jangan berhenti melangkah..

Thursday, March 29, 2012

Berfikir dan terus berfikir – setelah kena bambu :D

Sampai bila nak hidup seperti ini? Harta tiada; suami dan anak-anak juga tiada (sendu pula mukadimahnya :D) Tetapi, ini tidak bermakna saya tidak bahagia dengan apa yang saya kecapi selama ini. Dulu, mungkin iya. Rasa cemburu dengan apa yang dimiliki oleh teman-teman tetapi bukankah itu bahagian mereka. Kenapa pula saya perlu cemburu?? Setiap kita ada bahagiannya yang tersendiri; terpulang pada diri masing-masing untuk menjadikan hari-hari mereka (kehidupan) menjadi bermakna atau sebaliknya. Kebahagiaan itu bukan satu perkara yang boleh diukur; terlalu subjektif. Perkara sama yang kita miliki kadangkala tidak mampu memberikan ‘cahaya’ yang sama kepada orang lain. Itulah namanya dugaan. Tetapi tidak mengapalah, selagi kita hidup di atas landasan yang sepatutnya, apa jua dugaan yang mendatangi kita, I’Allah akan mampu kita tangani. 

Harta berharga yang saya miliki saat ini adalah buku merah ini – passport (sapa2 yang pernah kehilangannya sure tahu bagaimana tak senangnya hidup kalian). Ada unsur riak? Tiadalah, takde bermaksud ke arah itu tetapi sekurang-kurangnya saya ada juga sesuatu yang boleh dijadikan bukti, hidup saya ini juga seperti orang lain (kebahagiaan) cuma dalam cara yang berbeza. Orang mungkin boleh berkata apa sahaja tetapi orang tidak tahu apa rasanya bila melihat stamp yang ada di setiap helaian buku merah itu. Setiap stamps memiliki keunikan dan ceritanya yang tersendiri. Walaupun tidaklah semeriah orang lain tetapi apa yang ada saat ini melahirkan satu kepuasan yang tidak mampu saya gambarkan.

Travel - semudah ABC? Siapa kata?
Travel pada saya bukan bergantung kepada berapa banyak negara atau tempat yang pernah kita lewati tetapi ianya lebih kepada berapa banyak pengalaman dan pengajaran yang berjaya dibawa pulang - juga bergantung kepada pendapat masing-masing dalam membuat penilaian. Inilah antara perkara yang tidak mampu diperolehi menerusi bilik darjah. Travel bukan berkaitan dengan keseronokan semata-mata tetapi sebenarnya ia berkaitan dengan diri kita sendiri – bagaimana kita bersikap (pinjam ayat Faiz) untuk melihat dan berhadapan dengan sesuatu perkara kerana apa jua tindakan yang akan/bakal/telah diambil kesannya akan kembali kepada diri kita sendiri tidak kiralah bagaimana corak perjalanan yang menjadi pilihan kita. Jika kita mengambil follow TA sekali pun, jika silap perhitungan mungkin perjalanan kita akan menjadi tidak lancar – supir buat hal, ditipu dan sebagainya. Begitu juga jika mengambil keputusan untuk bergerak sendiri (solo atau berkumpulan), kita perlu lebih teliti di dalam membuat keputusan. Oleh kerana itu, tiada alasan untuk mengatakan travel itu mudah. Perancangan sangat penting dan jangan sesekali malas untuk mencari info yang berkaitan – sekurang-kurangnya bila perjalanan kita tidak seperti yang dirancangkan kita tahu yang kita sudah mencuba sedaya-upaya dan selebihnya tuhan yang menentukan. Jadikan apa yang terjadi sebagai satu pengajaran..

Persepsi?
Mungkin ada dikalangan kita yang berpendapat travel  ke sana-sini merupakan satu pembaziran – baik menabung, betul tak? Persepsi masing-masing memang bukan mudah untuk dibuang, terpulanglah. Kalau dah katanya membazir, membazirlah jadinya. Ingat, apa yang kita bayangkan/fikirkan itulah yang akan kita perolehi. Mungkin apa yang kita nampak travel itu suatu pembaziran. Yelah, keluar duit beratus-ratus RM tetapi bila pulang ke rumah hanya dengan selonggok pakaian yang kotor. Itu belum cerita bab penat lagi, betul tak? Tang manalah yang seronoknya, kan? Tetapi cuba kita lihat dari sudut yang berbeza. Pakaian yang kotor itulah yang mewakili jerih perih kita. Kepenatan yang hadir terbayar dengan pengalaman yang sangat berharga. Percayalah, setiap dari kita walau travel di tempat yang sama tetapi pengalaman kita adalah berbeza kerana pemerhatian dan penilaian kita terhadap sesuatu perkara juga adalah berbeza. Inilah yang lebih berharga dari nilai sekeping wang kertas. Wang boleh bertukar tangan, harta boleh bertukar hak milik tetapi pengalaman akan kita bawa hingga ke akhir hayat. Setuju?? – tak setuju, sudah..

