Journey to heaven 2014 ( Day 2 - Part I) : Christchurch to Akaroa, South Island

Tuesday, September 16, 2014

01.09.2014 : Christchurch - Akaroa - Lake Tekapo

Kia Ora!!

Owhh, ngiler ok!! Tiba-tiba terasa rindunya dengan NZ.  Tiga tahun berlalu, baunya masih sama. Suasananya pun masih sama, tak banyak beza pun. Tak sangka, impian untuk kembali ke South Island menjadi nyata. Kalau tempohari kami tiba di awal winter tapi kali ini kami tiba di penghujung winter, early spring; flowers merata. Memang syiok habis. Cuaca pun sangat menyebelahi kami kali ini walaupun weather forecast meramalkan sepanjang kami di sini cuaca akan mendung dan hujan sepanjang hari. Syukur..

Untuk entry sebelumnya, boleh lihat sini -> Journey to heaven 2014 (Day 1 - Part II) : Melbourne ~ I'm Free Walking Tour 

Kami tiba di Christchurch sekitar jam 5.++am. Suhu diluar mencecah 3 darjah, grrrr sejuk tak ingat donia!! Pemeriksaan imigresen dan kastam kami lepasi tanpa sebarang masalah (make sure declare tau) walaupun awalnya mereka dok suspek kami sorok makanan hehehe. Ada pula, kan?? Oleh kerana hari masih awal, kami ambil kesempatan untuk mandi dulu. Mujurlah toilet di airport memang menyediakan kemudahan shower. Maklumlah last mandi waktu di Malaysia, mau tak belengas badan hehehe. Settle mandi, solat dan isi masa dengan melayan wifi free dan tidur sementara nak tunggu jam 8.30am untuk free pick up oleh Apex Car Rental.

Dalam 8.++am, kami berangkat ke Apex untuk ambil kereta. Kami ambil Nissan Wingroad dengan kos NZD550/10 days termasuk insuran. Kereta dah ada, seterusnya kami bergerak menuju Park N Save untuk beli stok makanan basah.
Inilah kenderaan kami sepanjang berada di South Island.

Sebelum terlupa, saya nak cerita sikit mengenai kos/budget trip ini. Buat makluman kawan-kawan, sebelum berangkat  kami dah pun kutip siap-siap duit perbelanjaan (transport, penginapan, makan, tour dan sebagainya) dan dimasukkan ke dalam tabung dan dipegang oleh Pijah. Untuk hotel, transport dan tour semuanya dah disettlekan oleh tasyha sebelum berangkat. Jadinya, sepanjang perjalanan ini kami hanya perlu membawa wang poket untuk personal expenses. Oleh kerana saya follow trip ini hanya untuk 7 hari sahaja, budget untuk saya adalah RM1,300/all in (tidak termasuk tiket flight). Untuk duit poket saya cuma membawa NZD80 sahaja. Manakala untuk kawan-kawan saya, budget mereka untuk 18days travel di OZ & NZ adalah RM3,000/all in (tidak termasuk tiket flight). Jadinya, jangan tanya detail untuk budget sebab saya tak take note pun untuk setiap wang yang dikeluarkan sepanjang di South Island. Nak apa, ambil aje nanti Shaharul akan bayarkan menggunakan duit tabung kami.
 
Kos untuk makanan : NZD50/person
Kos minyak kereta : NZD20/person/day
Kos penginapan : nanti saya buat entry berasingan sebab banyak benda yang nak dikongsikan.
 
Hah, ko!! Selagi boleh sumbat, kita sumbat cukup-cukup hehehe. Dah rupa stor kan?? 

Kembali ke cerita asal, settle urusan bahan dapur kami terus bergerak menuju Akaroa, 75km dari Christchurch. Macam biasalah, view memang memukau. Kambing biri-biri bersepah sepanjang jalan. Perjalanan mengambil masa sekitar 2 jam jugalah sebab banyak sangat singgah untuk ambil gambar hehehe.
Christchurch - Akaroa via SH75; jalan bak ular kena palu tapi tak terkesan pun sebab sibuk layan view dan tidur (sayalah tu) hehehe.

Sebelum tiba di Akaroa Harbour, wajib singgah di Hilltop Tavern, SH75 untuk layan view harbour. Awal-awal lagi dah terpukau. Syukur untuk cuaca yang sangat baik pagi ini (walaupun sejuk giler babeng :D).
 
