Trans Java 2012 : Part XI (Day 9)

Friday, June 01, 2012

06.05.2012 : Bandung - Kuala Lumpur (yeayyyy!!)


Finally, tiba masanya untuk pulang ke tanah air. 9 hari di tanah Jawa, masa seolah-olah terhenti, 9 hari saya rasakan seperti sebulan lamanya. Rindukan family, rindukan rumah, rindu dengan masakan di Malaysia; saya rindu kesemuanya. Dengan apa yang saya perolehi; saya tidak akan pernah serik untuk kembali ke Indonesia.
  
Hari ini juga saya perlu mengucapkan selamat tinggal kepada Anhar. Sedih!! waaaaaaaa!! (gedik ajekan?hahaha). Seawal 2.30am saya sudah pun terjaga gara-gara sms dari teman-teman saya. Nak tidur pun dah tak lalu, jadinya saya ambil keputusan untuk mengemas barangan saya yang bersepah giler di dalam almari. Sekitar jam 5.00am, terdengar panggilan dari Anhar. Dah nak berangkat teman saya itu. Flightnya sekitar jam 8.30am (kalau tak silap saya) manakala flight saya pula jam 2.00pm. Setelah menyerahkan airport tax dan barangannya yang berada di dalam simpanan, saya sambung balik mengemas barangan. Aduhh buntu; tak tahu nak kemas macam mana hahaha. Tiba-tiba backpack 55L, terasa kecik (walhal tak shopping apa pun). Saya tak hantar pun Anhar; sekadar mengintai dari tingkat atas. Bukan sombong atau apa tapi sedih. Sepanjang 9 hari bersama-sama dengannya; terlalu banyak yang kami share bersama, jadinya agak payah buat saya untuk melihat dia berangkat pergi (wahh giler poyo ayatnya hahaha - Anhar, tqvm for everything. Ada rezeki nanti kita travel sama-sama lagi, I'Allah).

Anhar dah pun berangkat, saya tak sure dia guna transport apa ke sana. Saya pula akan meneruskan agenda saya pagi itu; shopping bagi pihak tasyha. Sekitar jam 6.00am, after breakfast saya menapak menuju ke Kartika Sari yang terletak bersebelahan Hotel Unik, berdekatan stesen keretapi. 10 minit berjalan, saya tiba di Kartika Sari. 4 biji brownies saya belikan untuk tasyha sebelum saya kembali meneruskan perjalanan. Destinasi berikutnya pula, pasar baru tetapi hari masih awal sekitar jam 7.00am. Aduhh mau ke mana ini? Kedai-kedai di pasar baru beroperasi sekitar jam 9.00am. Nak kembali ke hostel atau pun tidak - tapi malaslah pulak. Takpelah, saya ambil keputusan untuk ke pasar baru aje. 

Saya tiba di pasar baru sekitar jam 8.00am. Aduhh kedai memang tak buka lagi. Nak ke mana ya? Pusing-pusing kawasan sekitar? Malas la pulak. Oklah, lepak ajelah di anak tangga sehingga kedai-kedai di situ beroperasi. Best memerhatikan gelagat orang. Sekitar 8.30am, kedai-kedai banyak yang dah buka. Malas nak buang masa, saya redah ajelah. This time nak cari inner kiriman teman saya itu. Pusing punya pusing emm innner yang saya cari memang tidak ada lagi di Bandung. Yang ada pun mahal giler, sekitar Rp55,000 sedangkan harga di Surabaya hanya sekitar Rp15,000 (kan tasyha? lupa lagilah...)

Misi untuk inner tidak berjaya.. Saya ambil keputusan untuk keluar dari pasar baru. Kali ini pula saya ingin memborong tudung obama kiriman adik saya pula. Menyelurusi sepanjang jalan mencari harga yang terbaik. Paling murah saya dapat Rp15,000/pc, itu pun setelah jenuh tawar-menawar. Saya beli 14 helai sahaja...

Satu pengalaman kurang ok apabila saya berhadapan dengan wang palsu. Dah nak terkena, nak buat macam manakan? Jadi hati-hati ajelah; jadikan pengalaman saya ini pengajaran bersama. Malam terakhir itu, Anhar telah membuat pengeluaran di mesin ATM di salah satu bank yang terdapat di Pascal Hyper Square. Duit itu akan digunakan untuk membeli barangan kiriman tasyha. Giler kentang, cuak giler ok. Rp150,000, banyak nilai tu. Saya hanya sedari waktu ingin membuat pembayaran. Derang kata itu duit palsu dan bila dibelek-belek ya banyak yang tak kena pada wang kertas itu. Mereka minta saya kembali ke bank pada hari Isnin untuk membuat report tetapi mana boleh, petang itukan saya sudah ingin kembali. Memang tak boleh nak buat apa, redha ajelah..

Oleh kerana ketandusan rupiah (duit yang ada ngam-ngam untuk airport tax dan makan untuk hari tersebut), saya ambil keputusan kembali sahaja ke hostel. Nak ke mana lagikan? Menapaklah saya kembali ke hostel. Barangan yang saya beli, saya kumpulkan dalam satu beg plastik. Maknanya sekarang saya ada 3 beg yang akan saya bawa bersama. Backpack 55L dan 20L (utk kamera) berserta satu beg plastik barangan shopping.