Siapa kata perlu ada duit berjuta baru boleh travel?
Tidak perlu wang berjuta. Pepatah ada menyebut ‘di mana ada kemahuan, di situ pasti ada jalannya’. Bermula dengan kemahuan, kerja keras (lebih sedikit) dan jadikan ianya sebagai kenyataan. Prinsip yang sama untuk menjalani kehidupan harian kita, betul tak? Kalau ada RM100 dalam poket, kita travel dengan gaya ’RM100’ tak payahlah nak bergaya lebih daripada itu. Macam yang saya katakan tadi, perancangan. Ada pelbagai cara untuk meminimumkan kos, risiko dan sebagainya. Persoalannya sekarang adakah kita bersedia atau pun tidak untuk keluar dari comfort zone. Kalau jawapannya ‘mampu/bersedia’, apa tunggu lagi ‘ayuhhhh!!’

Saya yakin pasti kita semua biasa mendengar mengenai ‘kos melepas’, bukan?. Untuk ‘melepas’kan sesuatu yang dah sebati dengan diri untuk perkara baru yang lebih menyeronokan (pada sayalah) ianya memerlukan pengorbanan. Kalau sebelum ini, saya boleh dikategorikan sebagai ‘kaki shopping’ tetapi sekarang tidak lagi. Baju kerja pun dah bertahun tak tukar hehehe. Ikat perut tu perkara biasa pada saya – tapi perut tetap juga naik hehehe.. Selalu sangatlah kedengaran di telinga saya ini ’nak makan takde duit, jalan2 ada pula duit’. Hanya senyuman separa ikhlas aje yang mampu saya berikan. Pengorbanan yang hampir-hampir membuatkan diri terkorban :D. Seriuslah, bila kita serius terhadap sesuatu perkara sure kita akan sanggup membuat apa sahaja agar apa yang kita inginkan akan menjadi kenyatan. Haih, serius ini handphone pun saya takde tau - daifnyalah huhuhu.

Manfaat?? Tang mana tu?? - haih, sila melihat sesuatu dengan mata hati.
Saya nak tanya, apa manfaatnya pakai blackberry? Kalau untuk return/receive call baik guna Nokia 3310 tu aje, betul tak? Hakikatnya blackberry itu mampu menawarkan sesuatu yang tidak mampu ditawarkan oleh 3310, setuju? Hah, begitu jugalah dengan travel. Balik kampung tu pun boleh dikategorikan sebagai travel tau hehehe. Owh, saya orang Kedah (bila masa pula jadi orang kedah?contoh aje ini hehehe). Next month, saya ingin travel ke Kelantan (sebagai contoh). Walaupun perjalanan ini di dalam negeri sahaja tetapi hakikatnya ianya tetap sebuah perjalanan. Apa yang membezakan kedua-dua negeri ini? Off courselah, perbezaan yang paling ketara bahasa, adat resam, makanan dan sebagainya. Cuba bayangkan kalau seumur hidup kita duduk di Kedah sahaja tanpa keluar ke tempat lain, apa yang kita perolehi hanya dalam lingkungan itu sahajalah. Boleh nampakkan apa yang saya cuba sampaikan?? Jadinya, tak payahlah nak sebut mengenai manfaat, bosan!!

Kesimpulannya (dah panjang sgt ini. Ini pun tak sure ada orang baca atau pun tidak tapi tak kisahlah asalkan saya dapat luahkan pendapat saya), siapa pun kita, apa pun destinasi kita, nikmati setiap langkah yang kita ambil dengan penuh kenikmatan dan kesyukuran. Kebahagian kita bukan terletak di tangan orang tetapi terletak di tangan kita sendiri. Travel lah selagi ada daya, pedulikan cakap-cakap orang, kutiplah dan bawa baliklah sebanyak mana pengalaman yang ada dan sharelah pengalaman tersebut dengan teman-teman...

