Lombok Ceria : Part VII

Wednesday, August 15, 2012

18.07.2012 : Gili Trawangan - Mataram - Bali

Lombok Ceria : Part VI

Pagi ini kami harus mengucapkan selamat tinggal kepada Gili Trawangan dan kembali ke Bali malam harinya. Kami perlu mengejar 1st boat ke Pelabuhan Bangsal yang dijangka bertolak sekitar jam 7.30am atau paling tepatnya hingga boat penuh - kami agak bernasib baik kerana boat bergerak sekitar jam 7.45am dengan tambang Rp10,000. Perjalanan yang agak mencabar pun bermula (pada sayalah).

Hujan pagi itu (tetapi tidak di Gili Trawangan) dan keadaan laut agak sedikit bergelora. Seriau melihatkan keadaan boat yang agak 'kelong' - terumbang-ambing  meredah keadaan laut yang kurang bagus. Dengan muatan yang penuh dan ketiadaan life jacket (ada tetapi disimpan dalam box), saya agak cuak moga perjalanan kami pagi itu dilindungi-Nya.  Saya bersyukur sangat-sangat saat boat menghampiri Bangsal; Alhamdulillah. Dari Bangsal kami menaiki cidomo (Rp15,000/cidomo) untuk ke parking lot bagi mendapatkan supir. Destinasi kami pagi itu adalah ke air terjun Sendang Gila @ Singanggila yang terletak di kaki gunung Rinjani melalui route Senaru.

Singanggila water fall.

Bayaran masuk untuk Sendang Gila Rp5,000/person dan perlu menapak sekitar 20 minit menuruni anak-anak tangga. Sayangnya pagi itu cuaca kurang memberangsangkan, hujan, sejuk!! Sebentar sahajalah kat Sendang Gila sebelum Coco memberi cadangan untuk ke Tiu Kelep dengan harga untuk guide sebanyak Rp50,000. Emm, cantik sangatlah tu sebab harga tu dah kira murah tetapi tunggu punya tunggu dan tunggu, guidenya tak muncul-muncul. Akhirnya Coco memberi cadangan untuk redah sahaja mengikut trek yang telah sedia ada. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 minit dari Sendang Gila. Lama kami bersantai di situ, lencun jangan ceritalah. So pada siapa-siapa yang mahu singgah di sini, make sure bawa baju hujan ya ;)

Sesat saat ini. Harusnya tak perlu menempuhi batu-batuan besar tetapi ya udah; sesekali begini bagus juga hehehe.

Berketinggian 42 meter yang bermaksud 'kolam terbang' - tiu bermaksud kolam manakala kelep bermaksud terbang. Mitos menyebut, sesiapa yang bermandi-manda di sini, ianya akan awet muda - ala ruginya hehehe

Perjalanan diteruskan kembali menuju ke Mataram. Kami singgah di lesehan Nada untuk mencuba ayam kaliwang (wajib try kalau ke Lombok). Ayamnya seperti ayam bakar jugalah, cuma terdapat pilihan bumbu/rasa yang kita boleh pilih (lihat sahaja pada menu yang diberikan); satu set berharga Rp45,000. Perut dah kenyang, kami meneruskan semula perjalanan menuju ibu kota Mataram - bukan buat apa pun, teman saya ingin mencari pearl untuk dijadikan ole-ole. Sebentuk cincin bertukar tangan dan akhirnya kami meneruskan perjalanan menuju ke Pelabuhan Lembar untuk kembali ke Bali.




Hah, kalau sebelum ini tiket feri Padang Bai - Lembar berharga Rp36,000 tetapi tambang kali ini Lembar - Padang Bai cuma berharga Rp3,000 hahaha! Mana taknya, kami bayar tambang bukan di loket tetapi kami terus menuju ke feri dan main hulur aje duit. Sekali lagi kami mengambil sebuah bilik untuk merehatkan diri dan jeng-jeng-jeng; mimpi ngeri buat kami semua.