Bebiri tanpa bulu yang menyambut kami pagi ini. Sian, tinggal kulit je. Tak sejuk ke kome?? huhuhu
 Sat lagi akan singgah di harbour pula. Kalau kena musim, boleh ikut tour untuk hunting dolphin dan whale di sini.
 Zoom sikit...

Puas membekukan diri di Hilltop, kami teruskan semula perjalanan ke harbour. Haih, tak tau nak kata apalah, ikut hati nak singgah semua tempat cun sepanjang perjalanan.
 
Jom, teruskan perjalanan.

Bila tanya nak berhenti ke tidak, masing-masing pakat kata "nakkkkk!!!".

Stop lagi hihihi - bila mau sampai daaaa??
 Tiba-tiba berangan nak ada rumah sebiji kat sini. Haih, bestnya... 

Puas bergambar jom gerak ke Akaroa Village.

Keluar kereta, takde tempat lain difikiran selain toilet hahaha!! Kiranya ne aktiviti wajiblah, lebih-lebih travel time sejuk beku macam ne, toilet tu dah jadi teman sejati lah pula hehehe. Akaroa hari ini memang sunyi sepi. Haih, memang lokasi best untuk tenangkan fikiran.
 Suasana tengahari itu, sangat menenangkan jiwa.
 Akaroa Village - entah manalah pergi semua orang. Agak-agaknya mereka ini memang jenis yang berkurung dalam rumah agaknya huhuhu.
Yang berbumbung merah tu dulu I-Site tapi la ne dah tak digunakan kerana struktur bangunannya yang dah tak kukuh. I-Site telah dipindahkan ke bangunan bersebelahan bangunan lama ini.
 Akaroa pier.
 Masih lagi di pier.
 Bunga-bunga dah start berkembang.

Postcard dah ada, stamp pun dah beli. Perjalanan kembali diteruskan. Menurut petugas di I-Site, kami boleh singgah di lighthouse untuk view yang awesome tapi dek kerana kesuntukan masa kami cancel untuk singgah di lighthouse. Terus ajelah ke Lake Tekapo via Christchurch. Sempat singgah di Hilltop sekali lagi untuk tidurrrr!! hahaha. Semua pakat membuter, penat tau!! :D

Sebelum tu, kami request dengan tasyha untuk singgah di satu lokasi (kandang kambing bebenornya) sebab view kat sini memang best.
 Sanggup berhenti untuk view ini.  Tiba-tiba rasa macam tak nak lepaskan kamera; semuanya cantik. Semuanya nak snap huhuhu.

On the way ke Christchurch (lokasi tak dapat dikenalpasti di mana), kami stop untuk snap gambar biri-biri (memang kalau di NZ, biri-biri memang bintang utama hehehe). Tak sempat pun keluar, kami lihat di seberang jalan dan "korang, tu tulipkan??!!". Apa lagi, terus lupa pasal biri-biri, start kereta dan terus belok ke arah bunga yang kononnya tulip.

Nak tahu apa, memang tulip ok. Jakun gilerlah, nak nanges pun ada rasanya  (tiba-tiba pula emosional hahaha!). Punyalah berkurun dok pendam impian nak tengok tulip, hari ini sekali lagi impian jadi nyata. Tulip tumbuh secara liar di sini. Macam-macam warna pula tu. Seriuslah, sekali lagi kami lupa diri di sini.
                             
                           
Untuk perjalanan dan pengalaman dari Christchurch - Lake Takepo tunggu entry berikutnya. Panjang sangat pula kalau buat dalam satu entry.

*bersambung

You Might Also Like

24 comments

  1. waahhhhh rindunya kt nz. rezeki zilla dpt jejak kaki skali lagi. insyaALLAH kalo ade rezeki nk repeat lg. dulu pegi byk bnda missed. huhuhu. update cepat2 skit. hiks.

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak sangka pun John dapat repeat nz..walhal kitaorg target tmpt lain...mgkn dah memang rezekilah kot...ne pun kalau ada rezeki nak gak p lagi..bykkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk yang termissed huhuhu

      Delete
  2. Seronoknya zilla...bilalah saya nak sampai ke sana huhu. Pemandangan kat sana memang awesome betul :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bearcat, suatu hari nanti manatau giliran awak pula, kan??