*saya tujukan entry ini buat teman saya, Faiz Ezra...
*entry ini tiada kena-mengena dengan sesiapa, harap tiada siapa2 yang akan terasa...

You Might Also Like

23 comments

  1. kalo ko nak tahu
    aku byk hadapi dugaan sejak dari kecil
    semuanya dugaan yg amat perit..kompem ko pun akan sedih dgr
    sebenarnya allah tu nak uji kita samaada kita sabar atau tidak
    alhamdulillah..setiap kesabaran..pasti ada balasannya
    rezeki aku semakin murah

    bab travel plak..
    selagi kaki larat berjalan..melancong laa sepuas hati
    kereta dan rumah slow2 laa
    insya allah rezeki mmg ada
    selagi ko bersyukur dgn rezeki yg ada pada diri sendri

    ReplyDelete
    Replies
    1. ?masing2 ada sejarahnya yang tersendiri dan aku percayaan dugaan itulah yang menjadikan ko insan berjaya, betul tak?yupp betul tu, dugaan demi dugaan itu sebenarnya sebagai satu tanda kita masih lagi di dalam perhatian-Nya..

      sabar itu manis akhirnya, aku percaya tentang itu...

      sebenarnya entry ini bagi menjawab soalan2 pakcik yang seperti nama yang dinyatakan hehehe.aku setuju sgt dgn ko, selagi ada daya mohh melancong dan melancong sepuas hati..lain2, biar masa yang menentukan :)

      Delete
  2. salam sis

    cikguuu sangat setuju dengan pendapat ini,moga sis terus diberi rezeki dan kesihatan yang baik agar dapat terus menikmati dan menghayati keindahan alam ciptaan tuhan ni...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam cikgu!! :D

      terima kasih kerana bersetuju dengan saya dan terima kasih utk doanya.buat cikgu juga, jangan berhenti melangkah ye :)

      Delete
  3. Tulisan untuk teman di Palembang dinantikan ya ka ^_^

    ReplyDelete
    Replies
    1. Putri Biru, ya I'Allah. tunggu ada isu best baru saya tuliskan ;)

      Delete
  4. Make it simple..Org yang cakap travel itu membazir sebenarnya dia dengki sebab dia tak dapat pergi. Dia tidak pernah tahu yg bumi Allah ini maha luas, tidak terjangkau, sangat indah, sangat menginsafkan sekiranya dihayati..
    So untuk menyedapkan hati, dia pun buat andaian & tohmahan utk melemahkan semangat orang yg nak travel.
    Katakanlah jika diberi peluang utk travel yg disupport sepenuhnya, siapa orang bodoh yg akan menolak? Orang yg mengatakan travel itu membazir, mungkin akan menjadi antara orang pertama yang menawarkan diri.
    Sesungguhnya rezeki juga kebahagian yg diperolehi oleh setiap manusia sangat berbeza. Berusahalah sekiranya berkehendak. Pilihan ada pada diri sendiri..Tepuk dada tanya iman!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tersenyum saya membacanya..

      *Lain orang lain pendapatnya, itu sudah tentu :)

      Delete
  5. salam Cik Zila..silent reader nak bagi komen nih!hihi..ayat kat atas tu sama je kita. Sedih pulak rasa. sob sob...tapi tulah..lain orang lain pendapat. bab2 travel ni bagi orang yang dengki ni memng satu isu besar. siap boleh wat modal lagi nak kenakan kita. So far sy tak dapat byk peluang nak jadi traveller tegar tapi kalau dapat peluang tu memang syukur sangat2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam Cik Kentang :D
      Tak payah sedih2, selagi kita sedar apa yang kita lakukan, enjoy ajelah.Lantak p lah apa orang nak kata.betul tak? ;)

      Delete
  6. well said...semua org ada rezeki masing2..every time aku balik travel/dive trip mesti kena sound kaw-kaw punya..sbb tu aku malas nak bgtau org aku nk kemana-mana..dah balik baru la dorang tau..tu pun sbb ada org tag gambo/sun burn (kantoi la sun burn aku ni)

    skang ni ayat aku selalu kena sound, "dalam fb tu penuh gambar berjalan je...gambar diving jek"...(even aku dah lama sangat tak upload apa2 gambar..yg dlm fb aku tu semua org lain yg tag)...well aku pun jawab "abeh takde gambo anak nak tepek, takde gambo hubby nak upload..letak la gambo travel...ke ko nk tengok gambar aku posing2 syok sendiri??..even aku ni mmg la lawa kang ko ckp aku perasan lawa lak..hahaha"...*mereka terdiam*..ada yang jawab betul gak..*..