Saya tak tahu bagaimana keadaan laut waktu itu tetapi keadaannya seperti bergelora (dah malam, tak nampak apa pun saat ini). Feri yang kami naiki terumbang-ambing dan kadangkala terasa seperti mahu terbalik sahaja keadaannya. Ubat mabuk yang kami telan langsung tak mendatangkan kesan. Bunyi diluar bilik, haih uwekkkk, uwekkkkk!! Ramai giler yang muntah malam itu termasuklah saya dan bukan itu sahaja dugaannya; saya tersungkur mencium lantai kerana hilang keseimbangan. Teman-teman di bilik saat ini dan saya bersendirian kerana perlu menghirup udara luar akibat mabuk saya ini.  Mujur saat itu ada 2 orang pakcik datang dan menyelamatkan saya kalau tidak, tak tahulah apa akan jadi pada saya.  Fobia? Mungkin tetapi saya anggap ini sebagai satu pengalaman berharga buat saya.

Apabila keadaan diri kembali ok, saya kembali ke bilik. Teman-teman saya melepek (lembik) di situ. Takut; memang sangat takut dengan keadaan laut saat itu. Akhirnya, Coco datang memberi cadangan untuk lepak di Executive Room. Di situ; berbaring sahaja di atas bangku dan akhirnya saya mampu melelapkan mata seketika hinggalah tiba-tiba siren berbunyi dengan nyaring. Ya Allah, apa pula kali ini? Ada 2-3 orang penumpang mencari dan berusaha mendapatkan life jacket dan yang lain-lain lebih kepada tercengang kerana dikejutkan dari tidur. Akhirnya, pengumuman dibuat kami sedang menghampiri Padang Bai; syukur tak terhingga saat ini. Ya, kami berjaya tiba di Padang Bai dalam masa 3 jam sahaja.

Sekitar jam 12.00am kami menuju ke Kuta untuk menginap di Arya Hotel dan Spa secara percuma. Syukur dan terima kasih buat teman saya itu (biarlah saya rahsiakan namanya). Tak pernah termipi dalam hidup saya untuk menginap di hotel bertaraf berbintang-bintang seperti ini secara percuma. Malam yang panjang. Sekitar jam 3.00am baru berusaha merehatkan diri...Syukur sekali lagi, semuanya selamat.

 Arya Hotel dan Spa - tak berpenah bermimpi untuk bermalam di hotel mewah seperti ini.

*bersambung di hari baru dengan adegan pergaduhan dengan calo di Terminal Bus Denpasar, pengalaman ngeri di dalam feri dari Gilimanuk - Ketapang dan penginapan murah giler di Jember.

You Might Also Like

8 comments

  1. MasyaAllah, waterfall tue 42m high? Saya masih bayangkan waktu atas kapal tue. But you are the lucky one since sampai je, terus dapat accommodation yg super selesa. :D

    ReplyDelete
  2. Zara, waterfall ini bertingkat-tingkat..ketinggiannya saya google sahaja, kalau salah maknanya salahlah info saya ini hehehe..

    yup, agak lucky coz memang takde plan pun bermalam di Bali.waktu teman2 minta cadangan, saya cuma cadangan lepak sahaja di kuta beach hingga cerah hehehe

    ReplyDelete
  3. bestnye bace semua entry melancong akak. sume tempat cantik2. teruskan menulis dan berkongsi sebab saye xkan jemu2 membace dan harap 1 hari nnt saye pon dapat gi melancong macam akak jugak. insyaAllah :)

    ReplyDelete
  4. Azlina, terima kasih kerna sudi singgah sini :).takpe, akak doakan moga satu hari nanti impian akan jadi nyata ya ;)

    ReplyDelete
  5. Saya mula suka akan setiap n3 kamu. Selalu terfikir, sungguh kuat wanita2 seperti kamu ni. Tak mudah serik dan suka akan cabaran. Kalau aku aduhhhhhhhhhh.. Penakot. Dulu mungkin kental dan tak reti takot. Tapi sekarang, dah jadi bunga! Tabik pada uol. Lagi2 solo traveler perempuan. Tabik spring!

    ReplyDelete
  6. beb, terima kasih.tinggi sangat pujian tu, takut saya membacanya :)

    ReplyDelete
  7. entry yg paling seronok ,sampai 2pagi baca blog awak ni,bagus untuk rujukan kami utk next trip ke lombok..

    ReplyDelete
  8. Salam..Sy nak ke.lombok bln 5 ni.
    Thanx atas info yg bguna.tobat xnak naik bot ke bali.an nak naik rinjani.tp anak darjah 1 Ikut. Tgh survey tentative program utk ke sana.pening nak survey.
    Hehehe

    ReplyDelete

Subscribe