Trans Java 2012 : Part V (Day 4)

Thursday, May 17, 2012

01.05.2012 : Surabaya - Jogja

Transjava : Part IV

Hari terakhir di Jawa Barat.

Bangun dari tidur, badan memang sakit-sakit. Urat-urat di betis terasa tegang; jalan tak ubah macam anak ketam huhuhu. Pagi itu kami memang tiada apa-apa plan dan masa yang ada dihabiskan untuk berehat-rehat sahaja di bilik sambil melayan sinetron di televisyen. Sekitar jam 9.00am barulah kami mengambil keputusan menapak menuju ke Sparkling Hostel untuk menjemput Anhar. Sambil-sambil menunggu beliau bersiap, layan internet dan berbual kosong. Lama juga rupanya anak teruna bersiap hehehe.

Destinasi kami pagi itu, Pasar Genteng untuk mencari keropok udang dengan menaiki angkutan (Rp3,000/person). Pagi itu agak 'panas' kerana demo yang diadakan sempena sambutan Hari Buruh. Mujur keadaan terkawal jadi kami tidak perlu khuatir dengan kebarangkalian akan berlaku perkara-perkara yang tidak diingini. Tak panas pun montot, kami tiba di Genteng. Pusing-pusing kawasan sekitar untuk mencari money changer kerana kekurangan Rupiah dan akhirnya kami tiba di tempat yang ingin dituju.

Keropok udang berjaya dirembat (kirim pada tasyha untuk dibawa pulang), masing-masing menyuarakan keinginan untuk mencari FM pula. Mana nak cari? Jadinya, kami tahan aje teksi dan meminta pemandu taxi membawa kami ke tempat menjual ole-ole seperti FM dan sebagainya. Kami dibawa ke Mirota Batik dan Handicraft, Jl Sulewasi 24. Err dari luar nampak mahal, bila masuk oklah, harga boleh tahan (kot!). Oleh kerana saya ada 6 hari lagi yang perlu ditempuhi jadinya perlulah mengamalkan sikap berjimat-cermat. Hanya sekeping FM aje yang saya mampu beli (Rp15,000), itu pun hilang tak tahu di mana huhuhu. Semua dah berjaya menunaikan hajat masing-masing, kami kembali ke hotel di Jl. Kayoon untuk check out dengan menaiki angkutan (Rp5,000).

Agak kelam-kabut mengemas. Barang-barang yang tidak diperlukan lagi saya kirim pada Tasyha utk dibawa pulang (tq beb!!hehehe). Jam pun dah hampir mencecah 1.00pm, kami kembali menuju ke Sparkling Hostel untuk berjumpa Anhar. Di sini kami berpisah (sedih huhuhu); saya dan Anhar menuju Surabaya Gubeng train station manakala teman saya yang berdua itu kembali ke Kenango Hotel untuk menunggu ketibaan teksi yang akan membawa mereka ke bandara.

Nama penumpang memang akan tercatat di atas tiket. Tambang, Rp75,000 sahaja tetapi terbeli di kaunter agent jadi kena charge tambahan Rp10,000.

Tak jauh pun jarak antara hostel dan stesen, kami berjalan kaki aje ke sana. Ada sejam lagi sebelum ketibaan keretapi, saya singgah di mushola berdekatan. Mujur ada hero idaman Malaya, jadinya saya tinggalkan aje backpack padanya. Sekitar jam 2.30pm, kami bergerak menuju ke Line 6. Akhirnya dalam jam 3.05pm, train (Sancaka Sore) bergerak meninggalkan Surabaya dan menuju ke Jogja. Pilihan kami, bisnes class sahaja (Rp85,000) dengan perjalanan mengambil masa lebih kurang 5 jam dan dijangka tiba jam 7.45pm. Ini pengalaman pertama saya travel dengan jantina yang berlainan. Memang segan tetapi buat bodoh ajelah. Mujur teman saya itu pun bagus orangnya; Alhamdulillah, terasa selamat dengannya. Selesai makan, masing-masing membuterlah (apalagikan?). Sedar-sedar pun dah sampai di Solo dan kami ada lebih kurang sejam untuk tiba di Jogja.

Beginilah keadaannya di bisnes class.