    namun hakikatnya,semua org ada cara hidup masing2...tapi mmg betul mereka jeles!..wahaha..kalao mereka ada peluang sure dorg pun nak berjalan kan..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha nak like 1000x..

      masalahnyakan, kalau tempek gambar anak nanti dikata orang 'macam dia sorang aje ada anak'. pendek kata, serba-serbilah tak kena..

      la ne,'masuk telinga kanan, keluar telinga keluar'.bila derang tgk kita takde respon, sure masing2 diam kaku tak terkata hehehe..

      Delete
    2. true yanti! nape aku x fikir nk jawab camtu...mana ade buayapren nak tayang cik senah! yg ado gambo den selam2..gambo den panjat2 je...

      Delete
  7. Melancong tak rugi sikit pun...
    Kalau ada duit lebih bole gi melancong jauh sikit..
    Kalau budget sikit melancong dekat2 je..negara jiran byk bole dijelajah..
    Saya suka pegi Indonesia..dah 8 kali pegi..suka jjcm..murah!
    Saya pakai blackberry sbb senang nak bbm..

    ReplyDelete
    Replies
    1. TK, jauh perjalanan luas pengalaman..

      *owhh saya tak mampu nak pakai BB huhuhu

      Delete
  8. ayah saya sendiri pernah mengutuk, katanya membazir wang aje pergi 'travel' sana sini huhuhu ...

    saya sekadar mendiamkan diri, malas nak berlawan cakap dengan beliau. tetapi jauh di lubuk hati saya berkata, pengalaman berkembara ke tempat orang lah yang mengubah carahidup & perspektif saya dalam memandang kehidupan. juga menabahkan saya dalam susah payahnya kehidupan ini ...

    biarlah yang lain mengutuk, yang penting sesen pun duit mereka tidak saya gunakan untuk membiayai perjalanan itu ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. pengalaman kita sama aje, Azizan.mungkin mereka tak nampak manfaatnya selain mengabiskan duit.tapi pada saya dari kita dok melepak tak tentu hala, buat perkara2 yang dilarang oleh agama baik kita berkelana untuk mencari pengalaman hidup.sekurang2nya ia dpt mengajar kita menjadi better person dari yang sebelumnya.cuma skrang saya lihat mak ayah saya sudah 'sedikit' menerima aktiviti saya ini - asalkan saya pulang ke rumah dalam keadaan yang baik2..

      mulut orang,kalau kita ganyang hingga luruh gigi pun mereka tetap akan mengata..biarlah mereka dgn pemikiran mereka itu...

      Delete
  9. Hi, silent reader gak...nak comment harini! haha... entry best.
    nak share pengalaman kalau tak keberatan lah.. tapi betul, travel opens up the inner you. memang kenal diri lebih baik...

    http://www.thebigsmallboy.com/2012/03/trippin-south-east-asia-singapore-part_29.html

    pengalaman selepas kena buang college. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi Rayyan..saya dah baca semuanya.takpelah, anggap ianya sebagai satu jalan untuk awak jadi better person ye.saya doakan awak.

      Delete
  10. 'like' sepenuhnya view anda di posting ini.. kalau ada kemahuan di situ ada jalan.. yes.. travel in budget slalunya lebih fun sebab kita akan appreciate setiap sen yg ada.. selalunya budget lari ke survenir and shopping la kan..

    ** by da way..just discover ur blog, kagum dan jeles dengan trip anda 'alone ke Jakarta' dan 'transjava' tu.. me baru start jatuh hati dengan indonesia.. dan pengalaman anda akan dijadikan sandaran for my future trip someday..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi dyldylah..
      yupp saya setuju sgt dengan pepatah itu.sedar tak satu perkara, kita menjadi lebih kedekut?setiap perkara yang ingin dibuat mesti akan terlintas di kepala 'dari beli ini-itu-ini, baik simpan duit utk travel' :D - sayalah ini, kalau orang lain tak surelah macam mana hehehe.

      owhh, transjava saya pergi dengan teman2, cuma jakarta aje sendirian, jadinya tak perlulah kagum dgn saya hehehe - setakat jakarta ajekan? ;)

      Delete

Subscribe