      Delete
  3. Bestnya.. setuju, update cepat2 sikit, aku tak sabar. Tapi aku nak tanya sikit, Zilla naik flight apa ek? Kenapa murah sangat expenses tu? Aku masih mencari-cari tiket murah. Tolong ajar sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hah, ne mesti tak baca entry saya yang lepas hehehe...ada sebut saya naik apa ke CHC (jetstar)...murah sebab 1) ramai (kami p 5 orang) 2) dok dorm 3) masak sendiri 4) buat aktiviti free yang tak libatkan byaran masuk hehehe...

      Delete
  4. cantiknya subhanallah...bila la nak menjejakkan kaki ke negara NZ ini..sungguh tenang aman damai nyamannya udara!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat tenang, Dayah...rasa macam sayang nak lepaskan ketenangan yang ada kat situ...saya doakan suatu hari nanti giliran awak pula utk jejak kaki ke NZ ya :-)

      Delete
  5. Wah... dua kali ke sana dalam tempoh tiga tahun... bestnya...

    Pemandangan memang sangat ohsem....

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak plan pun, En.Mie..macam2 halangan sebenarnya tapi Alhamdulillah, memang dah rezeki kot...walaupun dah 2x, p tempat yang tapi langsung tak jemu En.Mie...cantik sangat2...

      Delete
  6. Huhuhu..bestnyeeeee!!!! tak zabarrrrrrrrrrrrrr nak piiiiiii... kat akaroa ada alpacas farm kan?

    ReplyDelete
    Replies
    1. chimei, sabar..dah dekat sgtkan datenya?? hehehe..
      yupp ada alpacas farm di akaroa tapi bayaran masuk dia tak menahan..mahal giler hehehe..

      Delete
    2. ngahahaha ye ye dah dekat...mmg agak mahal la kan..tapi tu ja yg ade alpacas farmnye ha...tgh mencari lagi kut2 ade yg muroh2 ^^

      Delete
  7. aisehh smbung ke...excited dah nk tgk tasik ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. lake tekapo ekk??? nantilah ye Ann...tetiba diserang mood 'M' ;-)

      Delete
  8. meleleh2 air liur tengok gegambar ni huhuuu
    pemandangan tepi2 jalan tu hamper sama dengan melben. ada ladang2 dan lembu-kambing bagai...
    cantik dan tenang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tgk gambar2 dzu, mmg lebih kurang je suasananya hehehe...

      Delete
  9. homai...makin mengedik nak pergi NZ cengini
    cepatlah penuh tabung cap ayam mrs!

    ReplyDelete
  10. banyak jimat kan melb to chrishchurch.
    tix aa ke melb biasanya 800++
    melb to chrischurch zilla dpt 800++
    means dalam 1600++ je la banding harga direct kl-Christchurch adalah mahal macam pergi USA hehe

    rasa doable la cara ni...best best...
    habehtu korang sewa kete kecik ni..tido katne ekk...?
    ohh kenala tunggu entry seterusnyaa huhu

    ReplyDelete
  11. brapa harga tiket p USA tu nana?? tak penah usha pun, tak terjangkau rasanya nak ke sana hehehe..utk tiket jetstar mmg kena selalu godek, kalau nasib baik blh dpt dalam 6++/return...

    tdo? haruslah tak gagah nk tido dlm kete time sejuk beku mcm tu hehehe...mcm biasalah hostel jadi pilihan...

    ReplyDelete
  12. akaroa sepi je...
    time ako pi, penuh giler ngan tourist... untung ar x yah sesak2 hhee...
    cantek gambar2 zila ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ako, tak sangka pula wujud manusia kat akaroa tu bila tgk gambar kamu hihihi...1st time & 2nd time p, sama je keadaannya sunyi dan sepi..mgkn semuanya berkurung dlm umah tak tahan sejuk kot hehehe...

      Delete
  13. Bole bayang perasaan nampak tulips tu sebab nampak kat Jepun haritu, gedik x ingat. Memula ingat pelesu, siap cabut kelopak. Rupanya asli. Lawa sangat la NZ ni, rasa nak masuk dalam gambar terus.

    ReplyDelete

Subscribe