Jakarta : Part V

Friday, March 16, 2012


Hari terakhir saya di Jakarta kerana keesokan harinya saya akan berlepas pulang ke Kuala Lumpur seawal pagi. Apa lagi nak buat pada hari akhir saya ini? Ikut pada itinerary macam-macam tempat saya nak pergi tetapi masalahnya sekarang adalah masa. Malam sebelumnya saya ada google info mengenai Taman Mini Indonesia; teringin nak ke sana tetapi bila berbual dengan Rita, emm jaraknya memang jauh dari penginapan saya dan pengangkutan terbaik yang boleh saya ambil untuk mengelakkan masa dari terbuang di jalanan adalah dengan menaiki taxi. Tambang minimum sekitar Rp70,000 bergantung pada lalulintas. Uihh, banyak tu kalau return dah Rp140,000. Itu baru tambang, belum lagi bayaran masuk dan lain-lain bayaran yang dikenakan. So, cancel TMI. Saya cari pula info mengenai Pasar Senen - tempat yang menarik kalau nak snap picture. Masa terbaik adalah lewat malam, sekitar jam 1.00 - 2.00 am tetapi saya sendirian, tidak berani untuk berjalan sendirian selewat itu. Saya ambil keputusan untuk pergi siang harinya, konon. 

Sambil layan breakfast pagi itu saya try lagi cari info dan akhirnya saya ambil keputusan untuk ke Monas sahaja dan pusing-pusing kawasan sekitar. Settle breakfast, saya check out siap2, tinggalkan beg di situ dan terus bergerak ke stesen Cikini. Ya, masih setia dengan komuter. Tambang tetap Rp6,000 dan saya turun di stesen Gambir kerana Monas terletak bersebelahan dengannya. Sebelum itu saya singgah di stesen bas Damri untuk bertanyakan last bus ke bandara jam berapa - 7.30pm tetapi saya dinasihatkan untuk berada di situ 1/2jam awal. Bus settle, terus ke Monas. Masalahnya sekarang saya tak jumpa pintu masuk. Blur!!! Pandang keliling, terlihat penjaga parking so saya terus bergerak kepadanya. Katanya pintunya di depan saya sahaja. Hah???!! Saya sedar saya ne rabun tetapi takanlah sebab di depan saya hanya pagar menjulang tinggi. Dia minta saya lihat arah tangan kanannya di mana (aduhh, nak main2 la pula). Saya lihat, tapi tak nampak apa. Dia tetap minta saya lihat tgn kanannya, Ya Allah, rupa-rupanya bahagian bawah pagar tersebut telah pun dikopakkan. Jadinya saya perlu tunduk serendahnya untuk melepasi pagar itu untuk masuk ke dalam tanpa perlu mengelilingi kawasan tersebut untuk mencari pintu masuk. Oklah tu, buku lali saya ini pun masih sengal-sengal, tak mampu nak berjalan jauh. 

Yeahh, sekarang saya sudah pun berada di perkarangan Monas. Suasana pagi yang sangat meriah; ada yang berpicnic, ada yang sedang berjogging manakala dihujung sana ada perlawanan bola sepak antara anak-anak sekolah. Saya terus aje ke Monas, sekali lagi tak berjumpa pintu masuk (pintunya byk tapi semua berkunci). Kebetulan dihadapan saya ada petugas yang sedang membuat pemeriksaan, saya bertanyakan kepada mereka arah untuk memasuki Monas. Wahh nampak gayanya saya kena tawaf kawasan tersebut utk bertemu dengan pintu masuk. Lenggang kangkung ajelah, sambil menikmati keadaan sekeliling. Serius, walaupun saya sudah mengelilingi kawasan tersebut saya tetap tidak berjumpa pintu masuknya dan saya bertanya kepada local people rupa-rupanya pintu masuknya agak terseronok dan perlu melalui terowong untuk ke Monas. Seketika, akhirnya bertemu juga. Untuk memasuki Monas, bayaran sebanyak Rp2,500 dikenakan untuk setiap seorang dan tambahan Rp7,500 bagi mereka-mereka yang ingin naik ke pelantar peninjau untuk melihat pemandangan sekeliling. Saya ambil keputusan untuk naik ke pelantar peninjau setelah melihat keadaan yang agak lenggang kerana masih awal pagi dan saya tidak perlu beratur dalam masa yang lama. Apa yang saya lihat? Ya, saya lihat JAKARTA (takan KL pula, kan??)

