FRIM Kepong : Canopy Walkway
Monday, July 09, 2012
"Baik tak payah update kalau tahapapa..nampak sangat takde idea...buat penat aje ambil gambar daunlah..itulah..inilah...." hahaha, ketawa saya mendengar ~ terima kasih beb sebab menegur. Last week memang otak blank ~ konon nak buang sawang alih-alih terkena :D
Frim - plan mengejut datangnya dari tasyha dan shahrul. Orang dah pelawa, follow ajelah. Lebih-lebih lagi bila derang kata nak naik canopy walk, issh mana boleh tolak. Walaupun saya rasa saya ne tidak dalam kategori gayat (yeke?) nak jugalah uji diri sendiri (manalah tahukan?). Malam tu saya lepak rumah tasyha sebab kami akan bertolak awal ke Frim. Biasalah kitaorang kalau berjumpa, ada sahaja rencananya. Kami singgah di Subang untuk makan ketam (yang sedap giler ~ terbayang2 keenakannya), layan LOTR di astro sebelum membuter sekitar jam 2.00am.
Esoknya, bangun seawal jam 6.15am; solat dan bersiap. Sekitar jam 8.++ kami berangkat menuju ke PJ untuk mengambil Shahrul dan terus bergerak menuju ke Frim. Bayaran masuk RM2 (+RM1 untuk parking) dikenakan. Emm, kami terus menuju ke kawasan parking berdekatan dengan masjid kerana perjalanan untuk ke canopy walkway akan bermula dari situ. Yang menjadi masalahnya sekarang adalah untuk membeli tiket masuk ke canopy itu sendiri yang perlu diperolehi di Frim One-Stop Center. Tiada sebarang signboard yang menunjukkan di mana letaknya One-Stop Center ini; berpusing-pusinglah kami mencari huhuhu (tak surelah sememangnya kami yang terlepas pandang atau bagaimana :P).
RM5/person dikenakan untuk canopy walkway dan kita perlu mendaftar berapa person yang akan turut serta. Waktu operasinya adalah bermula jam 9.30am hingga 2.30pm dan bergantung juga kepada cuaca (boleh check website frim untuk info lebih detail). Tiket dah ada, kita sarapan terlebih dahulu - nasi lemak ayam sedap giler yang kami beli di gerai berdekatan rumah Shahrul. Perut dah kenyang dan badan kembali bertenaga jadinya perjalanan pun bermula melalui rover track hampir 1km sebelum tiba di canopy walk trail.
sumber : frim
Santai ajelah berjalan sambil bergelak ketawa. Rover track ini memang tak mencabar pun - landai aje. Sangat bagus kalau nak jogging dan sebagainya di sini. Cabaran bermula bila melalui canopy walk trail kerana kita perlu mendaki anak-anak tangga yang disediakan - jarak sekitar 1/2km. Mengah jugalah dibuatnya sebelum tiba di canopy walkway. Di sini, tiket akan diperiksa - hanya yang mempunyai tiket sahaja yang dibenarkan melaluinya.
Canopy walkway
Yeahh, cabaran bermula sepanjang 150m dan berketinggian 30m dari aras tanah. Err gayat jugalah :D
Perlu ada jarak di antara satu sama lain.
Ku lihat.....hijau.....
Oleh kerana cuaca berjerebu, pemandangan agak terhad. Patutnya boleh nampak pemandangan sekitar Kuala Lumpur dari sini.
Sangat hebat - apa pun tak takut ~ jeles....
Turun dari canopy walkway, kami ambil keputusan untuk ke air terjun ~ kononnya nak berendam tapi takde maknanyalah hehehe. Giler jauh menapak kerana air terjun ini terletak berdekatan dengan masjid frim; maksudnya kami perlu kembali ke titik permulaan.
Rover track menuju ke air terjun. Best tempat ne, kalau buat wedding photog kat sini memang mantaplah...
Kami lepak di sini - err tak tahulah apa nama tempatnya. Cantik dan terjaga kebersihannya. Lama kami lepak di sini hinggalah secara tiba-tiba datang segrombolan anjing (4 ekor aje pun); tak boleh blah terus angkat kaki.
Kami tiba di air terjun tapi tak turun pun ke air. Terus ke cafe berdekatan untuk makan (baki nasi lemak paginya) dan melepaskan lelah. Macam-macam agenda dirancang tetapi kami ambil keputusan untuk ke Kg Jenderam Hilir, Bangi untuk makan durian (lokasi wajib ini untuk makan durian best dan fresh). Dalam tak berapa nak sihat, kami pulun durian sampai lebam sebelum berangkat pulang ke rumah. Yeayyy!!!
Info
Bayaran masuk (FRIM) : RM3.00 (RM2.00 + RM1.00 - parking))
Canopy Walk : RM5.00
Waktu Operasi (CW) : 9.30am - 2.30pm
*sebahagian gambar ini dirakam oleh tasyha..tqvm beb :)
*sebahagian gambar ini dirakam oleh tasyha..tqvm beb :)
9 comments
I've been here, but I not done that..:-)
ReplyDeletesebab: saya pernah naik canopy walkway terpanjang di asia iaitu di Kulim haha *riak*
takdelah..masa kami pergi tu ramai sangat orang sebab weekend. kitaorang jalan-jalan iku trek dia..tengok2 dah 5KM jalan..
bolehlah tahan riadah kat sini..
Ayat buat aku gelak:,
ReplyDelete" ko pegang die..jangan bagi die kacau + goyang jambatan ni".. (sambil jerit dari jauh).. kekkkekke
kelakar weeeehhh.. hahhahhaa..
Selalu buat family day kat FRIM sebabnya dulu FRIM under kementerian aku.
ReplyDeleteSelalu gak gi sendiri2, hiking sampai berpeluh ketiyak kekeke.
dzuchan, owhh saya tak tahu pun wujud benda ne kat kulim..i tot di taman negara yang terpanjng, tapi bukan ekkk???
ReplyDeletetasyha, grrrr...ayat sapalah tu yek??hihihihi
dekda, frim under kementrian apa ekkk?sungguh tak tahu ne..tempat ne best tapi luas sgt, tak mampu nak tawaf semuanya hehehe
apa nama tempat makan durian kat jenderam hilir tu? boleh share tak, nak makan kat sana. hehe
ReplyDeletetakde namala wak...gerainya memang dipinggir jalan..kita org main berhenti je huhuhu
Deletetakde namala wak...gerainya memang dipinggir jalan..kita org main berhenti je huhuhu
Deletewahhhh bezz nyaaa ...
ReplyDeletesy baru nak pigi ujung minggu ni
ayaq terjun tu besaq ka ....?
agak2 dalam x macam kt swiming pool ?
sy suka mandi manda ni ...wiiihuuuu !!!
oh ye... ada masa singgah singgah kt website sy baru buat
memang ada kelam kabut sket hihi
jgn lupa bg coment sket kritikan membina kukikikiki (^_^)
http://ashafeeqnetwork.com.my
saya nak tanya berapa lama ya mendaki satu jam ke ?
ReplyDelete