Spinach, chicken & mushroom quiche

Saturday, July 13, 2013

Hari keempat kita semua berpuasa. Rasanya belum terlambatlah kalau nak ucapkan Selamat Berpuasa pada kawan-kawan semua.


Hari ni nak share satu resepi. Kebetulan semalam buka peti tengok ada lebihan mushroom, mozzarella, parmesan, cheddar, capsicum kecut pun ada, bayam pun ada. Yang takde cuma daging ayam cincang tapi tu bukan masalah. Mak saya kata nak memasak ne kena kreatif. Pakai je apa yang ada, jangan terlalu nak terikat pada resepi. Jadinya bukan lagi satu fridge tengok ada ayam so apalagi, ambil tang dada dan saya cincang sendiri. Settle masalah hehehe. Fresh milk takde stok so saya ambil milk powder anak buah dan bancuh. Settle bab susu. Bab loyang pie pula tak jumpa. Ne lah padahnya kalau banyak sangat barang dalam almari. Jenuh dok selongkar, bayang pun takde. So pakailah loyang segiempat yang sedia ada. Tak kisahlah durhaka tang rupa ke apa, ke perut juga nanti.

Ini resepinya.

Pastry
110g cold butter
200g tepung gandum
1 biji egg yolk
sedikit garam
50ml air sejuk

* Satukan tepung, telur dan garam. Gaulkan dengan butter. Ramas hingga relai.
* Uli adunan dengan air sikit demi sedikit hingga menjadi doh. Rehatkan dalam fridge sekitar 15 minit. 
* Canaikan adunan dan terapkan dalam loyang. Cucuk-cucuk dengan garpu dan bakar sekejap dalam 15minit.

Bahan B
1 biji bawang besar di cincang
1/2 cawan susu segar
4 biji telur
Mushroom 
Capsicum
Sosej
Daging ayam cincang
Bayam
Serbuk Oregano
Mozzarella
Parmesan
Cheddar
Blackpepper
Garam

* Satukan susu, telur, blackpper, oregano dan garam. Kacau sebati
* Masukkan bayam, cheddar, mozarella. Kacau rata.
* Satukan isi ayam, bawang, mushroom, capsicum, sosej dan daging ayam dalam bekas yang berasing. Gaul rata. Kemudian masukkan ke dalam adunan telur dan bayam. Kacau sebati. Tuangkan ke dalam pastry tadi. Taburkan baki parmesan, cheddar, mozzarella yang ada dan bakar hingga masak.


Selamat mencuba!

You Might Also Like

4 comments

  1. Selamat berpuasa...Spinach chicken & mushroom quiche awak tu nampak sangat menyelerakan..baru terperasan rupanya kita tinggal berdekatan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat berpuasa, mrs.smile.

      awak dok puchong juga ke ne??belah mana?hehehe

      Delete
  2. Mesti cuba! nampak senang. tp tak tau lah boleh ke tak ni. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senang je tu, Linda.campak2 je.hehehe

      Delete

Subscribe