Borneo : Kami datang!!!
Monday, March 11, 2013
Percutian 4 hari 3 malam di Miri dan Brunei. Seperti trip-trip yang lepas, macam-macam hal jadi sebelum berangkat; salah beli tiket, anak member meninggal, isu di Sabah dan macam-macam lagilah. Bila tiba di Miri, cuaca pula kurang menyebelahi tetapi segala perancangan yang diatur tetap berjalan lancar dan ada beberapa perkara terjadi diluar jangkaan kami. Alhamdulillah.
Kalau orang tanya, apa yang best tentang Miri. Jawapan saya simple aje, Mee Jawa dan ABC. Bisa bikin wa jadi ngiler hahahaa!! Kerjanya makan-makan-makan dan makan. Wooo, rasanya berkilo-kilo berat badan ne naik sampai teringin nak makan julap sebab nak ringankan balik badan hahahaha. Makanan di Miri memang mabeles; tak tahu nak cakap macam mana hehehe. Selain makanan, satu perkara yang saya kira kami agak beruntung kerana berkesempatan melihat 'cahaya syurga' di Gua Niah. Fuhhh, lagi best dari 'cahaya syurga' yang saya lihat di Gua Jomblang. Sungguh, tak tipu ok. Lucky sangat sebab cuaca agak mendung, alih-alih bila masuk ke dalam gua matahari boleh pula muncul dan cahayanya memasuki gua dan menghasilkan satu pemandangan yang sangat menarik. Sungguh, saya teruja. Opps, cukup setakat ini tentang Miri (mana boleh cerita lebih-lebih, kan??).
Brunei? hehehe. Rasanya inilah 1st and last saya ke sini. Cukuplah sekali. Opps bukan bermaksud Brunei tak menarik tetapi nantilah ye saya cerita secara detail. Entry mengenai Medan pun tak habis lagi ne. Kena settlekan dulu bab Medan then baru boleh masuk bab Miri dan Brunei.
So, nantikan ajelah sambungan tentang Medan (tak tahulah bila) dan seterusnya Miri dan Brunei.
Chiow...
7 comments
Jgn lama2 tau, nanti JM nk baca :-)
ReplyDeleteInsyallah..semuanya bergantung kepada mood :)
DeleteLaksa Sarawak kat Miri pun mabeles... Tak cuba ke...
ReplyDeletetak teringat langsung pasal laksa...next time, kalau ke Miri saya nak cuba laksa pula.
Deleteharus ada yang ke miri pulak lepas ni, aduyaii.. =)
ReplyDeleteaikk anne, bukan dah sampai Miri ke??
DeleteMiri belum lah, huhu... insya Allah, ada rezeki sampailah tu
Delete