Kalau nampak ini, sila cari anak tangga ke bawah untuk menuju ke terowong. Nak harap papan tanda arah dan sebagainya, jangan diharaplah huhuhu

                  

               
Setinggi 132 meter sebagai lambang kemerdekaan. Puncaknya itu (berbentuk seperti obor) disaluti lembaran emas seberat 50kg sebagai simbol kepada semangat perjuangan rakyat Indonesia.

    
Pemandangan di atas pelantar puncak di ketinggian 115 meter. Ada disediakan teropong dengan bayaran Rp2,000 untuk membolehkan kita melihat pemandangan sekeliling dengan lebih jelas.


Sebahagian pemandangan kota Jakarta dari menara.

15 minit saya di pelantar peninjau, saya ambil keputusan untuk turun setelah melihatkan jumlah pengunjung yang semakin memenuhi ruangan pelantar. Waktu ini, buku lali saya bertambah sakit hingga saya tak mampu untuk berjalan. Mujur tergerak hati nak bawa yoko2, so tenyehlah selagi boleh dikeliling buku lali saya. Sambil-sambil itu saya ambil kesempatan untuk merehatkan diri sebentar kerana selepas itu saya akan menuju ke Masjid Istiqlal dengan menapak sahaja. Apabila merasa kaki kembali ok, so perjalanan diteruskan. Sebelum menuju keluar saya pusing-pusing diruangan pameran - muzium untuk menghayati sejarah tetapi sayangnya kawasan tersebut dan barangan pameran 'bergelap'. Dah la saya ini rabun, spek tak bawa jadinya saya tak boleh nak baca apa info yang cuba disampaikan dan saya tak tahu apa yang mereka pamerkan. Sayangkan??

 
Ruangan pameran/muzium..awatlah lampunya sangat malap huhuhu

Malas nak berlama-lama, saya ambil keputusan keluar sahajalah. Kali ini saya berjaya menemukan pintu masuk yang sebenarnya untuk menuju ke masjid. Tengok dalam google map dekat aje. Tengok dari pelantar peninjau pun macam dekat bebenor tetapi hakikatnya terasa nak tanggal buku lali saya dengan sesatnya lagi; memang tercabar dibuatnya. Saya tak tahu jalan sebenarnya yang perlu saya ambil untuk ke masjid. Ikut aje kaki melangkah. Lorong yang saya ambil itu, cuma sesekali aje bajaj melaluinya. Sesekali ditegur oleh local people "hati-hati ya jalan sendirian". Bagusnya mereka ini. Hingga pertengahan perjalanan, apabila melihatkan keadaan yang sunyi, airmata dah menitis keluar. Baru terasa takut sangat2. Waktu inilah baru teringat family di rumah, apa-apa jadi...huhuhu. Hendak berpatah balik, saya dah tak larat sedangkan penghujung jalan tidak juga saya temui. Hati kata teruskan, jadinya dengan 1001 rasa saya ikut kata hati. Waktu ini, tawakal ajelah. Apa pun yang jadi, saya redha. Alhamdulillah, akhirnya saya bertemu dengan penghujung jalan. Waktu ini terasa nak melompat pun ada, sebab terlalu happy. Saya tak tahu nak gambar rasa yang bermukim dihati saat itu.

 
Jalan inilah yang saya ambil untuk menuju ke masjid -jgn ditanya jalan apa, saya tak tahu. Main belasah aje, ikut kata hati.

 
Inilah Masjid Istiqlal - masjid terbesar di Asia Tenggara


*bersambung...

You Might Also Like

6 comments

  1. pasti mbak zilla uda bisa ngomong bahasa indonesia kan?

    LOL

    =)

    ReplyDelete
  2. dulu pegi tak merasa naik kt atas tu...huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. owhh sayangnya..tapi takpe kira, itu boleh dijadikan alasan utk kembali ke sana hehehe

      Delete
  3. baguih btoi local depa nii siap pesan lg jln baik2........zilla depa perasan ka x hg nii org malaysia ......

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
  4. kali pertama ke Jakarta saya singgah tapi kal kedua tak sempat nak singgah..

    ReplyDelete

Subscribe