Bandung : Nasi Bancakan

Tuesday, August 13, 2013


"Long, biar betul nak makan kat sini? Tukar tempat lain..macam menakutkan je.."

Err saya pun macam tak berapa yakin bila melihat keadaan restoran ini dari luar.

"Mas, restoran lain ajalah..Karamba tu pun bagus juga, mas.."

"Nggak apa-apa, ning..di sini pun bagus..kita try dulu ya enak atau nggak."

Mati!! Adik-adik memang tak nak masuk. Semua dok merungut nak makan makanan Malaysia. Mana nak cekau kat kota Bandung ne? Ishh, macam-macam hal betullah budak-budak ne.

"Long, cari pizza hut ajelah..tak nak makan kat sini.."

Pulakkkkk?? Tapi bila tengok saya melangkah ke dalam restoran, dengan berat hati mereka turut melangkah sama. Err masuk aje, saya nak blurr. Keadaan suram menyambut kami tapi jangan ingat pula takde customer. Pengunjung memang ramai.


Sebenarnya, memang takde dalam list saya pun nak bawa family singgah di sini. Info mengenai restoran ini saya dapat daripada mbak-mbak yang kami jumpa sewaktu tumpang solat di salah satu restoran di jalan tak ingat hehhee. Mereka kata wajib try kalau ke kota Bandung dan saya pun apa lah lagi, beria-ria minta pak supir bawa kami ke sini hehehe. Mujurlah pak supir pun ok, hanya mengikut aje.

Apa itu nasi bacakan? Alah, lebih kurang macam kurang macam nasi campur jugalah. Ambil ajelah apa lauk yang berkenan di hati, yang penting bayar. Pelbagai pilihan lauk dipamerkan, kalau nak makan panas-panas, pilih dan letak dalam pinggan dan serahkan pada petugas yang ada minta mereka panaskan semula. Satu yang specialnya, nasi dan lauk-pauk dihidangkan di dalam pinggan/mangkuk ayun ayan. Begitu juga dengan minuman, turut di hidangkan dari bekas ayan.  Harga lauk-pauk bermula dari Rp3,000 hingga Rp10,000; murahkan??

 
Sebahagian lauk-pauk yang ada.

 
Pilihan saya malam tu adalah tempe kicap, begedil dan rendang daging (sedap!!).

Oh ya, kalau singgah di sini jangan lupa try kue balok tau. Sekotak (dalam 10 biji) berharga lebih kurang RM3. Kami siap borong semua kue balok yang ada untuk dijadikan kudapan hehhee.

Jadinya, buat kawan-kawan yang akan ke Bandung apakata singgah makan di Nasi Bancakan ini. Sure takkan menyesalnya. Lokasinya berdekatan dengan Gedung Sate.

You Might Also Like

11 comments

  1. Replies
    1. nggak ada..belum sempat difotoin, keunya udah finish hehehe

      Delete
  2. Next time kalau nina ke Bandung mau dicobalah datang ke sini.. hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya, sila2..sila makan dengan hati dan mulut yang terbuka..kalau terkatup keduanya, memang tak lalulah hehehe

      Delete
  3. nama Nasi Bancakan ni macam tak best dengar..tapi dah Zilla rekomen next time kalau ada rezeki ke Bandung boleh aja dicuba sih ngak apa apaan :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaha

      rekomen aje tapi kalau tak kena dengan selera, saya minta ampun :D

      Delete
  4. diaristira.blogspot.com

    i singgah i follow and making friends ^^

    ReplyDelete
  5. nasi bancakan? kue balok ? abdi teu naon ieu, neng geulis...:D

    ReplyDelete
    Replies
    1. fuhhh, berpinar biji mata dan otak...nk kena cari kamus sunda pula jawabnya ne hehehe...

      *apa maskdnya tu, Irdhi?google translate pun tak mampu nak translate tau hehehe

      Delete
  6. Nasi bancakan ni area mane ye? dekat ngan pasar baru or area2 F.O x?

    ReplyDelete

Subscribe