Alhamdulillah, segalanya berjalan lancar kami tiba di Jogja sekitar jam 8.00pm. Oleh kerana masing-masing dah kepenatan, kami mengambil keputusan untuk terus ke Edu Hostel dengan menaiki becak tetapi harga yang ditawarkan agak mahal Rp40,000 walhal saya sudah mendapat info dari pihak hostel, harga paling maksimum adalah sekitar Rp15,000 sahaja. Kami bertukar pula kepada teksi, wahhh lagi mencekik darah. Jadinya, kami ambil keputusan untuk blah dari situ menuju Jl. Malioboro (lintas jalan aje, dah pun sampai). Emm nak ke mana ini? Call hostel, mereka bagi arahan untuk mencari lampu isyarat, tunggu lampu bertukar merah dan ambil kanan. Err arahan yang agak mengelirukan bagi kami sebabnya ada 2 lampu isyarat di situ. Call balik, derang pun ala-ala blurr dengan kedudukan kami. Haih, malas nak pening-pening kepala lagi (bahu pun dah sakit dok pikul beg yang berat), kami ambil keputusan untuk lepak sahaja di lesehan. Sekurang-kurangnya bolehlah dinner walaupun sebenarnya masih lagi kekenyangan. Saya sms Wawan Ardy, salah seorang ngamen yang ada disitu untuk memaklumkan ketibaan saya (mana tahu boleh lepak sama-sama), haihh dia busy pulak dah (tak koserlah nak menunggu). Malas nak menganggu, selesai makan kami terus menyelusuri Jl Malioboro berdasarkan map yang ada ditangan saya (tiba-tiba ajekan?bebenornya saya dah print dari awal lagi).

Dari Jl. Malioboro kami terus ke Jl. A. Yani berdekatan dengan post office (ikut map). Haih, jauh lagi tu nak tiba ke hostel. Nak ambil becak, tak nak; perasaan berbelah bagi. Akhirnya kami mengambil keputusan untuk berjalan sahaja hinggalah tiba di hadapan pintu gerbang Kauman Village, saya angkat bendera putih. Cukuplah tu, giler tak larat. So, Anhar carikan teksi dan terus ke Edu Hostel dengan harga Rp20,000 - dalam nak berjimat cermat tu pun terkena juga, walhal tak sampai pun 5 minit perjalanan kami tiba di Edu huhuhu.

Di Edu, kami berpisah di situ. Saya di level 2 (perempuan) manakala lelaki ditempatkan di level 3. Settle urusan di kaunter, sibuk pula mencari kedai dobi. Serius, saya sudah kehabisan pakaian bersih. Tercari-cari, ala semuanya dah tutup huhuhu. Frust!! Haih, ke bilik sahajalah; selesaikan perkara-perkara yang wajib terus bummmmmmm, tak sedarkan diri (sedar2, katil sebelah dah berisi..haih, tidur mati sungguh)

Beginilah keadaannya dorm di Edu Hostel. Next entry saya akan upload pics yang berkaitan (malas nak edit)

Sangat teruja dengan hari baru sebab inilah yang saya dok idam-idamkan...

Info Tambahan :
* Untuk info lanjut mengenai Edu Hostel, click sini -> EDU

* bersambung..

You Might Also Like

4 comments

  1. Wahhh...rayyan on stayed kat EduHostel, murah bersih and best! haha..teringat amazing race rayyan time nak kejar train gi bandung, selalu jalan2 kat malioboro cam dekat jer ngan eduhostel sekali haha...actually boleh jer jalan...time kat sana memang jalan jer memanjang.. rindu jogja!:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. yupp..walaupun lokasinya agak jauh sedikit dari malioboro, tetapi itu bukan masalah utama..kata backpacker, kan?hehehe..

      Delete
  2. aku sangat jeles dengan itu punye gambar (hahhhaa.. ayat tunggang langgang)..

    jum repeat lagi..lantak la orang nk cakp asik repeat tmpt same..yang penting, kite bahagia + enjoy+ amik gambo bebebyk..

    ReplyDelete
    Replies
    1. walaupun tonggang dan langgang, aku masih boleh faham hahaha...yukkk..sapa byk ckp, kita tenyeh dengan sambal belacan...oppps!!!hahaha

      *rembatlah wide lens, beb..baru syok nak tangkap gambo hehehe

      Delete

Subscribe