Neina Guesthouse, Bandung
Sunday, July 07, 2013
Ke Bandung lagi walhal tahun lepas saya dah berazam nak pangkah Bandung dari travel list saya hehehe. Cuma trip kali ini agak berbeza sebab saya perlu arrangekan dari A - Z untuk perjalanan selama 6D 5N untuk 11 orang ahli keluarga saya.
Untuk transport di Bandung memang takde masalah sebab saya banyak contact no di sana. Untuk trip kali ini saya kembali menggunakan service MPV Car Rental di mana saya pernah menggunakan service mereka ini sewaktu ke Papandayan last year.
Untuk penginapan pula memang pening kepala dibuatnya. 11 orang untuk dimuatkan di dalam satu kawasan. Mana nak cari?? Hotel rasanya sangat tak sesuai sebabnya yang pergi ini pun ahli keluarga so saya nak mereka habiskan masa bersama-sama dengan melepak di dalam satu kawasan yang sama. Kalau ambil hotel dah tak best pula jadinya, betul tak??
Awalnya memang nak kembali ke Flores Hotel tetapi yang payahnya mereka ini takde website apatah lagi email. Semua urusan kena berhubungan secara terus dengan mereka melalui phone. Leceh sangat. Lepas tu saya plan untuk try Orange Home pula tetapi kena buat early payment.lah pula Ishh, saya malas nak ke bank jadinya dok riki-riki dengan kekawan dan salah seorang dari mereka menyarankan untuk try Neina Guesthouse. Memang good review lah dari kawan saya tu sebab beliau pernah menginap di sini hujung tahun lepas.
Saya buat reservation melalui booking.com dari start dari situ Mr. Herwibowo dari Neina Guesthouse follow up my booking via email. 3 bulan sebelum berangkat tu kami memang berbalas email hampir setiap hari. Alhamdulillah, memang senang berinteraksi dengan beliau siap boleh dapat diskaun lagi hehehe.
Atas saranan Mr. Herwibowo saya mengambil 2 jenis penginapan iaitu Neina Guesthouse yang terletak di Jl Cigadung Raya Tengah yang mampu memuatkan 9 orang sahaja. Penginapan ini adalah banglo 2 tingkat dengan 5 bilik tidur, pantry yang lengkap dengan alatan memasak, bilik air (tak tau berapa banyak sebab saya tak menginap di sini). Harga untuk semalam bagi weekday adalah Rp750,000 untuk 9 orang manakala untuk weekend ianya berharga Rp850,000. Oh ya, harga termasuk breakfast tau. Kawan-kawan boleh lihat di sini untuk keadaan biliknya -> Neina Guesthouse.
Untuk 2 orang lagi + saya yang hanya singgah untuk sehari sahaja, kami ditempatkan di Neina Pavillion yang terletak di Batik Lasem 1, Sukaluyu. Penginapan di sini adalah terletak di dalam satu bangunan yang sama dengan office Neina. Seperti juga di guesthouse, kemudahan seperti pantry disertakan sekali. Cuma di sini, penginapannya hanya bisa memuatkan max 4 orang sahaja dalam satu-satu masa dengan harga Rp480,000/night. Untuk detail mengenai Pavillion, kawan-kawan boleh klik sini -> Pavillion
Dari airport menuju ke guesthouse ini mengambil masa sekitar 20-30minit bergantung kepada macet. Terus-terang, kalau kawan-kawan ingin mencari penginapan yang berdekatan dengan tempat shopping, Neina bukanlah pilihan yang terbaik. Jika kawan-kawan ingin lari dari macet kot Bandung dan inginkan percutian yang santai, Neina pada saya memang terbaik. Kawasannya berada di atas bukit jadinya kalau malam hari memang kedinginan.
Layan gambar. Sorry gambar kurang ok, guna compact camera cap ayam je..
Layan gambar. Sorry gambar kurang ok, guna compact camera cap ayam je..
Dah cop awal-awal bilik ne tetapi terpaksa mengalah. Sedar diri huhuhu
Ini katil saya huhuhu. Ada sebuah lagi katil lagi di sebelahnya. Bilik besar dan bersih.
Ruang nonton/santai. Owhh, I love this place!!
Dapur. Masaklah apa korang nak masak. Cuma dah lepas guna tu silalah kemas.
Luarnya. Memang sunyi dari macet. Kelilingnya merupakan kawasan kediaman, banglo. Jadinya faham-fahamlah bagaimana keadaannya.
Breakfast untuk hari pertama - Lontong Laksa. Sedap ok!!
Nasi uduk- sedap tu memanglah sedap tetapi saya tak boleh nak makan sangat sebab berbau wangi.
8 comments
Zilla cerita lah lagi about this guess house. act i pon tgh mencari penginapa. utk 14org di bandung. Sepanjang i pegi bdg. Ini kali pertama i Blur. tp entry u membantu. pliss share lg about Neina Guesthouse ni. tq
ReplyDeleteLinda, tak tau nak cerita apa lg ttg guesthouse ne..tapikan adik saya kata, dari guesthouse ne ke lisung cafe dkt bebenor..turun aje bukit, dah sampai...
DeleteLaksa lontong?..hmmm tak ada kat msia ni..
ReplyDeleteemm, tak taulah ada ke tidak kat sini menunya, JM..cuma apa yg sya perasan, kuah lontong tu dimakan dengan laksa...itu ajelah..hehehe
DeleteKalau tahu pasal Neina Guesthouse ni awal, buleh lepak kat sini 1 family hari tu.
ReplyDelete#melepas
takpe, next time kalau ke Bandung lagi boleh lah lepak kat Neina ne pula...
Deletelast year gi bandung pun amik neina ni jugak. not bad la. tp nasi uduk erghhh macam makan perfume . =P
ReplyDeletekann??rasnya wangi dimulut tapi tidak dihidung..susah nak telan wpun agak sedap hehehe
Delete