Lombok Ceria : Part IV

Wednesday, August 01, 2012

16/07/2012 : Sengigi - Bangsal - Gili 3 beradik (Trawangan, Meno, Air)

Lombok Ceria : Part III

Jam 4.30am, dah pun terjaga terus mandi sebab takut takde air pagi tu hehehe (belajar dari pada pengalaman malamnya). Hari ini kami akan bergerak menuju ke Gili Trawangan. Breakfast terlebih dahulu di hotel; menu teh panas dan lempeng manis. Perut dah kenyang, check out dan menantikan ketibaan supir yang akan membawa kami ke Bangsal. Sewa mobil untuk hari ini, Rp200,000. Kami singgah terlebih dahulu di pantai Senggigi sebelum perjalanan dilanjutkan.

Pemandangan di pekan Senggigi. Sunyi dan sepi. Malam hari pun begitu juga. Untuk makluman, terdapat Damri bus yang menghubungkan bandara dengan Senggigi ini dengan tambang sekitar Rp25,000. Di sini ramai penjual mutiara; siapa peminat mutiara memang di sinilah tempatnya.

Kami masuk ke pantai Senggigi dari Senggigi Beach Hotel. Hotel yang sangat sesuai untuk ber'hunny-bunny' moon (honeymoon) - berangan ajelah nak duduk di sini; taraf tak sesuai dengan poket. Suasana di pantai waktu kedatangan kami, agak tenang dan santai - mungkin kerana masih awal pagi.

 Senggigi Beach Hotel.

Pantai Senggigi berlatar belakangkan Gunung Agung, Bali.

 
Antara gambar fav (tak kisahlah org kata syok sendiri pun)..

View sepanjang perjalanan menuju Bangsal sangat menakjubkan dengan cuaca yang teramat baik pagi itu.

Kami singgah di salah satu view point di Malimbu. Keindahan yang sangat mempesonakan boleh disaksikan di sini. Di hadapan mata, kelihatan puncak Gunung Agung yang menggugat jiwa, nun di sana pula jelas kelihatan Gili 3 beradik (Trawangan, Meno dan Air) yang akan kami tujui sebentar lagi. 

Gunung Agung dari Malimbu. 


Pantai Malimbu.

Sekitar jam 11.00am, kami diturunkan di parking lot, Pemenang (kalau tak silap saya nama tempatnya). Dari situ kami perlu menapak sekitar 500m untuk tiba ke Pelabuhan Bangsal. Awalnya memang mahu berjalan kaki tetapi bila dioffer oleh pemandu (err macam tak sesuai aje menggunakan perkataan ini huhuhu) cidomo dengan harga Rp3,000/person; masing-masing terus setuju :D. Pengalaman pertama menaiki cidomo, menarik hehehe. Tiba di Bangsal, kami terus menuju ke loket untuk membeli tiket boat ke Gili Trawangan dengan harga Rp12,500. Kebetulan waktu itu boat sudah pun ingin bertolak jadinya tak perlulah membuang masa untuk menunggu boat penuh terlebih dahulu. Bangsal - Gili Trawangan pula mengambil masa sekitar 45 minit.

Inilah cidomo. Pilihan yang ada, berjalan kaki atau menaiki cidomo ke Bangsal kerana kenderaan lainnya tidak dibenarkan memasuki pelabuhan.

Tambang boat jelas dipaparkan di white board..
Pemandangan di pelabuhan. Busy dengan pelbagai kegiatan.

Beginilah keadaannya di dalam perahu. Bukan sahaja penuh dengan penumpang tetapi juga diisi dengan pelbagai barangan kerana inilah pengangkutan utama yang menghubungkan tanah besar dan pulau-pulau yang ada disekitarnya.



*bersambung untuk Gili

You Might Also Like

13 comments

  1. x sangka lombok nii cantik...yg duk tau baca dlm paper lombok ni tmpt yg miskin dan org dia lari ank dara org,mmg duk byg pala hotak mmg x best laaa.......skali tgk entri lombok zilla fuhhhh gila lawa

    PENJEJAK AWAN

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehehe..persepsi awl saya pun macam tu juga.bila sebut 'Lombok' err seram tetapi bila dah pergi isshhh meleset terus persepsi yang ada.syukur semuanya selamat PA..

      Delete
  2. cantik sungguh Lombok ni. nak pegi la nanti. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya mudah2an impian tercapai satu hari nanti :)

      Delete
  3. Eh, saya suka laa gambar favourite tu, walaupun mmg nampak mcm syok sendiri...ok what! Lagipun bile lagi kite syok diri sendiri kan!

    ReplyDelete
  4. First time tau pasal Gili masa baca novel karya Lintang Sugianto. Mmg cantik seperti yg digambarkan dlm novel. :-)

    ReplyDelete
  5. Cantiknya la gambar2 u...suka smua gmbar..awesome!
    Lombok ni mg femes all over d world...
    One day i nak pegi lombok...indonesia mmg cantik sbb byk gunung berapi..tanah pun subur. Every year we all mmg wajib g indon. Kalau x pegi rasa rindu...

    ReplyDelete
  6. biar betul ni lombok? macam tak percaya jer...cantik gile!

    ReplyDelete
  7. nil, yupp bila lagi nak puji diri sendiri, betul tak??


    Niza, haih buku lagi??harus saya carilah ini...


    TK, tq..tapi tak semua tempat ada penghuninya wpun view sgt superb..mungkin faktor jarak dan transport memainkan peranan..tetapi saya suka keadaan sperti itu..at least kecantikannya akan terus terpelihara. saya juga suka ke indon tetapi tidaklah sampai tahap rindu dendam :D

    Orga,yupp percayalah itu memang Lombok! :)

    ReplyDelete
  8. Saya banyak baca di tripadvisor yg di Bangsal ni mcm banyak orang yg cuba con harga. Is it true? Adakah mudah to get confused yg mana satu counter yg betul. Do you remember the first boat out punya time? Thank you

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betullah tu apa yg dibaca..so kenalah hati2 sebelum terkena..nak selamat mmg kena p kaunter/loket terus.jgn layan ulat2 yg cuba mengekor saat mula memasuki bangsal...timetable x ingatlah..dah lama sgt hehehe..setahu saya awal pagi dah ada maybe blh google mengenainya..

      kalau ramai dan ambik supir minta pak supir arrange kan private boat..lebih mudah begitu..takdelah perlu berasak mcm sardin dlm bot menuju gili..

      Delete

Subscribe