Langkawi : Part III (Last day)

Saturday, April 20, 2013


Sebenarnya kami plan nak layan sunrise di Tanjung Rhu atas saranan local people yang kami temui tetapi masing-masing tak sihat pagi ini. Jadinya, sekadar melayan sunrise dalam mimpi ajelah hehehe. Check out dan terus bergerak menuju ke Pantai Cenang untuk mendapatkan semula wang kami kerana sunset cruise dibatalkan gara-gara cruise rosak semalamnya. Walaupun terpaksa berpatah balik dari Pantai Cenang-Awana-Pantai Cenang, lega sangat-sangat kerana urusan untuk menuntut kembali wang kami berjalan dengan lancar. Tak banyak songeh pun, tunjuk aje resit pembayaran yang telah dilakukan dan RM400 dipulangkan kepada kami. Alhamdulillah. Duit dah ada kami kembali semula ke Taj Mahal Restoran untuk pekena nasi arab/beriyani buat kali terakhir (must try kalau ke Pantai Cenang). Breakfast merangkap lunch hehehe.

Masa untuk mengucapkan selamat tinggal kepada pantai Cenang.

Perjalanan kami diteruskan ke Tanjung Rhu sekali lagi. Alhamdulillah, cuaca sangat baik hari ini; panas terik dan langit sangat cantik keadaannya. Panas buter melepak di Tanjung Rhu; fuhh memang bestlah hehehe. Tak tahu nak gambarkan macam mana, rasa macam tak nak balik. Nak buat rumah dan lepak kat situ selamanya. Sungguhlah, pada kawan-kawan yang ingin ke Langkawi silalah ke Tanjung Rhu. Cuba lari dari kebiasaan. Di sini suasananya sangat tenang dan yang paling penting tak padat dengan pengunjung. 

 
Kiri-kanan, memang penuh dengan pokok rhu. Rasanya dari sinilah tempat ini mendapat namanya hehehe

 
Tanjung Rhu Resort (skodeng dari jauh ajelah, tak mampu nak menginap di sini hehhee). Indahnya dunia!!!!

 
Di sini pun kawan-kawan boleh beli pakej tour. Harga? Tak tahulah, tak tanya hehehe

I love this place.

Destinasi seterusnya, Gunung Raya idea dari tasyha (tq beb utk idea ini, sangat puas hati dengan view nya). Macam mana mahu ke sini? Ikut aje jalan menuju ke Tanjung Rhu, nanti akan jumpa signboard Gunung Raya ini. Satu pesanan saya, make sure tangki minyak penuh ya kawan-kawan. Jangan jadi macam kami, minyak tinggal nyawa-nyawa ikan pun still nekad nak ke puncak gunung. Mujurlah tak mati tengah jalan, kalau tidak tak tahulah apa jadi. Udahlah jalannya sunyi. Sebiji kereta pun takde waktu kami menuju ke puncak hehehe. Kondisi jalan sangat baik cuma macam ular kena palu; lebih kurang macam nak ke Genting Highland jugalah. Bila dah sampai ke puncak, viewnya tak terkata. Sikit-sikit "cantikkkkkknyaaaa!!". Di puncak ada di sediakan lif untuk ke menara tinjuan dengan bayaran RM10/person. 

Layan gambar.

 
Menuju ke puncak - lenggang sangat, kan? hehehe

 Menara tinjau ini berketinggian 900 meter di atas paras laut. Gayat ok!! hahaha.

 
Layan ajelah ye - view dari menara

View dari sudut yang berbeza

 Lagi...haih, indahnya negaraku..

 Dan lagi..nun dikejauhan, Thailand.

 Kami dah berjaya 'genggam' awan. Kawan-kawan bila lagi??

1/2 jam sahaja di Gunung Raya kami meneruskan kembali perjalanan kami. Kali ini, kami menuju ke pekan Kuah untuk mencari kiriman barangan dari mereka-mereka yang berkenaan; coklat, sudu dan minyak gamak. Kami cuma ada 1 1/2 jam sahaja untuk mencari barangan ini kerana flight pulang kami sekitar jam 5.00pm. Masa yang ada memang dimanfaatkan sepenuhnyalah. Kami berlepas ke Padang Matsirat dengan 40 minit sebelum gate close. Tak sempat pun nak rasa coconut shake yang mabeles berdekatan airport. Sampai ngam-ngamlah. Serah kereta dan terus berlari masuk.

Buat Langkawi "selamat tinggal". Yang pasti saya memang akan kembali lagi dengan dia *cewahhh :D

You Might Also Like

7 comments

  1. Menariklah, rasa teringin nak ke tempat2 ni juga.
    TJ

    ReplyDelete
  2. aksi paling seksa aku tengok masa kat atas tu bile 'sorang budak pompuan' ni peluk tiang kuat2 masa nk tgk view.. tangan die pulak shaking masa nk snap gambo.. aku tau die gayat.. bagusnye, die beranikan diri.. hebaatttt...kekkekkkee (ketawa sambil tutup mulut dengan 10 helai jari)

    ReplyDelete
  3. TJ >> ya..ya..silakan hehehe

    tasyha >> hahaha..ko memangkan??sampai bila2 aku rasa 'bdk pompuan' tu boleh lupa pengalaman menarik kat atas menara tu :D nyaris meraunglah 'bdk pompuan' tu dibuatnya sebab kena dera dgn ko hahahaa...

    *1o helai jari?? HELAI?? biar betul cheqqq hehehe

    ReplyDelete
  4. hmm...agaknya dekat tak dari Pulau Pinang, sis?

    http://jurnal-awak.blogspot.com/2013/04/tersangkut-di-imigrasi-bagian-1.html

    ReplyDelete
  5. gunung raya eh.. noted! nanti nak pegi jugak.. hu..hu..

    ReplyDelete
  6. berapa lama perjalanan dari Tg Rhu ke Gunung Raya tu?

    ReplyDelete
  7. Aboy >> trylah sana...best utk shoot sunset dan sunrise..


    shaza >> tak lama..sekitar 20min; lebih kuranglah..

    ReplyDelete

Subscribe