      Delete
  4. Next time, if you visit here again, contact me! hehe coffee and lil chat about traveling will be great! :P

    ReplyDelete
  5. salam saya nak minta itinerary untuk jakarta boleh tak ?

    ReplyDelete
  6. hai salam dari indonesia, saya pikir anda cowok(lelaki), tapi selamat ya, jalan2 sendiri di jakarta, cewek (perempuan) lagi, salut saya :-) tapi jakarta emang aman kok, kalau takut jalan sendiri, siap duit agak banyak, naik taksi dah bisa kemana2 :-) tenang saja naik taksi di jakarta sangat-sangat aman, kalau ada taksi yang minta bayaran lebih dari argo (meteran) catat saja no taksinya, cukup sms ke no office teksi (biasanya tertulis di kaca pintu), pasti langsung sopirnya langsung kena punishment :-) bisa-bisa dipecat (dikeluarkan) gak bisa bawa teksi lagi :-)

    ReplyDelete
  7. hai salam dari indonesia, saya pikir anda cowok(lelaki), tapi selamat ya, jalan2 sendiri di jakarta, cewek (perempuan) lagi, salut saya :-) tapi jakarta emang aman kok, kalau takut jalan sendiri, siap duit agak banyak, naik taksi dah bisa kemana2 :-) tenang saja naik taksi di jakarta sangat-sangat aman, kalau ada taksi yang minta bayaran lebih dari argo (meteran) catat saja no taksinya, cukup sms ke no office teksi (biasanya tertulis di kaca pintu), pasti langsung sopirnya langsung kena punishment :-) bisa-bisa dipecat (dikeluarkan) gak bisa bawa teksi lagi :-)

    ReplyDelete

Subscribe