Penang : JJCM V2.0
Friday, August 09, 2013
Sambungan dari sini -> Street Art
Saya kira entry kali ini ada kaitan dengan entry yang saya buat pada April tempohari. Ada beberapa lokasi yang kami singgahi kali ini seperti ABC di Pulau Betong dan food court di Padang Kota Lama. Boleh lihat di sini untuk entry lepas -> Penang : JJCM.
Kalau singgah di Penang dan tak jalankan operasi JJCM memang tak sahlah. Sebut nak apa, semua ada kat sini tetapi masalahnya adalah mana nak cari makanan terbaik dengan rasa yang turut terbaik. Beberapa kali ke Penang, hingga saat ini saya masih tidak berjumpa dengan char keow teow terbaik walhal orang kata di sinilah boleh cari 'the best CKT in town'. Tak tahulah, pada saya takde tempat yang boleh menandingi kesedapan CKT di Puchong Prima. Sungguh, kalau belum ada sesiapa yang belum mencubanya, harus ke Puchong Prima dan percayalah, keenakannya memang akan terbayang-bayang.
Oklah, berbalik kepada JJCM di Penang. Sebenarnya saya sangat terhutang budi dengan kawan-kawan yang lain. Sebabnya kalau mereka ini bukan 'pencinta makanan' memang sampai ke sudahlah saya tak berpeluang merasai kenikmatan berada di pulau mutiara nan satu ini.
1. China House
Penat mencari Photobook Libraray kami akhiri dengan melepak di cafe sedia ada. Fuhh, memang masyukkk bisnesnya; pengunjung pelbagai bangsa sentiasa memenuhi setiap meja yang ada di sini. Pelbagai jenis pastry ada dijual di sini dan yang paling menarik minat kami adalah apple crumble tart. Must try kalau singgah di China House. Untuk coklat kek nya pula, pada saya agak kering dan kurang kena dengan selera saya. Harga, sila jangan tercekik bila melihat bil masing-masing hehehe.
2. Kompleks Makanan Medan Renong Padang Kota Lama
2nd time makan di sini. Nasihat saya hati-hati membuat pilihan sebab kebanyakan makan di sini 'indah khabar dari rupa'. Harga memang agak 'mencekik darah'. Macam biasalah kalau ke Penang tak pekena pasemboq memang tak sahkan? Tetapi tak tahulah tekak saya ne memang tak pandai memilih atau sememangnya saya tidak ada pilihan, pasemboq 'menari' tu juga yang paling sedap terutamanya kuahnya itu walaupun dah banyak kali try pasembor di lokasi yang berbeza.
Nyum nyummm..
Selain pasemboq yang not bad lah rasanya, saya sempat memesan CKT manakala kawan saya memesan mee udang. Siap pesan lagi masak sedap-sedap tetapi hasilnya sangatlah mengecewakan. Dari rupanya aje dah tahu macam ada yang tak kena pada CKT saya. Rasa sesudu kuahnya, terus saya tolak tepi. Langsung tak boleh makan. Kenapa? Emm, seolah-olah keow teownya digaul dengan kicap masin semata-mata dan ditambah dengan air untuk mencairkan kicap. Sungguh saya kecewa sebab teringin sangat nak makan. Bila tanya berapa harga sepinggan, hah ko, lagilah bertambah-tambah kecewa. RM8 untuk CKT yang sangat tak sedap!!! Huhhhhh!!! Untuk mee udang kawan saya itu pula, RM15/sepinggan, juga tak boleh dimakan - hanya ratah udangnya semata-mata huhuhu.
3. Laksa Gajus, Balik Pulau.
Wow, first time tengok gerai laksa yang sangat maju dan meriah. Warung belum buka lagi tapi pelanggan punyalah ramai yang sedang beratur. Waktu urusniaga adalah bermula dari 3.30pm - 8.00pm dan tutup pada hari Rabu. Kalau malas nak beratur panjang, make sure datang sini awal lah ye.
Dah licin, baru teringat nak snap pic hehehe.
4. Restoran Nasi Kandar Deen, Jelutong.
Kalau nak cerita pasal nasi kandar mau 3 hari 3 malam tak habis ceritakan? hehehe. Yang terkenal di Penang ni dah tentulah Line Clear dan Nasi Kandar Beratur. Dari maklumat pakcik teksi dan info dari internet, Restoran Deen ini juga antara yang terbaik bagi mereka yang mengemari nasi kandar. Letaknya di Jelutong. Tang mana? Tak tahu, cilok sana-sini; tau-tau dah sampai hehehe. Sampai aje jangan terus menonong tau. Sila beratur untuk order nasi dan memilih lauk-pauk yang berkenan di hati. Lauk idaman saya dah tentulah daging dan kuah campur. Ikut hati nak aje ambil ke semua lauk tapi sure punyalah tak habis, kan? hehehe. Rasa memang terbaiklah. Terbayang-bayang sampai la ne hehehe. Jangan lupa try teh tariknya juga. Pekat dan likat.
Inilah antara sebahagian menu yang sempat kami try waktu berkunjung di Penang tempoh hari. Maklumlah pergi pun kejap aje so tak sempat pun nak pusing-pusing habis satu pulau. Next time, Insyallah ada rezeki sure kembali lagi.
10 comments
hi zila. selamat hari raya. maap zahir batin. sempat lagi menghapdet ye. laksa gajus ka..laksa janggus? hehe. saya penah travel 2jam dari georgtown, mencari tempat neh...GPS punya pasal la..sampai2 jer dh kul 7pm. pastu terus jer g kaunter tanya ada lagi ka? - dh habis! akak tu main redah jawab jer..huhu..nasib baek yg habis tu..mee sup..haha. kalau tak menangis la 2 jam cari kedai..
ReplyDeletehehehe...
ReplyDeleteselamat hari raya agip.update sementara mood tengah ada heheh.gajus ke janggus ke sama aje kot hahaha.2jam??lama sungguh tu hehehe.
tak singgah mee ketam?
ReplyDeletetak...tak tau pun kat mana adanya..org kata kat food court padang kota lama tu pun ada, tapi tak try pun huhuhu
DeleteMenarik Laksa Gajus tu.. Pasembor? hahaha.. sejenis rojak ker?
ReplyDeleteLama sungguh tak ke Penang..
Apa lagi TT, ke Penanglah..macam2 ada kat sana yang boleh ditry...
Deleteyuppp, pasembor tu rojak ;)
peh zilla..walaupun penang just 30 minit dari rumah saya, sangat jarang saya explore makanan2 kat sana hehe... tapi setakat nasi kandar, pasemboq tu pernah la jugak pegi terjah..
ReplyDeletetapi lupa nak rekemen, claypot beriani kat Restoran Kapitan, memang marveles
dzu, orang penang ke?wahh next time bolehlah jadi tempat rujuk ya hehehe...restoran kapitan tu kat mana pula, dzu?
Deleteorang Kulim..dekat je.
Deletekapitan ada banyak, yang femes dekat chulia street.
dekat Perda (seberang perai) pun ada. saya tak pernah try yang kat chulia tapi member cakap lagi sedap yang kat perda
jangan rujuk dengan saya haha..sampai sekarang masih sesat kalau drive kat island :-D
zila kalau de kelapangan try ikan bakar kt teluk tempoyak.. memang terbaik.. ikan segar.. adeh rindu USM... pasar malam hari sabtu ade kulit ayam.. sedapnye
ReplyDelete