Sekitar jam 10.00am saya mengambil keputusan untuk ke bandara (airport) sahaja - dah tak tahu nak kemana. Saya suarakan keinginan saya kepada bapak Michael untuk beransur. Bapak cadangkan kepada saya untuk ambil taxi sahaja ke sana tetapi tidak mahulah. Saya nekad untuk menapak aje ke bandara - takut duit tak cukup. Jarak antara hostel ke bandara lebih kurang 10km. Oleh kerana hari masih awal, ya santai aje; kita nikmati pemandangan dengan seadanya - walaupun rasa macam nak patah tulang-temulang sebab pikul beg yang giler berat :D

Emm, satu pengalaman berharga yang saya dapat hari itu; kadangkala sesuatu yang tidak bernilai/tidak membawa erti pada kita sebenarnya amat bernilai/bererti pada orang lain. Saya share di sini bukan bermaksud untuk mengambarkan saya ini seorang yang baik atau sebagainya (saya sedar diri saya bagaimana) tetapi niat saya agar ianya mampu dijadikan pengajaran bersama.

Ok, pagi itu sebelum saya berangkat ke Kartika Sari saya sudah mengasingkan semua syiling rupiah (Rp100, Rp500, Rp1000) dan meletakkannya di dalam poket seluar saya. Niat saya ingin disedekahkan kepada mereka-mereka yang berkenaan yang mungkin saya temui. Dipertengahan perjalanan, dihadapan saya kelihatan seorang tua (saya kira umurnya sekitar 50an kot, entah) sedang terencot-encot berjalan; kaki kanannya tidak berfungsi - seolah-olah diheretkan kakinya itu. Di bahu kanan, beliau memikul guni kosong manakala di tangan kiri, beliau memegang sebatang besi yang nipis - saya kira digunakan untuk mengambil tin kosong. Saya sentuh poket saya, masih berat. Saya berlari melepasinya dan 'pakkk, sebentar', dengan muka yang penuh tanda tanya beliau berhenti dan memandang saya. Saya kaut semua syiling yang ada dan saya letakkan dalam genggamannya, terus saya berlalu pergi kerana tak sanggup melihat reaksinya. Agak jauh, saya berpaling padanya dan dia menghadiahkan satu senyuman buat saya sambil mengangguk-anggukkan kepala; air mukanya seolah happy sgt2. Saya terpaku dan terus terduduk di situ sambil menangis. Ya mungkin saya agak sensitif, tetapi yang membuatkan saya menangis adalah gelagatnya.  Berapalah sangat nilai syiling itukan? Jika ditukar sekitar RM4/RM5 sahaja - apalah saja barangan yang bisa saya perolehi dengan nilai sebanyak itu....Emmm.....

Apabila emosi saya kembali ok, saya teruskan menapak dan singgah di McD, Istana Plaza untuk berehat seketika. 1/2 jam saya di situ mengisi perut dan melepaskan lelah sebelum perjalanan diteruskan semula. Akhirnya, saya tiba di bandara sekitar jam 12.00pm.. Alhamdulillah, walaupun terasa macam nak pengsan kepenatan saya selamat juga tiba. Kaunter AA masih lagi ditutup, saya ambil masa untuk menenangkan semula diri. Saat ini, saya seluk kocek saya, tahu apa yang saya jumpa?? Wang kertas Rp100,000. Mana datangnya?? Ya, saya tahu saya ada menukar RM50 di money changer pasar baru tetapi rasanya saya sudah gunakan untuk membeli tudung kiriman adik saya.  Alhamdulillah, tak kisahlah dari mana datangnya. Jadinya, wang itu digunakan untuk membeli hot coffee bagi menggalas perut saya ini.

Sekitar jam 2.00pm, akhirnya saya kembali 'terbang' di udara. Haih, pengalaman ngeri la pulak. Waktu ini cuaca agak kurang baik, jadinya sepanjang perjalanan itu saya hanya terbayangkan MATI. Saat ini jugalah teringatkan mak dan ayah, teringatkan dosa-dosa silam saya. Penumpang di belakang saya dah terjerit-jerit ketakutan; menambahkan kengerian di hati saya. Ya Allah, tiba-tiba rasa macam nak stop travel - tak nak dah naik kapal terbang (saat tu ajelah, la ne rasa gian la pulak nak naik kapal terbang hahaha). Hampir 2 jam berada di dalam keadaan yang mengerikan, akhirnya kedengaran pengumuman mendarat di LCCT, Kuala Lumpur, Malaysia negara ku yang tercinta (cewahh). Syukur, semuanya selamat.

Akhirnya setelah 9 hari di bumi asing, saya selamat tiba di rumah sekitar jam 8.00pm. Perjalanan yang sangat melelahkan tetapi penuh dengan pengalaman. Alhamdulillah...

*airport tax Bandung, Rp75,000
**hari terakhir memang takde photo, camera sudah selamat disimpan dalam beg...
****coming soon, I'Allah akan berkelana ke Lombok pula...

You Might Also Like

4 comments

  1. Kalau ke Lombok, kabari Evi ya. Kita berangkat bersama-sama :)

    ReplyDelete
  2. :') terharula baca ur posting ni Zilla.. lebih-lebih lagi part pakcik tua tu..huu. nak pergi Lombok pulak ye? bestnya.. tu pun dlm my wish-list, insyaAllah kalau ada masa dan rezeki nak jejakkan kaki jugak ke sana :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. I'allah ET kalau ada rezeki.saya follow geng dari sberang sebab takut nak bersendirian ke sana hehehe. Bila2 nak p, bgthlah..mana tahu bisa bergabung ;)

      Delete

Subscribe